Earphone ( Song Jihyo X Suga )

546 67 7
                                    

Jihyo mengeluarkan earphone kesayangannya dan terus dimasukkan ke dalam kedua dua telinganya. Dia kemudian mencucukan penyambung utama ke dalam iPhone. Sementara menunggu menunggu train ini sampai di perhentiannya, baik dia mendengar lagu terlebih dahulu bagi menghilangkan bosan.

Tangannya menekan aplikasi Spotify. Membuka playlist kegemarannya dan mula membuka lagu Chain - Nick Jonas.

Suasana di dalam kereta api tidak ramai, masih banyak ruang kosong di belah kiri dan kanannya. Sempat dia mengerling orang yang di hadapannya. Lelaki yang sebaya dengan dia, bahkan memakai baju sekolah yang sama dengan dia. Dia kenal lelaki itu. Lelaki tu merupakan deksmatenya tahun ini tapi tak pernah lansung bertegur sapa. Tapi menghairankan lelaki ini memang pandai, walaupun selalu tidur dalam kelas.

Teringat Jihyo akan keluhan rakannya saat memperoleh keputusan peperiksaan baru baru ni.

" Ah, habislah aku kena bebel dengan mak ayah aku lagi. Aish, aku tak fahamlah Suga tu. Asyik asyik dia no 1. Kau boleh tak bayangkan orang yang selalu tidur dalam kelas, kadang-kadang datang lambat boleh dapat nombor 1 ? "

Jihyo sekadar mengangkat bahunya. Ada sesetengah orang memang bernasib baik, ada sebahagian pula tidak.

Sedang Jihyo sibuk mengelamun, kedengaran derapan kaki melangkah menghampirinya. Dapat dilihat susuk tubuh badan yang amat dikenalinya. Dia membuntangkan matanya saat tangan lelaki itu mula mengambil iPhonenya dan mula mencucukan kembalikan penyambung utama dengan lebih kuat.

Jihyo masih lagi termangu di tempat duduknya. Tidak memberi sebarang reaksi. Badan dia dengan Suga sangat rapat, membuatkan dia membatu diri.

" Jihyo, lain kali sambung earphone Kau elok-elok. Satu coc dengar lagu kau. "

Tegur Suga seraya berjalan keluar dari koc setelah keretapi itu berhenti di perhentiannya.

Keesokan harinya.

" Eh Jihyo, kenapa kau nak tukar tempat duduk dengan aku ?.

Soal rakannya pelik. Tidak pernah pernah Jihyo buat hal suruh tukar tempat duduk semua.

Jihyo membaringkan kepalanya ke meja, tidak memandang rakannya kerana tidak mahu rakannya melihat mukanya yang merah padam akibat peristiwa semalam.

Mana tak merahnya muka, sebab crush dia tegur semalam.

Song Jihyo OneshotWhere stories live. Discover now