Bab 3

1.1K 28 0
                                    

"MAMA nak beli apa ni ma?" tanya Zul kepada Puan Maisarah. Zul melihat keadaan disekelilingnya. Ramai juga orang yang datang ke Tesco ni, detik hatinya..

"Mama nak beli barang dapur sikit," ucap Puan Maisarah.

"Mak Som kan ada?" Zul bertanya kehairanan.

"Mak Som cuti minggu ni, jadi mamalah yang kene pergi beli," terang Puan Maisarah. Selepas mendapat jawapan dari mamanya, Zul terus mendiamkan diri.

"Mama, Zul nak pergi dekat bahagian menjual coklat jap." Zul menilik-nilik barang yang ada di tangannya.

"Apalah kamu ni Zul, dah besar pun nak beli coklat lagi ke." Puan Maisarah menggeleng kepala melihat perangai anak terunanya itu.

"Okey lah, nanti kamu datang balik dekat mama tau," pesan Puan Maisarah kepada anaknya.

"Okey ma." Zul terus berlalu pergi ke bahagian makanan ringan.

"SEMUANYA ENAM PULUH lima ringgit kak," ucap juruwang itu. Zuliana mengeluarkan sekeping not seratus ringgit lalu menghulurnya kepada juruwang.

"Ni bakinya, terima kasih dan datang lagi." Zuliana dan Isz menolak troli yang sarat dengan barang-barang ke arah pintu keluar pasar raya itu.

"Eh kejap, Isz aku nak masuk semula lah dalam Tesco tu," ucap Zuliana.

"Kau nak buat apa?" Lagi beberapa langkah mereka akan sampai di tempat letak kereta.

"Aku nak ambil duit jap, kejap je." Zuliana terus meninggalkan Isz yang terkulat-kulat seorang diri di tempat letak kereta itu.

"Bertuah punya kawan." Isz menyambung menolak troli ke arah keretanya.

"ADOI,BERATNYA BARANG NI. Manalah perginya anak aku ni," keluh Puan Maisarah. Waktu itu Puan Maisarah berada di pintu masuk utama pasar raya itu.

"Haih, angkat je lah. Nanti nak tunggu Zul lambat pula nak sampai rumah." Puan Maisarah mengangkat plastik yang berisi barang dibelinya tadi ke arah letaknya kereta.

"Assalamualaikum makcik."

"Waalaikumsalam." Puan Maisarah tidak jadi mengangkat barang-barang itu apabila ditegur oleh seseorang. Mukanya segera dipalingkan ke arah orang yang menegurnya tadi.

"Boleh saya bantu makcik?" tanya gadis itu.

"Err...tak menyusahkan ke?" Walaupun Puan Maisarah tidak mengenali gadis itu tetapi akibat tidak larat mengangkat semua barang, dia menerima sahaja perlawaan gadis itu.

"Tak ada lah," jawab gadis itu.

"Kat mana kereta makcik?" tanya gadis itu sambil mengangkat barang yang ada di depan Puan Maisarah.

"Erm...kamu boleh ikut makcik." Mereka berdua berjalan beriringan ke arah letaknya kereta Puan Maisarah.

"Wow! Ni ke kereta makcik." Puan Maisarah hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum melihat reaksi gadis itu.

"Stylo habis," ucap gadis itu.

"Sebenarnya ini kereta anak makcik. Makcik datang dengan dia, tapi sampai sekarang tak muncul-muncul lagi," terang Puan Maisarah.

"Ooo..." Gadis itu memasukkan barang-barang ke dalam perut kereta jenama Skyline itu.

"Tak apa lah makcik, saya pergi dulu ya." Gadis itu ingin meninggalkan kawasan tempat letak kereta itu tetapi ditegah oleh Puan Maisarah.

"Nanti dulu nak, ni untuk kamu ya." Puan Maisarah menghulurkan sekeping not sepuluh ringgit kepada gadis tersebut.

"Eh? Apa ni, tak apalah makcik. Saya ikhlas tolong makcik tadi," tolak gadis itu.

ISTERIKU! CHEFKU?Where stories live. Discover now