2

185 6 0
                                    

Sebaik saja lif tiba di tingkat 1, terpampang papan tanda syarikat, Syarikat Kayu dan Seni Berhad. Lelaki berkemeja biru tadi melangkah laju ke kanan, hilang disebalik koridor. 

Nur Suha melihat sekeliling arah. Kanannya, ada sebuah kaunter dan seorang jejaka berambut afro yang sedang ralit dengan telefon. Disebelah kiri, juga ada sebuah koridor dan panel cermin yang memisahkan udara luar dengan udara dalam bangunan. Nur Suha mendekati lelaki berambut afro itu.

"Hai," mereka bertukar senyum.

"Cari siapa, cik?", soal Junid, tertera nama pada tag yang terkalung di dada.

"Saya pekerja baru, Nur Suha Adnan.....daftar masuk hari ni."

"Oh. Suha." Lelaki berkemeja biru yang disangka sudah hilang di sebalik pintu koboi muncul semula. Rupanya, dia menunggu Nur Suha di situ.

'Dah kenapa dia ni.'

"Encik Sulaiman punya ke?" Junid bertanya kepada lelaki berkemeja biru tersebut, membuatkan Nur Suha terkejut, kepada cara penjaga kaunter ini bertanya soalan dan juga kepada status lelaki berkemeja biru itu. Sulaiman ataupun lelaki berkemeja biru kemudiannya mengangguk. "Jadi, you nak bawa dia terus ke?"

"Nanti Jessica tolong navigate-kan. I ada hal kejap." Sulaiman beredar ke dalam pejabat.

"Okay. Nanti Jessica datang, you boleh ikut dia," ujar Junid.

"Jadi, I tunggu dulu ke ni?"

"Ya. Boleh duduk dekat situ." Junid menunjukkan arah sofa kulit dengan rangka kayu bertona gelap, arah sepasang suami isteri diusia pertengahan tahun sedang duduk.

Nur Suha mengambil tempatnya di situ. Saat mata mereka bertembung, masing-masing mengangguk, mengisyaratkan maksud perkenalan secara ringkas. Dia pantas mencapai telefon pintar daripada kocek seluar, berpura-pura sibuk membaca mesej. Tak lama kemudian, seorang staff lelaki muncul dan mendekati pasangan pertengahan usia tersebut. Mereka berbual sambil beriringan masuk ke dalam ruang pejabat.

15 minit telah berlalu dan Nur Suha masih menunggu. Pantulannya pada cermin almari kayu di sebelah kiri diamati lama. Tudung litup warna krim dengan gaya ringkas, blaus warna merah jambu pastel dengan skirt labuh warna biru gelap sudah tampak kemas dan segak. Sedikit kelepet pada muncung tudung dibetulkan. Dia mengeluarkan tisu daripada tas tangan dan menempek sedikit pada muka untuk menghilangkan minyak dan peluh, membelek sebuah majalah inTrend dan menaikkan status di whatsapp, tidak menyedari seorang wanita berdiri disebelahnya.

"Ehem."

"Ya?", soal Nur Suha.

"Cik Nur Suha?" Nur Suha mengangguk dan mereka berjabat tangan. "Saya Jessica Ng, Eksekutif bahagian Human Resource. Memandangkan hari ni hari pertama cik, kita ada sikit orientasi dengan staff bahagian pemasaran. Jom."

"Okay."

Mengikuti langkah Jessica, masuk saja ke dalam pejabat, mereka ke kiri, melewati ruang pentadbiran dan terus masuk ke bilik mesyuarat. Jessica keluar semula, meninggalkan Nur Suha. Dia memejamkan mata buat seketika, menghela nafas untuk menghilangkan gugup. Jantungnya masih berdegup kencang. Dia berzikir dua tiga nafas.

Krikk.

Pintu yang tiba-tiba dibuka daripada luar membuatkan Nur Suha duduk menegak secara spontan, membetulkan postur badannya. Jessica Ng  masuk bersama dua orang lelaki. Nur Suha terkejut melihat lelaki yang memandu Honda tadi merupakan salah seorang eksekutif syarikat ini. Dia berpura-pura tidak perasan pada renungan tajam lelaki tersebut sebaliknya menumpukan perhatian pada Jessica Ng.

"Ni ialah Nur Suha Adnan, akan menggantikan Pn Aida,"Jessica Ng memulakan bicara." Ini pula Encik Herman, Direktor Cawangan Petaling Jaya. Encik Ahmad Dani, Designer KS dan seorang lagi... "

Pintu bilik mesyuarat dibuka sekali lagi. Keempat-empat anak mata tertumpu pada lelaki berkemeja biru cair, jelas tersengih, mempamerkan sikap kanak-kanaknya.

"I ada hal kejap,"ujar lelaki itu." Hai... Hai semua."

"Ini ialah Sulaiman."

"Ya... I kenal. Tadi terserempak dekat kaunter," ujar Nur Suha.

"Oh ya?," soal Herman. Keningnya terangkat, seolah tidak percaya pada kata-kata Nur Suha. "Biasanya awal. Hari ni lambat pula. Kenapa?"

"Aida.." Sulaiman cuma menyebut nama seseorang tetapi tidak menghabiskan ayatnya. Sebaliknya, dia mengeyit mata pada Nur Suha.

"Jadi, I bos you, okay?"

"Sure."

"Okay....pertama-tamanya, I nak you pusing satu pejabat ni dan perkenalkan diri you dan kutip setiap staff punya maklumat. Jam 10am, kita jumpa balik dekat sini."

"Sulaiman..", tegur Herman

"Apa?"

"Brief dulu apa kerja dia."

"Nanti," ujar Sulaiman. "I nak dia kenal dulu semua dekat dalam ni."

"Suka hati you lah,"Herman bangun daripada kerusi."Jom. Nampak gaya Sulaiman lebih teruja dengan pekerja baru dia."

Mereka meninggalkan Sulaiman dan Nur Suha di dalam bilik tersebut. Lelaki bernama Ahmad Dani keluar dengan muka ketat dan Nur Suha sempat menangkap jelingan tajam kepadanya. Dia menelan liur. 'Baru mula kerja, dah dapat musuh. Adoi..'

Pap.

"Apa ni?"

"Buku nota." Sebuah buku nota kecil, cap 555 warna kuning cair, diletakkan di hadapan Nur Suha. "I nak you catit semua nama staff dalam pejabat ni dalam...buku ni."

"Jam 10?"

"Ya. Jam 10. Termasuklah mamat muka ketat tadi." Nur Suha membuat muka. "Ya. Dia...." Sulaiman mengecilkan matanya.

'Meluat betul lelaki ni. Tengok tu. Mata dia pun sengaja dikecilkan.'

"Nama je kan."

"Nama, jawatan dan syarikat ni tentang apa."

"I......tahu lah syarikat ni fokus kepada apa,"ujar Nur Suha. "Kalau tak, macam mana boleh dapat kerja dekat sini."

"Oh? Cerita sikit."

"Syarikat Kayu dan Seni... Produk syarikat ialah perabot kayu dan dekor ruang dalaman bangunan berkonsepkan kayu. Ada tiga cawangan di Malaysia. Johor, Kuala Lumpur dan Penang. Studio dekat Station 18 dan kilang perabot dekat Klang."

Tercetus kagum pada riak Sulaiman." Okay. Nama dan jawatan saja. Now. Jam 10am, jumpa dekat sini balik."

Pertama KaliWhere stories live. Discover now