10

53 1 0
                                    

Daripada pandangan kasar, bos aku ada aura yang membuatkan orang nak tengok ke arah dia. Cara dia bekerja, cara dia berkomunikasi dengan orang lain dan cara dia berjalan. Semua yang dia buat nampak hebat, gah dan chill. 

Dalam diam, aku sebenarnya mengagumi lelaki itu sebab dia, jika dibandingkan dengan semua orang di pejabat, ataupun dengan semua senior universiti aku, Sulaiman adalah contoh terbaik 'young and successful'. Serius. Aku cemburu.

Nur Suha.


*

'Kenapa dia bawa aku ke sini?,' getus hati kecil Nur Suha.

Berjalan di belakang Sulaiman membuatkan dia berdebar. Terfikir pula apa yang berlaku semalam di pasar malam. Menggeletik dan seram sejuk kerana tindakan tak matangnya mampu memendekkan umur kariernya.

Suasana di kafe pula tidak lah lengang seperti sebelumnya. Beberapa orang pengunjung sudah mulai memenuhi ruang kafe. Vibe kafe sangat tenang dengan lantunan irama genre R&B 'Thinking of You' oleh Katie. Bau-bauan pastri menusuk rongga hidung seperti tiada hari esok. Kacang pistachio, walnut dan mentega.

Ahh ... harumnya, getus hati kecil Suha.

Matanya melilau melihat ke segenap ceruk ruang pamer pastri. Terpana seketika. Sebelum ini, walaupun dia sudah turun ke sini bersama Bernard dan yang lain, dia belum pernah melihat ruang pastri yang tersusun rapi.

Seorang pekerja melintas di hadapannya dengan tiba-tiba membuatkan Nur Suha melompat terkejut ke belakang dan hilang imbangan badan. Mujur Sulaiman menyambutnya sebelum dia menyembah ke lantai. 

Nur Suha menjeling pekerja tersebut tetapi tidak diendahkan oleh pemuda itu. Darahnya makin meluap-luap apabila ucapan maaf langsung tidak diminta malah lagak bersalah pun tiada. Tanpa memikir panjang, Sulaiman segera menarik lengan Nur Suha sambil memberikan isyarat untuk tidak memulakan pergaduhan.

Mereka mengambil tempat di tepi dinding cermin, jauh daripada ruang kaunter dan pameran pastri. Pada saat itulah mata Nur Suha dan pemuda tadi bertembung. Lelaki itu memicing pandangannya ke arah Nur Suha, dan sekali lagi dia tidak memberi sebarang reaksi serba-salah kepada Nur Suha. Malah kembali memfokuskan diri kepada kerja-kerja di ruang bakeri tersebut.

Nur Suha melepaskan nafas berat. Perasaan bebal berbuku-buku di dalam hati tetapi geram kerana tidak dapat dilontarkan. Kalau ini bukan tempat kerja aku, lama dah aku pelangkung mamat tu. Harrey betul!, Nur Suha bermonolog dalam hati. 

"Tak perlu hiraukan pekerja tu. Lagipun, dia tengah sibuk nak berniaga. Berapa orang je yang handle bakeri tu. Sebab tu lah budak tu perangai macam tu," ujar Sulaiman. Dia menoleh ke belakang pula, merenung tajam dua orang pekerja wanita yang sedang melihat ke arahnya dan Nur Suha. "Kita juga tak boleh nak halang orang daripada skodeng, pasang telinga dan sebarkan gosip pasal kita."

Spontan, pekerja wanita dua orang itu terus bangun dan segera berlalu pergi daripada situ. Nur Suha kebingungan dengan respon Sulaiman serta gerak badan daripada dua orang pekerja wanita tersebut.

"Order?" Pekerja kafe yang tadinya mampir untuk mengambil pesanan makanan.

Sulaiman, dengan muka semberono, melayang-layangkan menu di muka Nur Suha membuatkan wanita itu terhenyak ke belakang dengan tujuan mengelakkan mukanya daripada mengenai menu kafe.

Dia menjegilkan mata kepada Sulaiman. Lelaki itu hanya tersenyum nipis.

"Asyik termenung je. Cepat tengok dan order." Sulaiman kemudiannya mulai membuat pesanan pilihannya, "I nak Americano dengan roti kaya bakar," sambil melihat Nur Suha, "You?"

"Aa~ ... ,"terjeda sebentar kerana dia masih membelek menu. Banyak pula pilihan. Daripada terus juling dengan pilihan berbagai, dia menutup semula menu dan menyambung, "Bagi sama je macam .... dia."

Pekerja itu berlalu pergi dan meninggalkan mereka berdua. Nur Suha termangu seketika. Dia hanya melihat kelibat pekerja kafe yang kurang ajar tadi kembali sibuk selepas mengambil pesanan mereka.

