6

96 4 0
                                    

Nur Suha mengetuk pintu bilik Ahmad Dani. Pada suara garau Dani, memanggil masuk, wanita itu sedikit was-was. Dia menjengah kepala ke dalam, melihat ruang dekor seorang pereka, menoleh ke belakang pula, pada penglihatan pekerja bahagian pentadbiran yang sibuk mengetuk papan kekunci masing-masing meski tidak seorang pun yang endah pada halnya. Nur Suha melangkah masuk ke dalam ruang kerja Dani. 

"You nampak fail putih tu?" Ahmad Dani ketika itu, sedang membelakangkannya. "Buka muka surat 20."

"I tak nampak fail putih pun..." Dani menoleh, memicit dahinya. Ketika dia memusingkan sedikit wajah ke arah Nur Suha, sisi kiri mukanya mendedahkan sedikit lebam yang sudah kebiruan. "Apa jadi dekat muka you?"

"Tak ada apa-apa..", suara Dani, terbit perlahan, terpana apabila wanita itu mendekatinya tiba-tiba saja. "I terjatuh."

Nur Suha tidak dapat menerima alasan Dani. Baru tadi, sebelum bersarapan, dia sedar perubahan emosi dan suasana antara Sulaiman dan Dani ketika mereka sama-sama di dalam lif. Tika diingatkan kembali, dia tidak menemui dua orang lelaki ini semasa time in, jadi...di mana mereka bertumbuk?

"Mustahil...," Nur Suha terkejut dengan dirinya sendiri. 

Dani menarik nafas panjang sebelum menyambung, "Tak ada apa-apa yang I boleh dapat daripada cerita dekat you hal pasal ni." Dia menunjukkan mukanya yang lebam. 

Nur Suha tidak menjawab. Sebaliknya, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri. 'Betul. Kenapa dia nak cerita hal peribadi dekat kawan kerja. Aku pun baru lagi. Blank slate.

Tuk tuk. Lamunan Nur Suha terhenti. Dani, tersenyum nipis melihat wajah wanita itu berubah kemerahan. 

"Jom," Dani sudah terlebih dulu mampir ke pintu. "I nak balik, mungkin ambil medical leave. Jadi, you usahakan fail tu sendiri dulu. Apa-apa yang you tak tahu....," dia menghela nafas panjang sebelum menyambung, "tanya pada Sulaiman."

"Okay."


x


Sulaiman tenggelam dalam kerjanya, tidak berkuak dan tidak melihat ke lain selain daripada kertas kerja yang bertimbun di meja. Bagaimanapun, samada Bernard ataupun Aida tidak menegurnya. Mereka dapat merasakan aura berbeza pada Sulaiman, aura seorang bos yang tidak boleh dikacau. Bunyi ketak ketuk papan kekunci Sulaiman terus berlagu rancak. 

Nur Suha semakin kematu di mejanya. Dia tidak betah dengan kerja, almaklum statusnya sebagai pekerja baru, ditinggalkan dengan fail putih secara tiba-tiba dan pemberinya pula sedang cuti sakit. Dia memicingkan mata pada fail putih yang diberi Dani. Wajah Dani, lebam dan berdarah, mengganggu ketenteramannya. Tetapi apabila dia meneliti muka Sulaiman, tidak ada cacat cela malah gaya rambut skema belah tepi masih rapi, seolah-olah tidak tersentuh. 

'Mungkin...dua orang ni, samada ada isu dan berlawan bertumbuk tapi Dani sejenis yang tak pandai berlawan dan kalah ataupun Dani memang kemalangan kecil.' Dia merenung Sulaiman dengan penuh minat. 'Kalau diteliti balik, Sulaiman bukannya nampak macam orang bersukan pun. Kurus kering, tinggi lampai, otot...emm...tak nampak macam berotot pun. Sekeping je tengok. Tak kan Dani, yang nampak lagi gagah tu, boleh kalah dekat Sulaiman.' 

"Suha." Sulaiman membalas renungannya. "You dapat fail putih daripada Dani kan?"

"Ya."

"Okay. Kita jumpa dekat bilik diskusi lagi 10 minit. I nak jumpa Jessica dulu." 

Pertama KaliWhere stories live. Discover now