Bab 1

2.8K 48 2
                                    

"YA ALLAH! Budak ni, anak dara apa bangun lewat pagi-pagi ni," jerit Isz. Zuliana menggeliat di atas katilnya sambil mengeluh.

"Alah, sekali sekala tak apa kan," ujarnya.

"Ye lah sekali sekala, tapi bukan ke kau pagi ni ada kerja nak buat." Ketika itu Zuliana hanya membuat muka bersahaja.

"Kau kan harus mulakan hari pertama kerja dekat tempat aku kerja," ucap Isz. Muka Zuliana yang tadinya mamai tiba-tiba berubah menjadi terkejut.

"Betullah, aku lupa pulak. Isz dah pukul berapa ni?" tanya Zuliana cemas. Hari ini hari pertama dia mula bekerja sebagai seorang waiter di sebuah restoran ternama di Malaysia. Ikutkan hati, tak adanya dia nak cari kerja bagai. Tapi akibat mahu mencari pengalaman bekerja dia gagahkan juga untuk mencari kerja.

"Lagi 15 minit nak pukul 8.30," jawab Isz sambil melirik ke arah jam yang ada pada tangan kirinya.

"Apa! Alamak-alamak aku dah lambat ni. Isz aku nak buat apa ni." Pandangan merayu dilemparkan oleh Zuliana ke arah Isz. Tetapi rakannya itu hanya tersenyum mengejek.

"Hahaha, kan aku dah cakap semalam kat kau, jangan tidur lewat tapi kau degil. Sudah-sudah, kau cepat pergi mandi aku tunggu kau dekat bawah. Kalau lambat, aku tinggal."

Dengan lajunya Zuliana berlari mengambil tuala yang tersangkut di belakang pintu dan terus masuk ke dalam bilik air. Dari luar, Isz dapat mendengar yang Zuliana hanya mandi ala-ala P.Ramlee sahaja.

Sudah lama Isz berkawan dengan Zuliana. Segala suka dan duka dalam hidup Zuliana dia tahu. Zuliana seorang gadis dari keluarga yang berada tetapi dia mengambil keputusan untuk mencari kerja dan bukannya menggoyang kaki sahaja di rumah. Ya! Memang benar, Zuliana boleh sahaja bekerja di syarikat ayahnya. Tetapi dia ialah seorang yang suka mencari pengalaman bermula dari bawah. Dalam asyik-asyik berangan, tiba-tiba Isz mendengar pintu bilik air dibuka.

"Mak aih, lajunya kau mandi." Zuliana tidak menjawab tetapi cepat-cepat dia menuju ke almari pakaian. Sementara itu, Isz turun ke bawah dan menunggu di dalam kereta jenis Viva berwarna oren kesayangannya itu. Selepas beberapa minit, Zuliana turun dari rumah dan terus masuk ke dalam kereta.

"Kau ingat kau nak pergi kerja jadi CEO syarikat ke?" perli Isz ketika Zuliana hendak masuk ke dalam perut kereta. Zuliana memandang Isz dengan wajah yang kurang faham.

"Kenapa pulak?" tanya Zuliana hairan.

"Iyalah, kau pakai baju dah macam nak pergi kerja dekat syarikat ayah engkau je. Padahal nak jadi waiter je pun," luah Isz.

"Hahaha, apalah kau ni aku pakai kemas salah, aku pakai selekeh salah. Apa yang kau nak sebenarnya ni."

"Tak ada lah, kau kan just nak pergi restoran. Pakai lah yang santai-santai macam aku ni hah," ujar Isz sambil sesekali memandang ke arah Zuliana.

"Aku just nak nampak okey je nanti," terang Zuliana pula. Apabila mendapat jawapan dari Zuliana, Isz terus menfokuskan pandangan ke arah jalan raya. Sementara itu, Zuliana pula mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh DJ radio.

SELEPAS 15 MINIT perjalanan dari rumah sewa di Ampang ke bandar raya Kuala Lumpur. Akhirnya sampai juga mereka di tempat yang dituju. Dengan lajunya Zuliana membuka seat belt yang dipakainya. Tergopoh-gapah mereka berdua masuk ke dalam restoran itu. Restoran itu sudah hampir 23 tahun dibuka. Pemiliknya mempunyai lebih dari lima buah cawangan di seluruh Malaysia.

Ketika masuk ke dalam restoran itu, Zuliana bagai terpukau dengan dekorasi dan design yang telah direka oleh pemilik restoran tersebut. Tetapi belum sempat Zuliana meneliti kesemua yang ada Isz terlebih dahulu menarik tangan Zuliana dan dibawa masuk ke dalam pejabat.

"Nanti-nantilah kau tilik kedai ni eh," ujar Isz. Zuliana dengan terpinga-pinganya mengikut sahaja Isz. Mungkin Isz nak bawa aku jumpa big bos kut. Aik? Tapi asal dia melencong masuk dapur pula ni. Ikut jelah,fikir Zuliana. Mereka berdua terus berlalu ke arah dapur restoran itu.

ISTERIKU! CHEFKU?Where stories live. Discover now