Bab Satu

610 72 0
                                    

00925

Jinyoung duduk di taman rekreasi pusat kanser itu seorang diri atas satu bangku kayu. Dia melihat sekeliling, ada yang memakai kerusi roda, ada yang kepala ditutup dengan topi, ada yang sentiasa membawa sepeket air di dalam poket yang mana peket tersebut bersambung dengan tiub yang dicucuk ke lengan mereka. Semua itu sangat berbeza dengan Jinyoung yang langsung tidak
ubah seperti manusia biasa. Dan apa yang lebih berbeza,

mereka semua nampak gembira.

Jinyoung keliru. Kenapa mereka semua tidak kelihatan sedih langsung? Jinyoung yakin semua yang tinggal di pusat kanser ini tiada peluang hidup lagi. Hanya menunggu masa untuk pergi.

Termasuklah Jinyoung.

Jinyoung disahkan menghidap kanser paru-paru dua bulan lalu dan doktor mengesahkan yang dia hanya mempunyai masa singkat yang tinggal. Setahun? Dua tahun? Doktor mengaku, paling lama Jinyoung boleh teruskan ialah 30 bulan.

Dia harus mengaku yang dia sedih. Sangat sedih. Dengan keadaan yang ibu bapanya sudah tiada, dia tahu tiada sesiapa akan melawatnya di sini. Dia ialah anak tunggal dan dia tak mempunyai kawan yang begitu rapat. Itu antara sebab untuk dia tinggal di KNCC.

Jinyoung diam melihat pesakit-pesakit kanser di situ bermain riang bersama-sama dan beberapa jururawat turut melayan karenah mereka. Jinyoung mengeluh kecil.

Kenapa diorang happy?

Kenapa aku tak?

"Selamat datang!"

Jinyoung menoleh, ada satu lollipop pusar betul-betul di hadapannya. Dia menjadi agak terkejut, lantas dia menoleh untuk melihat empunya tangan yang memegang lollipop itu. Kelihatan seorang budak lelaki yang mungkin dua atau tiga tahun lebih muda daripadanya sedang duduk di sebelahnya.

"Baru masuk, kan? Yoojin noona ada cakap" kata remaja lelaki itu lagi dan tersenyum manis sehingga matanya hampir tertutup.

"An nyeong! Saya Youngjae, dari bilik 43!" kata budak lelaki itu, nadanya cukup riang, membuatkan dia kelihatan keanak-anakkan. Jinyoung diam memandang Youngjae. Youngjae nampaknya pesakit di pusat itu juga. Selain dari nombor bilik yang remaja tersebut katakan, pakaian mereka juga sama (baju wad).

Satu lagi pesakit yang happy.

"Kenapa tak ambil? Awak tak makan lollipop ke?" tanya Youngjae, agak keliru. Suaranya mengembalikan Jinyoung ke realiti membuatkan dia terdiam seketika. Dia memandang lollipop pusar itu sebelum menyambutnya perlahan. Youngjae kelihatan gembira apabila Jinyoung menerima pemberiannya.

"Awak ni 'hyung', kan? Nama hyung apa?" tanya Youngjae ramah, dan dia duduk semakin dekat dengan Jinyoung. Jinyoung masih berasa agak janggal, membuatkan dia balas soalan Youngjae agak lambat.

"Jinyoung" jawab Jinyoung sepatah. Youngjae lantas mengangguk faham.

"Keurae! Selamat berkenalan, Jinyoung hyung!" kata Youngjae riang dan tangannya dihulur untuk berjabat. Jinyoung diam agak lama, melihat tangan yang terhulur ke arahnya itu.

Sejurus dia menyambut tangan Youngjae, mereka terus menjadi rapat dan mula berkenalan lebih lagi.

-----

01232

"Kanser usus?" ulang Jinyoung sewaktu mereka berdua makan malam bersama di cafe pusat kanser itu. Youngjae mengangguk, sandwichnya digigit lagi. Jinyoung diam, melihat Youngjae yang tak langsung kelihatan sedih. Dia ingin bertanya, tetapi dia terasa seperti masih terlalu awal.

"Then Youngjae tak ada--"

"Hyung"

Jinyoung terdiam apabila Youngjae memotong kata-katanya. Youngjae kelihatan serbasalah kerana Jinyoung terperasan dia menggigit bibir bawahnya dengan penuh gelisah.

"Maaf kalau ini terlalu awal, but..." Youngjae menggantungkan kata-katanya, kemudian dia memandang Jinyoung.

"Boleh tak panggil Youngjae... 'angel'?" tanya Youngjae perlahan dan Jinyoung sedikit terkejut.

"Excuse me?" Jinyoung membalas pantas, dan dia tersedar kata-katanya membuatkan Youngjae menjadi malu. Muka Youngjae terus merona merah, agak terkejut dengan balasan spontan Jinyoung.

"A-Anni, lupakan! Maaf, memang orang susah nak terima permintaan tu, Youngjae minta maaf. Ah, hyung mesti ingat Youngjae ni gay. Anni, hyung. It's not like that. H-Hyung tak perlu panggil macam tu kalau hyung tak nak" kata Youngjae, memandang pehanya dan dia berasa begitu malu. Jinyoung mula rasa bersalah oleh kerana bila fikir semula, permintaan itu bukan sesuatu yang susah.

"Wait, I don't mean to--"

"Youngjae kena balik wad Youngjae! Selamat malam!" kata Youngjae kemudian dia terus bangun dan jalan laju meninggalkan Jinyoung. Jinyoung tak sempat menghalang ataupun berkata apa-apa, jadi dia hanya memandang Youngjae yang cuba melangkah pergi sepantas yang dia boleh.

"Angel?" kata Jinyoung perlahan dan dia mengerutkan dahi, keliru.

To Be Continue...

[C] 43,200 | Got7 2Young Malay FanficWhere stories live. Discover now