Bicyle date ( Song Jihyo x Lee Dong Wook )

616 63 23
                                    


Main idea :   Orang yang dedicated kan gituhh  

p/s: Thank you sebab bagi idea di saat saya kekurangan idea. Harap awak suka dengan oneshot ini. Maaf kalau ada kekurangan.

Penggembaraan Touch Your Heart

" Hyung, jomlah join kami minum lepas habis shooting nanti. Dah lama tak borak tukar-tukar cerita "

Pelawa salah seorang pelakon dalam cerita yang sedang hangat diperkatan iaitu Touch Your Heart, Shim Hyung-Tak. Namun, dengan sopan Lee Dang Wook menolak perlawaan pelakon itu. Sempat dia menuturkan lain kali. Dapat dilihat Dang Wook tergesa-gesa meninggalkan set penggembaraan.

" Aish, Hyung ni, Nak pergi dating la tu. "

Kedengaran rungutan dari Shim Hyung-Tak sambil menggeleng kepala. Sempat dia mengenangkan nasib dirinya yang masih lagi single walaupun dikurniakan paras muka yang kacak.

Deja Brew Cafe ,Han River

Kebetulan, shooting Running Man pula diadakan di kafe berdekatan  Han River. Seusai sahaja penutupan program Running Man, segera Jihyo bergegas beredar.

" Jihyo Noona, awalnya balik ? "

Tegur Kwang Soo sambil matanya menatap skrin Iphonenya. Mana tahu kot-kot Lee Su Bin ada mesej atau telefon sewaktu penggambaraan.

" Yah, bukan Kwang Soo sorang je couple sekarang ni "

Balas Jihyo sambil memaparkan senyuman manis. Dia membelek pakaiannya melalui cermin keretanya sebelum memakai mask hitam dan topi di kepalanya. Dia membuat pemeriksaan terakhir dan setelah berpuas hati, dia segera memasuki kereta. Sempat dia melambai ke arah ahlinya yang lain dan mula memandu keluar.


Suhu do Seoul sekarang ni -4 celcius namun kelihatan orang lalu lalang bersiar di Han River pada waktu malam. Jihyo segera memarkirkan keretanya. Setelah itu, dia menuju ke kawasan kebiasaanya. Masa yang diambil untuk menuju ke kawasan tersebut kira-kira 15 minit dan dia tidak kisah untuk berjalan sejauh itu asalkan dapat berjumpa dengan dia.

Senyuman mula terpapar di muka Jihyo setelah melihat gerangan yang dirinduinya. Dia perlahan-lahan mendekati dia yang membelakanginya dan tangannya mula menutup mata dia.

" Cuba teka siapa ? "

Lee Dong Wook mengutumkan senyuman manisnya. Tangan Dong Wook diletakkan kemas pada tangan Jihyo yang masih lagi menutup mata Dong Wook.

" Urm, orang yang suka makan tapi selalu suruh orang belanja dan mempunyai berat 53 Kg. "

Saat Jihyo ingin menarik tangan mahu memukul belakang Dong Wook namun berjaya ditahan oleh tangan sasa Dong Wook. Dia menarik tangan Jihyo dan menariknya duduk berdekatan dengannya. Kemudian dia memeluk bahu Jihyo agar lebih dekat dengannya.

" Tapi dia juga adalah cinta saya. Orang yang paling saya sayang dekat dunia ini selain keluarga saya. Iaitu Song Ji Hyo. "

Sambung Dong Wook sambil matanya menatap mata Jihyo lama. Selepas itu, tanpa membuka mask masing-masing, Dong Wook mengucup bibir Jihyo, sekejap. Kemudian tangannya mencubit pipi Jihyo.

" Alamak, pipi Jihyo makin tembam. Jom, kita mulakan bicyle date kita. "

Jihyo sekadar tersenyum kecil. Mereka lantas bangun dan berpegangan tangan sambil menuju ke basikal mereka yang sudah tersedia.

Bagi mereka, walaupun menaiki basikal bersama-sama namun momen ini takkan dapat dilupakan. Kadang kala, Jihyo akan mendahului Dong Wook, kadang kala Dong Wook pula akan melajukan basikalnya bagi memintas Jihyo. Tapi mereka saling menunggu antara satu sama lain, andai salah seorang dari mereka lambat, salah seorang akan memberhentikan basikal dan menunggu. Cuba untuk melakukan semua perkara bersama-sama.


Bonus

" Anyeonghaseyo Gary-shii

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Anyeonghaseyo Gary-shii. Ni Dong Wook. Saya nak mintak izin pinjam Jihyo. Jadi partner saya hari ini. "

Kedengaran ketawa dilepaskan dari sebelah talian, siapa lagi kalau bukan Kang Gary.

" Yah Dong Wook. Takpa, lagipun Jihyo memang milik awak. Saya ni sekadar bussines couple sahaja. Aish, STRESS. "

Mereka berdua sekadar ketawa. Semua orang tahu, ketawa yang dihamburkan oleh mereka adalah ketawa bahagia.

 Semua orang tahu, ketawa yang dihamburkan oleh mereka adalah ketawa bahagia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Song Jihyo OneshotWhere stories live. Discover now