Bab 2

1.3K 35 0
                                    

TIBA-TIBA ada seorang lelaki telah melanggar bahu Zuliana dan membuatkan Zuliana hampir hendak jatuh. Nasib baik dia sempat berpaut pada dinding di tepinya. Mukanya berpaling ke tepi melihat siapakah gerangan yang melanggarnya tadi.Amboi engkau handsome gila mamat ni, bisik hatinya.

"Kau ni kenapa hah! Tak ada mata ke?" jerkah lelaki itu. Habis berkecai semua lamunan Zuliana tentang lelaki itu.Muka je hensem tapi tak tahu adab ke apa lelaki ni. Dia yang langgar kita, tapi kita pulak yang disalahkannya kata Zuliana tetapi hanya di dalam hati.

Waktu itu Zuliana ditinggalkan sebentar oleh Isz kerana dia ingin berjumpa rakan sekerjanya. Tinggallah Zuliana seorang diri untuk berhadapan dengan encik berlagak sombong itu. Bagai tahu yang Zuliana mempunyai masalah, Isz cepat-cepat pergi ke arah Zuliana. Waktu itu wajah Isz dah macam orang yang baru kena kejar dengan hantu je. Pucat lesi mukanya.

"Apa yang kau dah buat ni Zu?" soal Isz perlahan. Zuliana menceritakan apa yang berlaku kepada Isz. Muka Isz jelas menggambarkan apa yang telah dia dengari.

"Hari pertama kerja kau dah buat masalah Zu. Nasiblah dapat kawan macam kau ni," ucap Isz. Zuliana ingin menjawab tetapi dipintas oleh Isz.

"Maafkan kawan saya Encik Zul. Saya berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi," pinta Isz kepada lelaki yang bernama Encik Zul itu.

"Hurm...okey tapi ingat kan kawan kamu itu ya. Berjalan guna mata jangan guna lutut," pesan Encik Zul. Lalu selepas itu Encik Zul beredar dari situ.

Zuliana yang tadi hanya diam menahan marah akhirnya berkata, "Ek eleh, aku guna kakilah berjalan bukan guna mata. Pigidaa..." Isz hanya tersenyum mendengar rungutan rakannya itu.

"Kenapa kau pergi minta maaf dekat lelaki tu, padahal dia yang bersalahkan," tanya Zuliana minta kepastian.

"Kau tahu tak dengan siapa kau langgar tadi." Zuliana hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Dia tu anak kepada pemilik restoran yang kau nak kerja ni. Waris kepada Encik Ibraheem, pemilik restoran ini," sambung Isz lagi. Melopong mulut Zuliana apabila mendengar ucapan dari Isz tadi. Mukanya yang tadi cemberut terus menjadi gelisah.

"Matilah aku kalau macam ni," ujar Zuliana. Macam mana dia mahu berkerja di restoran itu kalau hari pertama dah kena marah dengan anak punya restoran. Huh, memang matilah Zuliana.

"Okey, dah-dah jom aku perkenalkan kat kau pekerja dekat sini. Tadi aku dah inform kat Encik Ibraheem yang engkau dah datang. Dia suruh aku kenalkan kau dengan pekerja-pekerja kat sini," terang Isz sambil berjalan mendahului Zuliana. Zuliana beransur tenang. Lalu dia mengikut Isz berlalu ke arah dapur.Bermula hari ini, aku harus menfokuskan diri aku dengan kerja dan tidak main-main seperti dulu lagi,tekad Zuliana.

BEKERJA SEBAGAI seorang waiter di restoran Encik Ibraheem ini mempunyai shif pagi dan shif malam. Zuliana dan Isz ditugaskan untuk bekerja pada waktu pagi hingga petang iaitu pukul 8.00 pagi hingga 6.30 petang.

"Isz dah pukul berapa ni?" tanya Zuliana. Ketika itu mereka sedang berehat di tempat yang dikhaskan kepada pekerja sahaja.

