"WEH ZUL, semua meja dah penuh lah. Hmm..jom balik je lah." rungut Amer. Dia sudah bosan berpusing-pusing mencari meja kosong didalam restoran itu. Ini semua disebabkan oleh kawan baiknya itu a.k.a sepupunya. Kalau Zul tidak memaksa dia turut ikut bersama mungkin dia tengah seronok membuat kerja dirumah sahaja.
"Ish, sabarlah. Nanti-nanti tu ada lah meja kosongnya. Aku tak kira, aku nak makan dekat restoran ni jugak." ucap Zul tegas. Zul melilau-lilaukan matanya kalau-kalau ada meja yang kosong untuk mereka berdua duduk. Tiba-tiba mata Zul berhenti pada meja yang menempatkan dua orang gadis yang amat dikenalinya. Eh? Itukan pekerja aku tu. Kalau tak silap aku, Ana dengan Isz tu. Hmm..tumpang duduk dengan diorang jelah. Lagi pun aku dah lapar sangat ni.
"Mer, jom kita duduk dengan dua orang budak perempuan tu." ucap Zul sambil menundingkan jarinya ke arah meja Zuliana dan Isz. "Hah? Apa?" Amer terpinga-pinga apabila ditegur oleh Zul secara tiba-tiba.
"Ish! Kau ni kan. Aku debik jugak kan. Aku cakap jom kita duduk dekat sana tu." Zul terus berjalan mendekati meja Zuliana dan Isz. Amer pula hanya mengikut Zul dari belakang.
"Assalamualaikum Isz." tegur Zul mesra kepada Isz yang berada ditepinya. Isz yang terkejut mendengar seseorang menegurnya terus berpaling ke tepi. Zuliana didepannya terus menarik muka masam apabila Zul berada di situ. Ish! Meyampah betul aku dengan manusia bernama Zulkifli ni, rungut Zuliana tetapi hanya di dalam hati. Gila kau nak kutuk depan-depan. Sat gi aku kena pecat menangis darahlah aku.
"Eh? Bos..bos buat apa dekat sini." Soal Isz terkejut. Bukan terkejut betul-betul pun. Memang Isz dah tahu yang bosnya akan datang ke meja mereka. Saja, nak buat drama swasta tak berbayar sikit kat situ. Hehe..
"Saya datang sini nak main boling. Awak ada nampak tak kat mana tempat yang boleh saya main bowling ek?" Isz hanya tersengih sumbing. Pandai loyar buruk jugak ek bos aku ni, fikir Isz. "Saya datang sini nak makan lah. Nak buat apa lagi Isz oii. Boleh kita orang join korang berdua?" tanya Zul kepada Isz. Dia menjeling sekilas ke arah Zuliana. Tetapi Zuliana hanya membuat endah tak endah sahaja. Ish! Dia ni kerek giler kot. Menyampah aku, omel Zul. Zuliana yang melihat Zul menjeling ke arahnya buat-buat tidak nampak. Tak ada masa aku nak main jeling-jeling dengan kau ye bos. Kau ingat apa? Sweet couple nak jeling-jeling. Hish! Pleaselah!
"Hah? Oh, bos nak duduk sini ke? Boleh je, silakan-silakan." ujar Isz kepada Zul. Zul dan Amer terus ke kerusi untuk duduk. Mereka berdua sudah penat berdiri dari tadi. Zul duduk bertentangan dengan Zuliana. Manakala Amer pula duduk dihadapan Isz.
"Terima kasih Isz. Dah lama ke korang ada dekat sini?" tanya Zul.
"Eh? Tak ada lah. Kita orang baru je ni hah. Air pun tak sampai lagi. Kan Zu kan." Isz memalingkan mukanya ke arah Zuliana untuk meminta persetujuaan dari gadis itu. Tetapi Zuliana hanya membuat muka. Ish, budak ni. Aku cakap dengan dia, tapi boleh pulak dia buat muka. Isz mencubit peha kanan Zuliana.
"Auchh!" jerit Zuliana. Dengan serta merta dahi Zuliana berkerut menahan sakit. Zul dan Amer terus memalingkan muka mereka ke arah Zuliana. Zul mengerutkan dahinya.
"Awak ni dah kenapa Ana?" tanya Zul.
"Eh? Tak ada apa-apa lah bos. Dia kena sepit dengan ketam lah tu bos. Kalau bos nak tahu kat sini banyak ketam tau. Ketam dia besar-besar. Kalau bos tak percaya. Ni hah buktinya." Isz menundingkan jari telunjuknya ke arah Zuliana. Zuliana hanya menjeling ke arah kawan baiknya itu. Isz ni kan, saja je tau. Arghh! Buat malu je kat pakcik tak ada hati depan aku ni. Dah lah ada dengan kawan dia pulak tu. Ish! Jaga kau Isz.
"Betul ke awak kena sepit dengan ketam Ana? Awak jangan main-main" soal Zul hairan.
"Haah bos, saya kena sepit dengan ketam. Ketam yang tengah mengidam makan char kue tiaw abang Man." Perli Zuliana kepada Isz sebenarnya. Isz disebelahnya hanya tersengih. Hah!Sengih,sengihlah. Tunggulah hari kau ye Isz.
YOU ARE READING
ISTERIKU! CHEFKU?
RomanceSelamat membaca :) Hi! thanks spe2 yg sudi baca cerita saya yg x seberape ni.. Ni adalah cerita hasil dari idea saya sendiri Sebenarnya cerita ni saya dh lama reka skrg je bru nak start slow2 balik..