Secret ( Song Jihyo x Lee Kwang Soo x Running Man members )

679 56 0
                                    

St*rbuck Cafe

" Dah bagitahu ke belum kat dia ? "

Suara yang dikenali menegur dari belakang. Dia menoleh dan kemudian segera bangun, menunduk sebagai tanda hormat lalu mengambil tin air yang ajukan kepadanya.

" Hyung, dari mana ? '"

Lelaki tinggi itu bertanyakan soalan, matanya memandang tepat ke arah lelaki yang menegurnya di hadapan yang baru melabuhkan punggungnya.

" Dari rumah dia. Kau tahu, dari awal Hyung datang rumah dia, dia asyik bertanya pasal kau. Dia mengadu kat aku yang kau asyik mengelak dia. Everytom. "

Cerita lelaki itu sambil menghirup air yang dibelinya. Kemudian dia mengangkat kening, mengundang tanda tanya lelaki tinggi itu.

" Kwangsoo, dia seorang je belum tahu. Ahli lain semua dah tahu. "

Kwangsoo mengeluh kecil. Dia merenung lama tin air yang tidak disentuhnya lagi. Cuaca sejuk di tengah kota Seoul membuatkan kepulan asap keluar dari mulut apabila dia mengeluh.

" Kitaorang takkan bukak mulut pasal benda ni kat depan dia, unless kau yang bukak. "

" Jae Suk Hyung, hyung tau kan. Jihyo Noona dulu- "

" Ya, bekas kekasih kau. Hyung dengan yang lain tahu. Tapi, benda semua dah lepas kan, ke kau yang tak move on ? "

Kwangsoo sekadar diam. Tidak mengiyakan atau menindakkan. Hanya dia sahaja tahu jawapannya.

11.30 PM, 12.30.18 , Han River

Getaran telefon bimbit menandakan mesej masuk.Jihyo baru sahaja menyediakan snek lewat malam segera menuju ke ruang tamu dan mengambil telefon bimbitnya di meja ruang tamu.

From : Kwang Soo

Noona, jumpa di Han River. Port biasa

Dengan segera, Jihyo menyiapkan diri. Dia mengambil kunci kereta di bakul, meninggalkan snek malam di ruang tamu.

Han River

Kelihatan lelaki tinggi lampai sedang termenung memandang permandangan Han River pada waktu malam. Tidak ramai orang pada ketika itu.

Jihyo sempat singgah di kedai berdekatan, membeli snek kegemaran Kwangsoo iaitu Ttteokbokki (?) dan dua botol Soju.

" Kwang soo ! "

Lelaki itu segera mengalihkan pandangannya ke arah wanita yang sibuk berlari sambil membawa plastik yang berisi makanan.

Kwangsoo segera membantu Jihyo membawa bungkusan tersebut, dan meletakkan di bangku yang berdekatan.

Mereka berdua menikmati makanan dalam suasana yang senyap. Angin dari sungai menepuk lembut pipi kedua-dua mereka.

" Noona, Kwangsoo sebenarnya nak minta maaf. "

Jihyo memandangnya pelik.

" Sebenarnya Kwangsoo-

" Kwangsoo dengan Lee Sunbin.Noona tahu. Jaga dia baik-baik. Take care of her more than you take care of me. "

Kwangsoo sekadar menunduk sahaja.

" You being guilty about this because of the past. Lepas itu biar lepas Kwangsoo. Its not everyone fault during that time. Noona cuma nak berterima kasih, sebab bagi Noona satu lagi kenangan dalam hidup Noona. "

Kwangsoo kemudian memandang Jihyo lama.

" Noona gembira ke sekarang ni ? "

Jihyo mengangguk sambil tersenyum.

Jawapan itu pun dah cukup menggembirakan hati Kwangsoo.

p/s : I wanna say Happy New Year to all of you. May this year give more happiness and succes to your life.

P/S again : Felt happy when hear news about Lee Kwangsoo and Lee Sunbin. You go man ! Seriuslay, author dedikasikan cerita ni untuk Kwangsoo. :) And yeah, im being such asshole sbb dah lama gila tak update cerita ni, and instead update cerita ni,author buat new story.

So dont worry guys, im back and banyak gila short story author tengah usahakn untuk siap. And have a nice day in new year.



Song Jihyo OneshotWhere stories live. Discover now