Bab Dua

469 62 0
                                    

04817

"Selamat pagi, Taerin noona!" Youngjae menyapa jururawat yang menjaga kaunter pagi itu. Taerin membalas senyuman Youngjae apabila remaja lelaki itu menghampiri meja kaunter itu.

"Good morning, Youngjae. Did you sleep well?" tanya Taerin ramah. Youngjae mengangguk laju.

"Nae! Youngjae mimpi abang Youngjae lagi hari ni!" kata Youngjae, teruja. Tiba-tiba, mimpi yang dia sangkakan indah itu bertukar agak sedih bila difikir semula. Senyuman Youngjae hilang dengan perlahan. Dia rindukan abangnya yang seorang itu oleh kerana mereka hanya dua beradik dan sangat rapat sejak kecil.

"Youngjae?"

Youngjae tersedar dari lamunan apabila Taerin menegurnya. Taerin perasan Youngjae kelihatan sedikit sedih membuatkan gadis itu berasa risau.

"Kenapa ni?" tanya Taerin, tak suka melihat remaja lelaki yang begitu periang itu menjadi agak sedih. Youngjae mengeluh kecil dan dia menongkat dagu di meja kaunter itu.

"Noona kenal Jinyoung hyung? Pesakit kanser paru-paru dari bilik 200?" tanya Youngjae. Taerin mengangguk dan Youngjae menyambung kata-katanya.

"Youngjae ada minta dia panggil Youngjae 'angel'. Youngjae ingatkan dia tak kisah. Tapi nampaknya dia sama je dengan hyung-hyung yang lain dekat sini" adu Youngjae, kedengaran kecewa.

Youngjae sangat suka kalau seseorang memanggilnya 'angel' oleh kerana itu ialah gelaran yang diberi oleh abangnya. Dia mengaku yang dia teramat manja, dan gelaran itu cukup buat dia rasa disayangi.

Sejak abangnya 'pergi' akibat kemalangan, tiada orang memanggilnya sedemikian membuatkan dia berasa sunyi. Hampir semua lelaki yang lebih tua daripadanya di pusat itu pernah diminta untuk memanggilnya 'angel'. Tetapi fikiran mereka semua sama, menyatakan yang Youngjae ini gay.

"Choi Youngjae!" Youngjae terkejut apabila suara yang sangat familiar memanggilnya dengan suara kuat dari jarak yang agak jauh. Sejurus dia menoleh, dia ternampak Jinyoung berjalan ke arahnya.

"Omo, Youngjae kena pergi. Bye, noona!" kata Youngjae lantas dia berjalan laju, menjauhi Jinyoung. Jinyoung yang perasan tindakan Youngjae lantas melajukan langkah.

"Tunggu" Jinyoung berjaya menangkap tangan Youngjae membuatkan remaja lelaki itu terhenti. Jinyoung agak tercungap-cungap. "Hyung ada benda nak cakap"

Sejak Youngjae menyuruh dia memanggilnya 'angel' malam itu, mereka tidak lagi berjumpa oleh kerana keesokkannya, Jinyoung sibuk membuat check up yang dia mengaku, sangat meletihkan dan dia habiskan masa di dalam wad sahaja untuk sehari suntuk. Jadi, baru hari ini Jinyoung dapat mencari Youngjae semula.

Jinyoung berdiri di hadapan Youngjae, dan kelihatan remaja lelaki itu tunduk memandang lantai, mukanya merah sama seperti malam dua hari lepas. Youngjae kelihatan gugup dan Jinyoung perasan itu.

"Okay, hyung panggil Youngjae 'angel' kalau Youngjae still tawarkan hyung permintaan tu"

Youngjae angkat kepala, agak terkejut mendengar ayat Jinyoung. "Jinjja?!" tanya Youngjae, mula teruja. Jinyoung tersenyum dan mengangguk.

"Hyung tahu Youngjae ada alasan. Sebab tu hyung setuju. Tapi mungkin tak setiap masa oleh kerana hyung masih kena biasakan diri--"

"Hyung, thank you so much!"

Tubuh Jinyoung didakap erat. Jinyoung terkejut dengan tindakan Youngjae tetapi dia bertindak mendiamkan diri. Youngjae memeluk Jinyoung erat dan matanya ditutup. Keluhan kecil keluar dari mulutnya dan dia tersenyum sendiri.

"Gumawo, Jinyoung hyung. Jeongmallo" kata Youngjae. Jinyoung tidak menjawab untuk seketika sebelum dia bertindak untuk membalas pelukan Youngjae. Senyuman Jinyoung terukir di bibir.

"Not a big deal, angel. It's not a big deal"

-----

05103

"Youngjae waktu tu baru 14 tahun, Youngjae disahkan menghidap kanser usus tahap 3. Doktor kata peluang Youngjae hidup tak boleh nak dipanjangkan lagi sebab doktor pakar dekat negara kita ni tak ramai. 7 tahun, itu je anggaran doktor untuk  tempoh yang Youngjae boleh bertahan" terang Youngjae, mula membuka kisah hidupnya selepas Jinyoung bersetuju untuk memanggilnya angel. Jinyoung mula rasa ingin tahu.

"Omma dengan appa Youngjae tak usaha nak hantar Youngjae pergi luar negara ke?" tanya Jinyoung. Youngjae menyuap makanan tengaharinya lalu menggeleng selamba.

"Sejak kecil Youngjae tinggal dengan abang Youngjae sebab omma appa kitorang dah cerai. Abang Youngjae kerja dekat kedai serbaneka je, jadi kehidupan kitorang tak mewah. Sebab tu abang Youngjae terpaksa menghantar Youngjae ke sini dua tahun lepas so that makan minum Youngjae lebih terjamin" kata Youngjae tenang. Jinyoung sedikit rasa bersalah tapi pada masa yang sama semakin tertanya-tanya.

"Then... mana abang Youngjae?" tanya Jinyoung perlahan. Youngjae terus berhenti bergerak, terdiam dia memandang makanan. Wajah sedihnya kelihatan.

"Dia... dah tak ada" kata Youngjae seperlahan mungkin. Jinyoung tersentak. Youngjae melepaskan sudu dan mula memandang pehanya.

"Uhm.. Youngjae mula-mula tak nak tinggal dekat KNCC ni. So waktu malam hari pertama Youngjae tinggal sini, Youngjae larikan diri. Abang Youngjae dapat tahu and dia risau sangat. So sepanjang malam dia cari Youngjae" Youngjae bercerita perlahan, dan Jinyoung terdiam mendengar cerita remaja tersebut. Youngjae masih tunduk memandang peha, dan tanpa Jinyoung sedar, air mata Youngjae terbentuk.

"Hyung Youngjae... 'pergi' sebab Youngjae"

To Be Continue...

[C] 43,200 | Got7 2Young Malay FanficWhere stories live. Discover now