Bab Tiga

461 63 2
                                    

10644

"Hyung! Nanti datang wad Youngjae, tau! Youngjae akan datang wad hyung juga"

Jinyoung memandang pintu wad di sepanjang koridor itu, mencari wad bernombor 43. Sudah lebih kurang seminggu berlalu, mereka lebih rapat dari sesiapa dalam hospital itu. Jinyoung mengaku dia selesa dengan Youngjae, oleh kerana dia selalu berasa sedih tentang penyakitnya dan Youngjae ialah orang yang selalu membuat dia ketawa dan gembira. Sebagai seorang remaja yang mempunyai sejarah sedih dalam hidup, Youngjae sangat kuat orangnya. Kadang-kala Jinyoung kagum.

Youngjae sudah beberapa kali datang di biliknya, bahkan Youngjae pernah tidur dalam wadnya. Jinyoung tak kisah, perangai Youngjae yang terlalu kebudak-budakkan dan manja itu membuatkan Jinyoung mahu melindunginya. Sebab itu dia tidur bersama Youngjae, dia memeluk Youngjae sepanjang malam di atas satu katil.

Jinyoung melihat pintu bernombor 39 di sebelah kanannya, bermaksud dia perlu melepasi satu lagi pintu baru tiba di wad Youngjae. Tetapi langkahnya terhenti apabila dia terdengar jeritan Youngjae, dan dia perasan pintu wad Youngjae terbuka.

"Tak nak!!"

"Jangan! Lepaskan Youngjae! Noona, jebal!"

Jinyoung serta-merta menjadi risau, lantas dia berlari ke wad Youngjae. Sejurus melihat apa yang berlaku, Jinyoung terus terkejut lantas dia menekup mulut dan air matanya terbentuk.

Youngjae meronta-ronta sambil menangis untuk melepaskan diri dari pegangan dua jururawat. Dia tak nak mengambil suntikan. Jinyoung harus mengaku, suntikan untuk pesakit kanser memang menyakitkan. Jadi mungkin sebab itu Youngjae tak nak mendapatkannya.

Kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki Youngjae dipegang oleh dua jururawat itu membuatkan Youngjae tidak mampu bergerak. Youngjae berusaha meronta sambil meraung seperti orang histeria supaya jururawat lagi seorang tidak menyuntiknya. Dia kemudian ternampak Jinyoung di muka pintu membuatkan dia meronta lebih teruk.

"Hyung, tolong Youngjae..." rayu Youngjae dalam tangisannya yang teruk. Air mata Jinyoung mengalir, dia tak tahan lagi melihat Youngjae dalam keadaan begitu lantas dia menyeka air matanya dan datang kepada Youngjae.

"Yah, korang buat apa ni?!" Jinyoung menolak dua jururawat yang memegang Youngjae itu ketepi membuatkan Youngjae terlepas dari mereka. Youngjae terus duduk dan memeluk Jinyoung dengan erat. Tangisannya semakin teruk dan tubuhnya menggigil takut. Dia membenamkan muka di dada Jinyoung manakala Jinyoung terus membalas pelukannya.

"Dia kena ambil suntikan. Kalau tidak dia takkan dapat tahan diri dari simptom kanser dia" kata seorang jururawat yang memegang picagari itu. Jinyoung diam seketika, oleh kerana dia sedar pentingnya suntikan itu. Tiada suntikan bermaksud Youngjae akan mengalami epilepsi, mungkin sakit perut yang teruk, muntah-muntah dan akan membahayakan lagi nyawa Youngjae. Youngjae akan mati lebih awal dari yang dijangka.

"Araseo, tapi biar saya yang pujuk dia" kata Jinyoung kemudian dia memandang Youngjae yang masih teresak-esak. Dia mengusap rambut Youngjae perlahan.

"Angel, pandang hyung" kata Jinyoung lembut. Youngjae mengambil masa untuk mengangkat kepala dan mendongak, melihat wajah Jinyoung dengan matanya yang merah dan berair. Jinyoung tersenyum.

"Biarkan diorang suntik Youngjae, okay?" kata Jinyoung. Youngjae lantas menggeleng laju, dan tangisannya kembali teruk.

"Tak nak! Hyung, jangan bagi diorang inject Youngjae!" rayu Youngjae ketakutan. Jinyoung mengelap air mata Youngjae, wajah sedihnya sedikit kelihatan membuatkan tangisan Youngjae serta-merta berkurangan, perasaan risau terhadap jejaka yang lebih tua itu timbul.

"Hyung, k-kenapa--"

"Youngjae-ah" panggil Jinyoung seperti berbisik. Youngjae terdiam melihat Jinyoung yang tersenyum lemah.

"Youngjae tahu Youngjae sorang je yang rapat dengan hyung dekat sini, kan? Sejak omma dengan appa hyung 'pergi', hyung selalu rasa sunyi sebab hyung dah tak ada ahli keluarga lain. Tapi Youngjae datang, buat hyung tak lagi rasa sunyi" kata Jinyoung, air mata remaja lelaki itu diseka lagi menggunakan ibu jarinya.

"Kalau Youngjae tak ambil suntikan tu, Youngjae tahu Youngjae akan lagi cepat 'pergi' kan? And kalau Youngjae pergi secepat tu... Hyung akan rasa sunyi lagi" sambung Jinyoung perlahan.

Youngjae terdiam, dia tak tahu alasan apa lagi yang boleh dia berikan. Dia tak memberi apa-apa jawapan dan dia memandang tempat lain. Jinyoung mengambil tempat duduk di atas katil sebelahnya.

"Percayakan hyung. Just bagi tangan Youngjae dekat nurse, hyung akan tolong Youngjae tahan sakit" pujuk Jinyoung. Youngjae diam sekejap memandang Jinyoung.

Jinyoung sangkakan dia gagal memujuk Youngjae. Baru sahaja dia hendak berkata sesuatu, tiba-tiba mulutnya terkunci, terkedu apabila dengan perlahan Youngjae menghulurkan tangan kepada jururawat yang memegang picagari. Tiga jururawat itu turut terkejut.

"Palli. Sebelum Youngjae tarik balik tangan Youngjae" kata Youngjae dan dia memeluk Jinyoung menggunakan tangannya yang satu lagi. Dia membenamkan muka di bahu Jinyoung, memejamkan mata serapat mungkin.

"Hyung, jangan rasa sunyi, okay? Youngjae ada dengan hyung" kata Youngjae perlahan. Lidah Jinyoung terkelu, kemudian dia dengan perlahan membalas pelukan Youngjae. Dia tersenyum manis.

"Neomu gumawo, angel" bisik Jinyoung. Dan Youngjae memejamkan mata lebih rapat apabila jarum menusuk lengannya.

To Be Continue...

[C] 43,200 | Got7 2Young Malay FanficWhere stories live. Discover now