12559
"Hyung tahu nombor huruf?" tanya Youngjae, teruja apabila mereka berdua berada di taman petang itu. Jinyoung yang mengajak Youngjae ke taman dan Youngjae menjadi teruja dengan ajakan itu.
Jinyoung agak keliru, lantas menggeleng. Youngjae tersenyum dan membuka buku nota bersaiz A5 yang berada di ribanya dari tadi ke halaman kosong. Jinyoung hanya mendiamkan diri melihat pergerakan Youngjae.
"Ni buku kesayangan Youngjae. Dalam ni, Youngjae tulis semua guna nombor. Look" kata Youngjae dan dia mengeluarkan pen hitamnya. Dia mula menulis nombor-nombor dengan lancar membuatkan Jinyoung mengerutkan dahi sedikit.
' 10 9 14 25 15 21 14 7 _ 8 25 21 14 7 , 9 _ 12 15 22 5 _ 25 15 21 ! '
"You see, nombor ni mewakili urutan huruf tu dari A sampai Z. Maksudnya kalau Youngjae nak tulis 'A' , Youngjae akan ganti dengan nombor 1. Kalau Youngjae nak tulis 'Q' , Youngjae tulis nombor 17 and so on. Setiap huruf ada satu jarak. And setiap perkataan dipisahkan dengan underscore. So now, hyung boleh teka tak apa yang Youngjae tulis?" tanya Youngjae, tunjukkan ayat itu kepada Jinyoung.
Jinyoung sedikit keliru melihat nombor-nombor itu. Seketika kemudian dia merampas buku Youngjae untuk diletakkan di atas ribanya dan dia mula menyelesaikan ayat tersebut. Setiap huruf yang dia berjaya dapatkan, dia tulis di bawah ayat tadi.
' Jinyoung hyung, I love you! '
Jinyoung terdiam membaca ayat tersebut, dan entah kenapa dia tiba-tiba menjadi teruja. Dia memandang Youngjae dengan muka terujanya. "Cool!" dia utarakan pujiannya membuatkan Youngjae ketawa malu.
"Hyung peganglah dulu buku ni. Nak baca pun tak apa" kata Youngjae tenang. Tiba-tiba dia teringat sesuatu dan dia menjadi sedikit panik. "But jangan baca page last" Youngjae memberi amaran.
Jinyoung tersenyum dan mengangguk, lalu dia mula membuka halaman pertama. Youngjae hanya perhatikan Jinyoung, reaksinya kelihatan berubah. Dengan perlahan dia menggenggam tangannya.
"Jinyoung!"
Youngjae dan Jinyoung terus menoleh ke kiri mereka apabila mereka tiba-tiba terdengar suara perempuan. Kelihatan seorang jururawat datang ke arah mereka.
"Awak dah terlepas waktu injection kan? Doktor Yoon dah marah tu" kata jururawat itu, agak panik. Jinyoung menjadi terkejut dan dia terus panik. Dia langsung tak ingat tentang waktu suntikannya itu.
-----
12562
"Ah, mianhamnida" Jinyoung tunduk sedikit tanda minta maaf kepada doktor peribadinya. Youngjae yang duduk di sebelahnya di atas katil hanya mendiamkan diri memandang Jinyoung yang rasa bersalah. Doktor Yoon mencekak pinggang.
"Nasib baik tak ada apa-apa jadi dekat awak. Siapa yang benarkan awak keluar sebelum dapat suntikan?" marah Doktor Yoon. Melihat Jinyoung yang terdiam, Youngjae serta-merta menjadi sedikit marah.
"Jangan marah Jinyoung hyung" kata Youngjae. Doktor Yoon dan Jinyoung menoleh ke arahnya serentak manakala dia berdiri menampilkan diri. Dia tunduk hormat.
"Annyeonghaseyo, Choi Youngjae imnida, saya dari bilik 43" Youngjae kenalkan diri dan dia kembali memandang Doktor Yoon, riak wajahnya kembali yakin.
"Mianhamnida. Tapi saya yang ajak Jinyoung hyung keluar. Dia dah beritahu yang dia ada suntikan tadi saya tetap nak jumpa dia dekat taman sebab saya bosan. So kalau nak marah, tolong marah saya" kata Youngjae lancar.
Jinyoung terkejut dan terkedu, dia memandang Youngjae dengan muka tak percaya. Bukan Youngjae yang rasa bosan dan hendak keluar ke taman, sebaliknya Jinyoung sendiri yang merasakan semua itu dan dia yang mengajak Youngjae keluar.
Jinyoung hampir sahaja menyatakan kebenaran apabila Doktor Yoon mula memarahi Youngjae tetapi kata-katanya terhenti apabila dia sedar yang Youngjae memegang tangannya erat. Dia melihat tangannya yang dipegang Youngjae lalu sekali lagi dongak memandang Youngjae.
-----
12872
"Angel" panggil Jinyoung.
Selepas Jinyoung diberi suntikan, dia terus tidur dan tanpa dia tahu, Youngjae menemaninya sepanjang dia tidur. Dia sedar sewaktu senja dan Youngjae membohonginya mengatakan yang dia baru tiba di wad itu. Tanpa sebarang soal, Jinyoung tidak mengesyaki apa-apa.
Malam itu, Jinyoung mengajak Youngjae tidur di dalam wadnya dan Youngjae seperti selalu, tak pernah menolak. Jinyoung berbaring di sebelah Youngjae yang sudah menutup mata, dia berfikir ligat tentang sesuatu sebelum membuat keputusan untuk bertanya.
"Hm?" Jawab Youngjae perlahan, seperti suaranya hampir hilang kerana ngantuk. Jinyoung mengambil masa sebelum mengiring menghadap Youngjae.
"Kenapa Youngjae back up hyung waktu Doktor Yoon marah tadi?" tanya Jinyoung. Tak lama selepas disoal, Youngjae membuka mata dan dia membalas pandangan Jinyoung. Dia senyap seketika untuk memikirkan ayat yang betul.
"Sebab Youngjae tak suka orang lain marah atau salahkan orang yang Youngjae sayang. Youngjae tak kisah kena marah, or kena tuduh, tapi Youngjae tak boleh terima kalau orang Youngjae sayang yang kena" jelas Youngjae. Jinyoung terkedu seketika sebelum tersenyum luas, terharu dengan ayat Youngjae.
"Angel, that is so nice" puji Jinyoung. Youngjae hanya ketawa kecil. Selepas mereka mengucapkan selamat malam, masing-masing mula senyap untuk ke alam mimpi.
Tiba-tiba Youngjae membuka mata, dan dia memandang Jinyoung yang sudah tertidur. Air mata terbentuk di tubir matanya.
To Be Continue...
YOU ARE READING
[C] 43,200 | Got7 2Young Malay Fanfic
Hayran Kurgu"Hyung ada Youngjae. Youngjae ada hyung" Cast : Got7 Jinyoung, Got7 Youngjae Genre : Angst Length : 10 chapters (completed) #OmmaTtwae