"ASSALAMUALAIKUM ma, mama baru sampai ke?" soal satu suara di sebelah Zuliana. Zuliana duduk membelakangkan pintu masuk utama, jadi Zul belum sempat lagi melihat wajah Zuliana. Untuk sementara waktu itu Zuliana selamat. Untuk sementara je tau.
"Dah lama dah mama sampai. Tengok, dah nak habis dah air yang mama pesan. Tunggu kamu punya pasal. Tapi nasib baik ada Ana temankan mama. Tak ada lah mama mati kebosanan menuggu kamu." ujar Puan Maisarah diselitkan dengan memerli sekali.
"Ana? Siapa tu ma?" tanya Zul hairan. Dia tidak pernah dengar orang yang bernama Ana. Walaupun dia lelaki tetapi sebagai seorang anak dia juga tahu serba sedikit dengan siapa mamanya berkawan. Hampir semua kawan mamanya dia kenal. Tapi Ana, first time dia dengar nama itu.
"Tu hah, yang duduk membelakangkan kamu ni. Ni lah Ana. Pekerja sendiri pun tak cam muka. Huh, bos apalah kamu ni. Mentang-mentanglah dia baru kerja semalam. Ah, Ana nilah yang tolong mama angkat barang semalam dekat Tesco tu. Kalau tak ada Ana memang patah lah pinggang mama. Nak harapkan kamu.Huh! " bebel Puan Maisarah. Zuliana hanya diam tidak berkutik. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Tak nak bagi bosnya nampak mukanya itu. Dalam hati dia berharap agar bosnya itu terus berlalu dengan cepat. Zul menundukkan sedikit mukanya ke bawah lalu berpaling menghadap gadis didepannya itu.
"Kamu ni rupa-rupanya. Tapi kenapa kamu ada dekat sini. Bukannya kamu harus ada dibelakang ke. Kamu datang sini nak kerja ke nak main-main hah! Kalau nak main-main jangan datang sini. Pergi ke taman permainan or whatever." Sembur Zul kepada Zuliana ditepinya itu. Ambik kau kena sebijik dari bos.
Zuliana hanya diam. Terima sahaja diri kena marah. Dahlah depan orang ramai pula tu. Puan Maisarah yang sedang melihat drama swasta tak berbayar itu mengerutkan sedikit dahinya. Mungkin terkejut melihat sikap anak bujangnya itu.
"Kamu ni kenapa Zul? Kenapa kamu marah dia? Dia tak ada buat salah kat kamu kan. Kamu pergi jerkah dia dekat sini buat apa, dahlah depan orang ramai pula tu. Dia tak salah, mama yang suruh dia teman mama sementara nak tunggu kamu sampai. Tapi alih-alih kamu marah dia pula. Kesian dia. Kamu ingat dia tak ada perasaan ke apa." Puan Maisarah mencapai tangan Zuliana yang berada di bawah meja lalu menggenggam tangan mulus itu. Sejuk betul tangan Ana ni, mesti dia terkejut, fikir Puan Maisarah. Keadaan mula reda apabila mamanya menerangkan perkara yang sebenar.
Alamak, aku salah sangka ke ni. Ayoyo...matilah aku kena sembur dengan mama balik nanti. Zul membuat muka tidak bersalah. Lalu dia duduk di kerusi sebelah mamanya itu. Apabila Zuliana mendongakkan kepalanya, sepasang mata tengah menjeling tajam ke arahnya. Dia melilau-lilaukan anak matanya ke arah lain. Kalaulah jelingan bosnya itu boleh diumpamakan dengan sebilah pisau. Memang dah arwah lah Zuliana dekat situ.
"Err...auntie Mai saya pergi ke belakang dulu ya. Banyak lagi kerja yang saya kena lakukan." Zuliana meminta untuk berlalu sekaligus untuk menyelamatkan diri daripada renungan merbahaya bosnya itu.
"Huh! Tahu pun, ingat ke tak sedar diri tadi," perli Zul. Puan Maisarah yang duduk ditepinya mencubit peha kiri anaknya itu. Zul mengaduh kesakitan. Selepas mendengar ucapan dari Zul, muka Zuliana terus berubah menjadi masam. Sakit hati tau tak.
"Ye, saya tahu saya siapa. Sape lah saya ni kan. Saya hanya pekerja bawahan lainlah Encik Zul. Bos kepada pekerja disini." Zuliana membuat muka kasihan. Sebenarnya dia tak kisah pun. Tapi saja je nak suruh auntie Mai kesian. Huhu. Zul membuat muka meluat selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Zuliana sebentar tadi.
"Eh? Apa cakap macam tu Ana. Tak baiklah. Hurm,okey. Ana boleh pergi ke dapur sekarang. Terima kasih tau sebab teman kan auntie dekat depan ni." Zuliana hanya tersenyum lalu bersedia untuk angkat punggung dari kerusi tetapi ditengah oleh Puan Maisarah. Zul ditepi hanya membuat endah tak endah je.
YOU ARE READING
ISTERIKU! CHEFKU?
RomansaSelamat membaca :) Hi! thanks spe2 yg sudi baca cerita saya yg x seberape ni.. Ni adalah cerita hasil dari idea saya sendiri Sebenarnya cerita ni saya dh lama reka skrg je bru nak start slow2 balik..