Bab Lima

432 60 5
                                    

15138

Jinyoung bangun lambat hari itu, tiada masalah oleh kerana dia tiada apa-apa yang perlu dilakukan pada hari tersebut. Dia dan Youngjae sudah hampir 2 hari tak jumpa, oleh kerana semalam mereka berdua perlu membuat checkup dengan doktor masing-masing.

Youngjae perlu berhadapan dengan doktor untuk lebih lama, dan Jinyoung faham dengan jadual itu. Satu hospital tahu remaja periang itu hanya tinggal kurang sebulan untuk hidup. Sebab itulah Youngjae perlu perhatian doktor dengan lebih teliti berbanding Jinyoung.

Jinyoung melakukan rutinnya dahulu seperti biasa, mandi dan makan tengahari di cafe. Selepas itu dia perlu makan ubat diikuti suntikan yang membuatkan dia tertidur selama 3-5 jam. Sejurus bangun, dia mengisi masanya dengan membaca buku.

Berbanding hari-hari biasa, Jinyoung membuat keputusan untuk membaca buku diari Youngjae. Buku tersebut agak rumit untuk dibaca oleh kerana hanya dipenuhi dengan nombor-nombor dan tanda baca, tetapi Jinyoung berminat untuk teruskan membaca kerana dia merasakan perkara itu cabaran.

Hari pertama dan kedua, memang Jinyoung terkial-kial menyelesaikan diari itu, tetapi makin lama Jinyoung makin mudah untuk membacanya. Hari berlalu dan Jinyoung kini membacanya seperti tulisan biasa, tanpa perlu terkial-kial mengira huruf.

Macam-macam yang Jinyoung tahu tentang Youngjae melalui diari tersebut. Dia tahu Youngjae menggelar dirinya sebagai 'Jae' di dalam diari itu dan daripada kisah perit Youngjae berbual dengan pakcik bilik 71 yang mulutnya berbau timun, sehinggalah ke kisah indah di mana Youngjae bertemu dengan seekor anjing jalanan yang dia gelar Coco. Setiap satu pasti membuat Jinyoung ketawa dan tersenyum.

-----

22077

Jinyoung melangkah keluar dari bilik air wadnya selepas mencuci muka setelah bangun dari kesan suntikan. Dia menuju ke katil dan diari Youngjae yang terletak di atas meja itu dicapai. Dia bersandar pada headboard dan mula membuka helaian yang dia belum baca.

Setiap helaian dipenuhi dengan nombor tetapi Jinyoung tidak lagi keliru, dia membaca diari tersebut tanpa ada sebarang masalah. Tak perlu lagi dia menggunakan kertas lain untuk menterjemahkan. Semua nombor-nombor itu kini kelihatan seperti huruf pada Jinyoung.

'Ahad, 27/8/2017

Sunday morning, rain is falling~

Aheyy~ Jae suka Bruno Mars ♡ Tadi Jae tengok dia dekat tv, dia akan buat concert dekat Europre are you kidding me?!'

"Mwoh?" Jinyoung ketawa kecil apabila melihat Youngjae salah ejaan 'Europe'. Jinyoung harus mengaku, Youngjae seorang yang sangat periang, dia sangat susah untuk menangis dan negatif (melainkan waktu suntikan), jadi setiap apa yang Youngjae buat atau cakap akan membuatkan Youngjae kelihatan sangat keanak-anakkan.

Setiap kali Youngjae tersalah cakap, salah istilah, waktu itu pasti semua orang mengaku ialah waktu dia paling comel. Dia seakan terlalu innocent seperti budak kecil yang baru tahu tentang dunia luar. Kadang-kala Jinyoung berasa marah memikirkan mereka yang memanggil Youngjae 'gay' hanya kerana Youngjae meminta mereka memanggilnya 'angel'.

Jinyoung teruskan membaca dan tanpa sedar, diari tarikh itu menarik perhatian dari diari sebelum-sebelumnya. Dia mula fokus membaca dan reaksinya jelas menunjukkan yang dia khusyuk.

'Bilalah Bruno Mars nak buat concert dekat Seoul? Jae nak pergi (crying) kekeke! Nvm, Jae tahu, even Bruno Mars datang Seoul, Jae takkan dapat pergi walaupun Jae nak sangat.

Hyung pernah kata Jae tak boleh pergi tempat sesak, nanti Jae sakit. Mula-mula Jae ingatkan tu hanya alasan sebab hyung tak ada duit, tapi lepas tu Jae sedar yang memang pun. Jae kan sakit? Lagi pun takkan Jae nak pergi sorang-sorang?

Tapi tak kisahlah tu alasan atau fakta, Jae tak kisah. Okay, no problem. Kalau hyung tak bagi, Jae takkan buat. Jae sayang hyung sangat-sangat so Jae dengar cakap dia betul-betul! Jae tahu dia nak yang terbaik untuk Jae. Jae takkan bantah langsung then^^

So, Bruno Mars hyungnim (kekekeke!) walaupun kita takkan jumpa depan-depan, Jae tetap peminat no.1 hyungnim! Jae akan selalu dengar lagu hyungnim!

Today's diary - End'

Jinyoung tersenyum sendiri, dan dengan perlahan dia menutup diari tersebut. Muka hadapan diari itu ditatap sebentar sebelum dia tergelak kecil.

"Bestnya ada adik.." getus Jinyoung sendiri. Memikirkan yang dia anak tunggal, dia betul-betul cemburu dengan abang Youngjae kerana dapat adik seperti Youngjae. Padanlah dia bertungkus-lumus mencari Youngjae ketika remaja itu lari dari KNCC dulu.

"Your brother must be proud of you, angel" kata Jinyoung lagi sekali dan dia mengusap diari yang ditatapnya lama. Dia mengaku yang dia rindukan Youngjae. Remaja yang bersuara lantang itu sudah memecahkan sunyi hidupnya sejak dia pindah masuk ke pusat kanser tersebut. Jadi kelihangan suara riang itu untuk beberapa hari betul-betul membuatkan Jinyoung berasa sunyi.

Jinyoung melepaskan keluhan kecil, dan akhirnya dia meletakkan semula diari tersebut di atas meja. Lampu di meja yang sama ditutup dan Jinyoung mula selesakan diri untuk tidur. Dia kemudian teruskan hari-harinya dengan rutin yang sama sambil menunggu Youngjae datang semula ke wadnya seperti dulu.

To Be Continue...

[C] 43,200 | Got7 2Young Malay FanficWhere stories live. Discover now