4

123 5 0
                                    

"Siapa nama?", soal Bernard.

"Nur Suha," ujar Nur Suha. 

"I, Bernard!", ujar Bernard sambil melayangkan tag nama yang dikalungkan di leher. Dia kemudiannya menyandarkan badan pada dinding workstation Nur Suha dan menyambung, "Itu Aida."

"Okay." Nur Suha mengangguk. Pada masa yang sama, Aida bangun dan keluar daripada bilik, membuatkan suasana hening seketika. 

"Merajuk la tu,"ujar Bernard. "You jangan jadi macam dia tau."

"Bernard!" Sulaiman menegur.

Dek ditegur dihadapan budak baru, muka Bernard memerah, menahan malu. Tanpa mengendahkan hal perasaan dan emosi Bernard, Sulaiman beralih kepada almari di hujung bilik. Fail berwarna-warni dengan pilihan warna terhad pada kuning, putih dan biru muda tersusun rapi.

"Setiap warna fail beri maksud berbeza, okay?" Nur Suha mengangguk. Sulaiman menyambung lagi, "Biasanya, untuk projek baru yang masih dalam fasa idea, kita akan guna warna putih sahaja. Biru untuk projek yang dah masuk fasa 1 dan 2 kalau dah diluluskan, dah ada struktur, planning dan tinggal nak execute je. Kuning untuk projek pada fasa 3/4. Tinggal untuk shooting dan diiklankan saja."

Nur Suha mengangguk. Sulaiman meneruskan tugasnya, menerangkan skop kerja, konsep pemasaran, jenis klien syarikat, dan projek yang pernah gagal atau berjaya sehingga ratusan ribu. Dalam pada itu, Nur Suha sempat bermonolog pada dirinya, 'Kenapa jangan jadi macam Aida?'


x


Pagi masih hening ketika Nur Suha keluar daripada rumah. Dia memandang sepi pada kereta yang berdesup dua tiga buah.

Keretanya diparkir pada tempat yang sama seperti hari pertama bekerja. Berjalan beberapa tapak mendekati lif, dia ternampak kereta Toyota Vios hitam milik Sulaiman, terparkir elok di tingkat yang sama. 'Awal betul dia sampai. Jam berapa keluar rumah?', Nur Suha bermonolog sendirian.

Tiba-tiba saja dia terdengar suara orang berbisik-bisik. Spontan, kakinya menukar destinasi, ke arah suara bisikan tersebut.

"Apa kau nak?" Bisik lelaki tersebut. "Dia yang heret aku masuk dalam hal ni. Aku tak boleh buat apa-apa. Kau ingat aku ada kuasa ke?"

Nur Suha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siapa ni? 'Junid? Bernard?' Nur Suha menggeleng. Junid dengan Bernard lebih kurang tingginya saja. Orang yang sedang bercakap telefon separuh berbisik ini lebih tinggi daripadanya, jadi sangat mustahil kalau ..... 

Tak mungkin.....

Susuk tubuh tinggi lampai tersebut, kemas berkemeja warna maroon dengan slack hitam, mengubah posisi berdiri. 

Mereka bertentang mata. 

Nur Suha cuba mengawal perubahan riak tetapi mereka jelas janggal dengan cara pertembungan pagi ini. 

"Aku tak ada benda nak cakap dengan kau dah. Hal perasaan kau, handle sendiri." Sulaiman berjalan mendekati Nur Suha. "Awal hari ni?"

"Pekerja berdedikasi," Nur Suha menjawab.

Sulaiman bergerak meninggalkannya. Wanita itu termangu seketika namun dia lekas mengumpul jitu. Mereka sama-sama memasuki perut lif. Kedaan janggal seketika. Nur Suha menarik nafas lega saat seseorang menahan pintu lif daripada tertutup. Ahmad Dani masuk, memegang telefon yang sudah hancur berderai.

"Nur Suha,"Ahmad Dani memanggilnya setelah masuk ke dalam.

"Ya."

"Semalam you terlupa ambil nombor telefon I. Ni nombor I. 01300001123." 

"Tu bukan nombor kau," ujar Sulaiman. 

Ahmad Dani melayangkan telefon yang sudah hancur itu. "Apa masalahnya? Nombor yang aku bagi tu, nombor yang guna untuk hal-hal kerja juga. Bukannya ada masalah pun. Kenapa? Nombor peribadi dengan nombor untuk kerja ada beza ke?"

Ding. Lif tiba di tingkat satu tetapi kedua-dua, Sulaiman dan Ahmad Dani tidak berganjak. Mereka berlaga renung, melupakan hakikat Nur Suha berada di antara mereka. Dia menghelas nafas lega apabila mendengar derap kaki menghampiri lif. Bernard, sambil menyanyi secara perlahan, satu tangan membawa thermos warna biru gelap manakala satu tangan lagi menghayun-hayunkan tag identiti pekerjanya. Wajah Bernard jelas terpampang terkejut melihat ada orang di dalam lif.

Pertama KaliWhere stories live. Discover now