 "Syok ke kerja dekat sini?" Tak semena-mena Sulaiman bertanya. 

Sambil berdehem, Nur suha mengatur nafas dan idea sebelum menjawab. "Not bad."

"Itu saja?" Sulaiman melihat ke luar tingkap dan kembali memandang Nur Suha, menantikan jawapan daripadanya. Pandangan Sulaiman sangat dalam.

'Betul-betul nak kan jawapan daripada aku ke?' Gugupnya muncul dan tidak cepat berambus kerana lelaki itu asyik sungguh merenungnya. 'Ah ... nak goreng apa ni?'

"Pagi sangat. Tak mampu nak berfikir dengan waras lagi."

Sulaiman mengangguk perlahan. "Baju saya semalam susah betul nak cuci." Tiba-tiba lelaki itu mengubah tajuk perbualan. Senyuman trademark Sulaiman terukir indah di wajahnya.

Saat itu, terbit suara hati Nur Suha, 'Murah betul dengan senyuman dia ni.' 

Pandangan Sulaiman kembali terarah ke ruang luar kafe, luar dinding cermin yang memisahkan ruang interior kafe. Dahinya sedikit berkerut, memicing tajam ke arah seseorang. Khusyuk.

Nur Suha melihat ke arah yang sama.

Seorang lelaki, berpakaian segak dengan sut suede kelabu, rambut rapi dan tersisir ke belakang dengan gaya mid fade manakala langkahnya macho. Penuh ego dan gah. Tingginya persis Sulaiman. 180 cm. Mata lelaki itu tidak lepas daripada memandang skrin telefon.

"Sebenarnya hari ini, I ada appointment dengan klien dan you pula tak pernah ada on the job training kan sebelum ni. Lagipun, yang lain-lain dekat pejabat hanya bagi kerja management je dekat you. Sebab itu lah, I bawa you ke mari. Cuma satu I nak minta daripada you." Sulaiman memandang tepat ke arah anak mata Nur Suha sambil menyambung, "Sabar."

Serta-merta dia berkerut. Baran sangat ke aku ni? Belum sempat hendak memberi jawapan balas, Sulaiman sudah pun meletakkan telefon ke atas meja sambil mengisyaratkan Nur Suha untuk berpindah ke tempat duduk di sebelahnya. Dia segera menuruti isyarat bos.

Sebaik melabuhkan punggung, Sulaiman tiba-tiba saja merapatkan diri. Walaupun tidak menceroboh ruang privasi Nur Suha, wanita itu tetap terkejut. "Mulai daripada sekarang, I nak you fokus dan take note apa-apa saja yang Ali dan I bincang dan kalau perlu, you boleh tanya apa saja soalan ... Andai perlu."

"Kalau I tanya you lepas meeting ni, one on one je, tak boleh ke?"

"Boleh juga. Tak ada masalah. Tapi I nak you berlatih komunikasi dengan VIP mulai sekarang. Okay?" Sepasang mata, cerah dan redup, meyakinkan Nur Suha untuk bertenang. Nur Suha mengangguk perlahan.

Dadanya berombak sedikit kencang. Adakah dia gugup? Nur Suha cuba menghilangkan fikiran negatif itu dengan menyelongkar tas tangan untuk sebuah buku nota dan pen.

Pada masa yang sama, sepasang dress shoe berwarna coklat tua berhenti di hadapan Sulaiman.

"Sulaiman," ujar lelaki bersut suede kelabu mengucapkan salam dengan angguk kecil, gaya korporat sangat. 

Sulaiman bingkas berdiri, membuatkan Nur Suha juga berdiri. Mereka berjabat tangan.

"Ali." Sambil bertukar angguk, Sulaiman kembali duduk sambil menganjur tangan kepada sofa kosong di hadapannya. "Jam ke jalan?"

"Biasa je. Lagipun, sekarang pun dah hampir jam 10 pagi. So ... tak ada lah sampai tak gerak langsung. Siapa ni?", soal Ali.

"Nur Suha. Eksekutif terbaru kami."

Nur Suha melayangkan senyuman nipis kepada Ali tetapi lelaki itu hanya memberikan anggukan kecil dan menumpukan perhatian hanya kepada Sulaiman. Entah kenapa, dia terguris.

Anggukan Ali lebih sinonim mengiktiraf Nur Suha tak kurang lebih seperti seorang anak kecil yang membontoti bapanya keluar bekerja. Dia teringat kembali apa yang diberitahu oleh Sulaiman tadi. 'Sabar.' 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 10, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pertama KaliWhere stories live. Discover now