42972
"Youngjae-ah, hyung minta maaf. Hyung selalu salah anggap dengan Youngjae, tapi Youngjae tetap peramah dengan hyung" kata seorang pesakit dari bilik 61.
Malam itu kebanyakkan pesakit dan jururawat datang ke bilik Youngjae atas permintaan Youngjae. Youngjae kalau boleh mahu melihat wajah semua yang menemaninya sepanjang sisa-sisa kehidupannya.
Youngjae begitu pucat, lemah, bibirnya kering dan matanya seperti akan tertutup bila-bila masa. Tetapi dia tetap menguatkan semangat, dia memandang pesakit tadi dan dengan sangat perlahan, dia cuba memberikan senyumannya, senyuman yang pernah menghidupkan seluruh KNCC suatu masa dahulu.
"Jae.. tak pernah marah hyung... Jangan minta maaf, hm..?" kata Youngjae dengan suara yang perlahan dan serak, dan baru dua ayat itu, Youngjae mula tercungap-cungap lemah.
Youngjae kemudian memandang semua yang ada perlahan-lahan. Walaupun matanya kabur, dia masih boleh cam wajah-wajah mereka dan dia perasan raut wajah yang dia ingin sekali lihat tiada di situ. Air matanya terbentuk dan dia memandang Taerin di sebelah katilnya.
"Noona... J-Jinyoung hyung..." Youngjae cuba bertanyakan soalan penuh tetapi nafasnya yang pendek membuatkan dia cukup lemah untuk bersuara terlalu panjang. Taerin mengelap air matanya, menahan sebak.
"Mianhae, Youngjae-ah..." Taerin mengusap rambut Youngjae kebelakang dengan lembut. "Noona cuba pujuk dia, tapi dia tetap tak nak" sambungnya dengan suara menggigil.
Air mata Youngjae terus mengalir ke bantal, mahu sahaja dia menangis teresak-esak, tetapi dia terlalu lemah. Dia memejamkan mata rapat, air matanya mengalir ke bantal begitu deras. Dia dengan perlahan mencengkam selimut, oleh kerana dia tak mampu bernafas kerana sebak.
"Bogo..shippeo.." bisik Youngjae dalam nafasnya yang tersekat. Dadanya cukup sakit kerana tak dapat bernafas, tetapi hatinya lebih sakit memikirkan yang Jinyoung betul-betul bencikan dia sekarang.
-----
43022
Semua di wad Youngjae mengalirkan air mata, tetapi ada yang bertindak keluar untuk ke bilik Jinyoung semata-mata merealisasikan permintaan terakhir Youngjae iaitu berjumpa dengan Jinyoung. Malangnya mereka tak dapat masuk ke wad itu kerana Jinyoung menguncinya dari dalam. Ketukan, kemarahan orang di luar tidak Jinyoung dengar kerana Jinyoung memakai earphone dan mendengar lagu dengan volume kuat.
Jinyoung pada masa yang sama tahu, akan ada orang yang akan datang dan memujuknya untuk berjumpa Youngjae. Dan dia tahu bahawa kemungkinan hari ni atau esok Youngjae akan melepaskan nafas terakhir.
Tetapi dia tak peduli. Tidak. Mengapa dia perlu risaukan remaja yang telah membunuh ibu bapanya itu? Remaja itu tak patut diberi muka kerana disebabkan dia, Jinyoung tiada sesiapa di dunia dan terpaksa hidup susah seorang diri di dunia sibuk ini. Jadi Jinyoung malam itu hanya tidur untuk abaikan semua orang yang mengetuk di luar ataupun Youngjae yang sedang berperang nyawa, walaupun hakikatnya dia sedar yang dia takkan mampu lena.
-----
43200
Wad khas milik Youngjae menjadi riuh, doktor dan jururawat seakan panik. Pesakit-pesakit yang berada di wad berdekatan keluar untuk melihat perkara yang mereka tak mahu percaya akan berlaku itu.
Ada pesakit warga tua mula menangis dan memanggil-manggil Youngjae seperti mahukan remaja itu menenangkan mereka seperti dulu. Kelihatan jururawat-jururawat yang rapat dengan Youngjae pula mula menangis teruk di tepi dan tak mampu berbuat apa-apa untuk membantu doktor.
Suasana begitu menyedihkan, dipenuhi dengan tangisan dan raungan ratapan. Mereka yang berada di situ menjadi sangat lemah, sakit melihat sekujur tubuh di atas katil milik remaja yang dulu menceriakan seluruh bangunan itu...
kini lemah terbaring, tidak lagi bernyawa.
-----
Jinyoung tersedar dari tidurnya yang langsung tidak lena malam itu, apabila dia perasan yang kunci pintu wadnya dibuka meskipun dia masih mendengar lagu. Dia membuka earphonenya dan menoleh, menampakkan Shinhye melangkah masuk dengan air mata yang mengalir deras, tetapi tiada sebarang reaksi melainkan bengang.
Jinyoung melihat jam di dinding, 30 minit melepasi jam 12 tengah malam. Dia kembali memandang Shinhye dan kelihatan Shinhye meletakkan sesuatu di atas meja lampu di sebelah katilnya.
Shinhye kemudian memandang Jinyoung, air matanya mengalir deras. Jinyoung kekalkan wajahnya tanpa reaksi walaupun jantungnya mula berdegup laju tanpa sebab. Shinhye mula melepaskan sedu-sedannya.
"Puas hati Nyoung?" tanya Shinhye dan dia mula menangis teruk. Jinyoung terdiam, rasa bersalah menyelubungi dirinya apabila disoal begitu tetapi dia kekal berdiam diri. Shinhye mengelap kasar air matanya.
"Noona tak peduli apa yang Youngjae dah buat dekat Nyoung... tapi tak boleh ke Nyoung bagi penghormatan buat kali terakhir dekat dia? Walaupun dia tahu Nyoung benci dia, dia tetap nak tengok muka Nyoung waktu nafas-nafas terakhir dia... Susah sangat ke permintaan dia tu?" marah Shinhye dan dia terus berlalu, menghempas pintu wad milik Jinyoung.
Jinyoung terdiam, segala kemarahan yang dilepaskan oleh Shinhye tidak difikirnya, tetapi apa yang difikirkan ialah ayat Shinhye. Air matanya terbentuk.
Penghormatan terakhir.
Nafas-nafas terakhir.
Youngjae sudah tiada.
Hati Jinyoung serta-merta menjadi sakit memikirkannya, tetapi dia tetap menipu diri. Dia tetap mahu membencikan remaja it dan pura-pura tidak mempedulikan kematian remaja tersebut.
Jinyoung ingin memaksa diri untuk kembali tidur tetapi kemudian matanya tertangkap pada barang yang diletakkan Shinhye tadi. Air matanya terus mengalir walaupun mukanya tiada reaksi, hatinya semakin sakit melihat di atas meja lampunya itu terdapat diari rahsia milik Youngjae bersama sepucuk surat di atasnya.
To Be Continue...
YOU ARE READING
[C] 43,200 | Got7 2Young Malay Fanfic
Fiksi Penggemar"Hyung ada Youngjae. Youngjae ada hyung" Cast : Got7 Jinyoung, Got7 Youngjae Genre : Angst Length : 10 chapters (completed) #OmmaTtwae