8

44 1 0
                                    

"Kenapa you nak jumpa dia?"

"Pasal kad bisnes dia yang belum print out lagi. Sepatutnya, Suha datang ke department I untuk finalisekan detail dia semua. Kenapa you tak datang, Suha? I dah panggil you banyak kali sebenarnya." Sekali lagi, Nur Suha tergamam. Ini pertama kali dia mendengar tentang kad bisnes. "I passkan informasi dekat salah seorang pekerja you. Tapi sampai kesudah I tunggu, Suha tak datang-datang pun. Kenapa you tak datang Suha? You buat anak buah I tertunggu-tunggu dan sekarang kerja dah delay banyak sebab you tau."

"You inform dekat siapa?", soal Sulaiman.

"Tak pasti lah. Tapi dekat staff you lah. Sebab dia yang jawab phone Suha minggu lepas" Muka Sulaiman serta-merta berubah warna. Semakin kelat dan tegang berbanding ketika mereka berbalah tadi. "Kenapa, you?"

"Tak ada apa-apa.....You..," jari telunjuk dihalakan kepada Nur Suha sambil menyambung, "Pastikan you selesaikan hal bagi detail semua ni untuk kad bisnes you secepat mungkin. Jangan delay, jangan lambat-lambatkan kerja, nanti I nak bawa jumpa suppliers baru terhegeh-hegeh nak cari semua benda."

Muka Nur Suha sekali lagi merona kemerahan dek ditegur depan Jessice Ng mengenai etika kerja. Dia baru saja hendak membalas tetapi Sulaiman sudah menenggelamkan dirinya dalam lautan fail dan kerja-kerja yang tertangguh sedari tadi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Enjin kereta dihidupkan dan dibiar meraung. Nur Suha bersandar pada kerusi kereta, melepaskan lelah. Badannya terasa sengal-sengal, otot kaki sudah merenyam, mata pula semakin berat. Jam digital kereta menunjukkan angka 8 malam.

Dia memicit dahi, sedikit rengsa pada hari yang sangat panjang, sangat terkesan dengan apa yang berlaku hari ni. Melihat sekeliling, barulah tersedar hanya tinggal keretanya saja di lot parkir.

Segera dia memandu keluar daripada ruang yang semakin suram.

Tidak jauh daripada pejabat, orang berjejeran di tepi jalan. Masing-masing dalam keadaan lenggang, menjinjit bungkusan plastik dan sesetengah yang lain sedang ralit menikmati air berwarna-warni.

'Ah..pasar malam rupanya,' fikir Nur Suha.

Dia memarkir kereta di bahu jalan, sedikit jauh daripada laluan trafik. Sebuah lorong sepanjang lebih kurang 200 meter, tersedia di hadapan Nur Suha. Dalam diam, dia mengagumi kredibiliti pasar malam yang mampu menarik pengunjung begitu ramai dengan deretan gerai sepanjang jarak trek larian pecut. Kiri dan kanan pasar malam dimulai dengan gerai buah-buahan dan makanan ringan. Terselit di antara gerai-gerai makan, kedai baju bundle, peralatan harian dan barang mainan kanak-kanak.

'Macam pasar karat dekat JB.' Sambil-sambil jari runcingnya menyelak baju-baju bundle, nafsu membeli-belah makin naik syeh. 'Ah....nanti umi berleter lagi..grr...baju ni cantik-cantik belaka!'

Leteran umi pernah berlangsung hampir setengah jam dengan topik membazir amalan syaitan, duit simpanan tak pernah ada dan asyik meminjam duit ibu bapa je bila duit gaji tak cukup.

Terus, seperti disimbah air ke muka, nafsu membeli-belahnya mati kejung.Tanpa memikir panjang, dia terus mengalihkan badan ke arah berlawanan, menyebabkan orang di belakangnya terkejut, dan air yang dipegang oleh orang itu terlepas daripada genggaman.

"Saya minta maaf, encik." Nur Suha mendongak ke atas dengan puppy eyes dan riak bersalah hanya untuk kecewa dan kaget apabila dia menyedari orang tersebut ialah Sulaiman.

Nur Suha segera mengeluarkan tisu poket daripada tas tangan. Dalam kekalutan, dia menenyeh helai demi helaian tisu pada baju dan seluar Sulaiman.

"You.............patut berhenti......" Jelas daripada reaksi Sulaiman, dia tidak menyenangi perilaku Nur Suha saat ini.

"Tapi...baju you...seluar you.......basah ni. Sekejap. Sedikit je lagi ni..." Pantas tangan Nur Suha menenyeh tisu pada tompokan basah di pakaian Sulaiman.

"Cukup.... Cukup!" Beberapa orang pengunjung pasar malam terjengul-jengul kepala pada mereka berdua. Sulaiman menarik lengan wanita itu ke suatu sudut, tersorok daripada mata-mata dan telinga manusia. "Tisu..?"

Nur Suha menghulurkan satu plastik tisu poket kepada Sulaiman, untuk mengelakkan daripada tangan bersentuhan jika dia menghulurkan helai demi helai.

Sulaiman tidak menyambut plastik tersebut tetapi dia menarik helaian demi helaian daripada bukaan plastik tisu poket tersebut. Persis tuan rumah dengan orang gaji.

Dia mencebik sinis apabila menyedari pandangan tajam daripada wanita dihadapannya. Nur Suha tidak berlindung daripada mempamerkan perasaan sebenarnya. Dia terus-menerus mempamerkan perasaan tidak puas hati terhadap Sulaiman dengan pandangan tajamnya, pada cebikan sinis lelaki itu serta gaya sombong Sulaiman yang sengaja dibuat-buat. Hati wanita itu semakin meluap-luap.

Dia mula berfikir, adakah patut dia mencampak terus tisu itu ke muka Sulaiman dan beredar daripada situ dengan segera dan menanggung akibatnya esok hari ataupun menendang tulang kering Sulaiman dan berlari daripada situ dengan segera?

'Ah ... krisis pula nak pilih yang mana satu.. Kenapalah aku sejenis yang susah buat keputusan on the spot?' Apabila sedar, Sulaiman telah hilang. Lelaki itu telah berjalan meninggalkan wanita itu sendirian, hanyut dalam lamunannya. "Ba*i lah orang tua ni!"

Pertama KaliWhere stories live. Discover now