DARI tingkat atas lagi Isz sudah terbau sesuatu yang enak. Dia sangat kenal akan bau itu. Itu ialah aroma dari masakan nasi goreng ayam Zuliana. Isz turun ke bawah dengan perlahan-lahan.
"Woi!Masak apa? Sedapnya bau. Kalau macam ni hari-hari, boleh gemuk aku ni Zu." Zuliana yang berada di dapur hanya tersenyum lalu berkata, " Yelah, tengok lah siapa yang masak. Aku akan pastikan kau akan jadi gemuk dalam masa sebulan ni. Hehehe," gurau Zuliana.
"Sampai hati kau Zu. Tapi tak apalah masakan kau sedap sangat, so aku tak kesah." Isz terus duduk di atas kerusi di meja makan. Zuliana menyedukkan nasi goreng yang baru siap ke dalam mangkuk lalu dibawa ke meja makan. Isz yang sudah berada di meja makan bersedia untuk merasa masakan air tangan Zuliana. Isz menyuap suapan pertama lalu dia terdiam seketika.
"Pergh... sedap gila Zu kau masak, yum,yum," jawab Isz jujur.
"Tengok tangan lah, hahaha. Makan cepat, nanti lewat pula nak pergi kerja. Kau dah kemas barang untuk bawak ke rumah aku belum?" tanya Zuliana sambil meneruskan suapan terakhir. Lalu dia terus menuju ke dapur untuk mengemas barang yang digunakan untuk memasak tadi.
"Dah." jawab Isz.
"Makan cepat, lepas tu tolong aku kemas meja makan. Jangan pandai makan je, kemas tak nak," laung Zuliana dari arah dapur. Isz hanya tersenyum sambil menyudahkan suapan terakhir.
" ZU, TOLONG PERGI ambik order jap kat depan tu. Aku ada kerja sikitlah nak buat." Ketika itu Zuliana sedang berehat-rehat sambil menunggu pesanan siap untuk dihantar kepada pelanggan.
"Okey." Zuliana terus keluar ke depan untuk mengambil pesanan. Dia menghampiri meja yang diduduki oleh seorang wanita yang sudah berumur. Zuliana memandang wajah wanita itu lalu terkejut.
"Eh? Ni makcik yang semalam kan." tanya Zuliana setelah melihat wajah wanita itu.
"Ni kamu yang tolong makcik angkat barang semalam ya?" jawab Puan Maisarah. Zuliana menganggukkan kepala sambil tersenyum.
"Kamu kerja disini ke?" tanya Puan Maisarah teruja.
"Aahh. Ermm makcik nak order apa?"
"Makcik taknak order apa-apa pun. Eh, kamu duduk lah teman makcik kat sini," ujar Puan Maisarah.
"Eh, tak apalah makcik. Saya tengah kerja ni. Nanti bos saya marah saya pula kalau saya tak buat kerja." Zuliana menolak pelawaan Puan Maisarah dengan baik.
"Bos kamu tak marah punya. Percaya lah cakap makcik ni. Kalau dia marah, kamu cakap kat makcik. Nanti makcik marah dia balik," ujar Puan Maisarah.
"Sekarang ni kamu duduk sini teman makcik berbual." arah Puan Maisarah lalu menarik tangan Zuliana untuk duduk di kerusi bertentangan dengannya. Zuliana mengalah jua akhirnya tetapi dia melihat-lihat disekelilingnya takut-takut bosnya nampak dia berbual dengan makcik didepannya.
"Apa yang kamu terjenguk-jengukkan tu. Bos kamu tak ada, dia pergi ambil barang jualan lah. Kamu jangan risau." ujar Puan Maisarah. Aik, macam mana makcik ni tahu yang bos aku tak masuk restoran hari ni. Hurm... pelik-pelik, detik hatinya. Zuliana menfokuskan pandangan ke arah Puan Maisarah. Ketika itu ada seorang pelayan yang lalu ditepi meja mereka. Lalu Puan Maisarah menahan pelayan itu untuk mengambil pesanan mereka.
Sementara menunggu Puan Maisarah membuat pesanan, Zuliana melihat-lihat keadaan di sekelilingnya. Kelihatan Puan Maisarah sudah bersedia menyoal pelbagai soalan kepada Zuliana. Ketika itu Zuliana berada dalam keadaan gelisah kerana takut pada bosnya dan takut dengan apa jua soalan yang terkeluar daripada makcik didepannya itu. Zuliana bukan ahli nujum yang boleh tahu apa yang ingin ditanya oleh makcik didepannya itu. Kot-kot nak suruh dia kahwin dengan anak makcik tu. Haih, mintak dijauhkan la. Tapi kalau hensem macam Zizan Razak, pelakon pujaan Zuliana tu okey la jugak. Hehehe.
YOU ARE READING
ISTERIKU! CHEFKU?
RomanceSelamat membaca :) Hi! thanks spe2 yg sudi baca cerita saya yg x seberape ni.. Ni adalah cerita hasil dari idea saya sendiri Sebenarnya cerita ni saya dh lama reka skrg je bru nak start slow2 balik..