"Dah pukul 6.30 ni, jom balik Zu." Isz berkemas-kemas sedia untuk pulang ke rumah.

"Okey jom. Tapi nanti kita singgah dekat Tesco jap ek," pinta Zuliana sambil berjalan beriringan dengan Isz ke arah pintu keluar restoran itu. Zuliana menolak daun pintu dan berjalan ke arah letaknya kereta mereka.

"Okey gak tu. Aku pun nak pergi beli barang mandian aku. Semua dah nak habis. Tapi kau nak beli apa kat sana?" Ketika itu mereka sudah masuk ke dalam perut kereta.

"Apalah kau ni, aku nak beli barang untuk masaklah. Nanti kalau tak masak, kempunan pulak orang tu," perli Zuliana. Isz hanya tersengih dan dengan perlahan kereta Viva itu meninggalkan petak parking dan berlalu ke Tesco yang berdekatan.

"ALAH ISZ, nampak macam penuh je semua parking ni," keluh Zuliana. Mereka berlegar-legar di kawasan letak kenderaan di pasar raya itu. Benar kata Zuliana, waktu itu tempat letak kereta di sana sudah penuh dengan kereta-kereta orang yang datang ke sana. Maklumlah waktu sekarang orang balik dari kerja. Mesti mereka semua hendak membeli barang keperluan yang sudah kehabisan ataupun untuk saja-saja cuci mata.

Sedang mereka mencari, tiba-tiba sebuah kereta Proton Waja hitam telah keluar dari tempat letak kereta. Isz cepat-cepat memarkingkan keretanya di situ.

"Fuh! Nasib baik sempat," ujar Isz. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam pasar raya itu.

"Isz, aku nak pergi ambil troli jap." Zuliana berjalan ke arah tempat letaknya troli. Dia mengambil troli dan terus kembali semula ke arah Isz yang sedang menunggunya di pintu masuk pasar raya itu.

"Malam ni kau nak masak apa ek?" soal Isz sambil melihat keletah-keletah manusia yang datang ke pasar raya itu. Tangannya terus menolak troli yang berada di depannya.

"Hurm...aku rasa aku nak masak makanan favourite kita lah, nak?" Isz tersenyum gembira. Macam budak-budak baru dapat coklat pun ada mukanya.

"Ye ke. Thanks-thanks, sayang kau," ucap Isz. Senyuman masih tidak lekang di bibir munggilnya itu.

"Oh, selama ini kau tak sayang kat aku lah ni. Tak apa kau, sape lah aku ni kan." Zuliana buat-buat merajuk.

"Alolo...tak ada lah, aku sayanglah kat kau. Kau kan kawan baik aku dunia akhirat," pujuk Isz. Lalu Isz membuat mimik muka yang lucu dan akhirnya Zuliana ketawa melihatnya.

"Dah-dah, aku nak pergi dekat bahagian bahan basah nak beli lauk untuk masak. Kau nak pergi beli barang mandian kan. Kau pergilah, nanti kita jumpa balik kat sini." Zuliana terus berlalu ke bahagian barang basah, manakala Isz ke bahagian mandian.

"DIK, BAGI NI SETENGAH KILO." Zuliana menghalakan jarinya ke arah bekas yang berisi udang segar itu. Penjual itu menghulurkan plastik berisi udang kepada Zuliana.

"Terima kasih dik." Zuliana singgah pula di tempat menjual buah-buahan.

Tiba-tiba...

Eh, macam pernah kenal je mamat tu ,bisik hati kecil Zuliana. Iyelah, mamat tu lah yang langgar aku tadi tu. Tapi apa dia buat kat sini. Zuliana yang tadinya tekun melihat buah-buahan di depannya terus menfokuskan pandangan ke arah Zul.

"Hurm...biarlah kat dia. Dia tak kacau aku pun kan. Buat apa nak sibuk pasal dia." Zuliana menyambung semula menilik buah-buah di depannya itu.

bersambung.....


ISTERIKU! CHEFKU?Where stories live. Discover now