Bab 4

1.9K 30 0
                                    

"Cik." Zhafran memintas Hana Zahirah yang sedang laju berjalan walaupun sedang menyarung stiletto tinggi empat inci.

"Kenapa?" Hana Zahirah yang masih lagi beremosi memandang wajah pengawal barunya.

"Kunci kereta. Saya yang akan memandu untuk cik mulai hari ini," jawab Zhafran.

Kunci kereta SUV model BMW X6 M miliknya diserahkan kepada pengawal baru yang masih belum Hana Zahirah tahu namanya. Dia tidak sempat mahu mengingati nama yang disebut mamanya tadi kerana terlalu marah.

Zhafran kemudiannya memintas langkah Hana Zahirah untuk membuka pintu kereta bagi majikannya sebaik sahaja mereka berdua tiba di parkir kereta.

"Saya boleh buka sendiri pintu kereta. Tak perlu bukakan untuk saya," halang Hana Zahirah.

"Tapi..." Zhafran sedikit kaget dengan reaksi Hana Zahirah. Selalunya memang dialah yang akan membuka pintu untuk majikannya.

"My mom tahu perangai saya. Jangan risau, saya takkan biarkan awak dipecat," ujar Hana Zahirah.

Bukannya sukar mahu meneka riak wajah ragu setiap orang yang berkhidmat dengannya terutama yang dilantik oleh Puan Sri Zaharah. Kesemuanya tahu yang mereka bakal berdepan tindakan tegas jika gagal melakukan kerja mengikut ketetapan yang diberikan mamanya.

Hana Zahirah sepatutnya keluar makan tengah hari dengan mamanya seperti yang dijanjikan namun hasratnya itu terbatal serta-merta setelah apa yang terjadi. Hilang sudah semua seleranya untuk makan.

"Kita nak ke mana?" soal Zhafran pendek.

Sememangnya bertugas sebagai pengawal peribadi membataskan setiap perlakuannya. Sebagai pengawal peribadi, mereka hanya bertanya apa yang perlu sahaja dan menjawab tanpa banyak soal. Interaksi yang berlebihan dilarang sama sekali.

"Taman Dahlia, Sungai Buluh. Rumah nombor 57B." Alamat itu sememangnya terpahat dalam ingatan Hana Zahirah.

Hana Zahirah tetap mahu ke rumah Encik Yusuf sekarang. Rasa bersalah mula muncul dalam dirinya. Dia tidak sepatutnya terlalu rapat dengan pengawalnya sehingga menyebabkan Encik Yusuf hilang kerja.

"Berhenti di sini!" arah Hana Zahirah.

Dia mengarahkan Zhafran untuk berhenti di hadapan sebuah dewan serbaguna bagi penduduk taman ini. Rumah yang disebutkan oleh Hana Zahirah terletak selang dua pintu dari dewan berkenaan.

"Cik Hana nak turun ke?" soal Zhafran memandangkan hujan sudah mula turun renyai-renyai.

"Di sini cukuplah," jawab Hana Zahirah perlahan.

Dia tidak tahu sama ada dia layak atau tidak untuk bertandang ke rumah itu lagi. Akhirnya dia hanya mengintai dari dalam kereta sahaja. Kelihatan Encik Yusuf sedang bergurau senda dengan anak-anaknya di laman rumah. Hana Zahirah terasa begitu bersalah kini. Tanpa sedar, dia menyebabkan semua ini terjadi.

"Abah tak demam pun." Raut tua yang sudah lama ada di sisinya terlihat gembira dengan cucu-cucu kandungnya. Kini, Hana Zahirah hanya mampu menyentuh pipi abahnya dari jauh di balik cermin gelap kereta sahaja.

"Jom balik. Kita ke Regalia Jewellery Studio. Drive me there," arah Hana Zahirah setelah mereka berada di situ hampir sepuluh minit.

Dia kelihatan sedikit beremosi sambil dia membuka clutch kecilnya mencari botol berisi pil putih yang sudah pun menjadi sahabatnya sejak bertahun lamanya. Dua biji pil berkenaan dikeluarkan.

Seperti biasa, Zhafran yang sedang memandu di depan memerhatikan sekilas gerak-geri Hana Zahirah menerusi cermin pandang belakang kereta. Sebagai pengawal peribadi, dia perlu sentiasa peka dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya dan juga majikannya. Dia kemudiannya mencapai sebotol air mineral yang terdapat di dalam kereta dan dihulurkan kepada Hana Zahirah sambil bola matanya terus fokus pada pemanduan.

Hana Zahirah menyambutnya tanpa kata. Dia sekadar menyambut huluran pengawal peribadinya lantas menelan pil yang sudah pun berada di tangan. Waktu yang ada di dalam kereta digunakan untuk melelapkan mata bagi mengurangkan sakit kepala dan sakit hatinya.

"Ikut saya masuk ke pejabat." Hana Zahirah memberi arahan ringkas sebaik sahaja mereka sampai di kawasan parkir.

"Apa nama awak?" Itulah soalan pertama yang muncul dari mulut Hana Zahirah sebaik sahaja dia menjemput pengawalnya duduk.

"Khairil Zhafran Zainal Abidin."

"Umur? Pengalaman kerja? Majikan awak sebelum ni?" soal Hana Zahirah lagi.

"Umur 33 tahun, dah lapan tahun bekerja, saya ditugaskan ke Qatar sebelum ini." Pendek jawapan Zhafran. Dia menjawab apa yang perlu sahaja.

"Kerjaya awak sebelum ini?"

"Tentera."

Hana Zahirah mengangguk. Encik Yusuf juga seorang tentera sebelum dia memilih untuk menukar kerjaya dahulu. Sememangnya kebanyakan para pengawal yang berkhidmat dalam keluarganya datang daripada agensi-agensi pertahanan dan mempunyai latar belakang ketenteraan.

"Kenapa balik ke sini?"

"Permintaan Puan Sri Zaharah."

"My mom again." Hana Zahirah sudah dapat mengagak setiap satu arahan yang dikeluarkan mamanya.

"Saya tak tahu kenapa mama saya sibuk upah pengawal peribadi segala, kerana selama ini tak ada apa pun yang pernah mengancam saya. Awak cuma perlu kerja macam biasa 24/7 tapi officially aktiviti saya bermula pada pukul lapan pagi. Awak ambil saya di rumah, saya akan kerja di sini sepanjang hari kemudian hantar saya balik. Selebihnya awak on call, kalau saya ke mana-mana, saya akan cakap pada awak." Hana Zahirah menerangkan rutin hariannya yang 'amat menarik' itu.

"Mama saya mahukan awak berada dekat dengan saya sepanjang hari tapi saya tak boleh buat kerja kalau ada orang dekat dengan saya jadi, awak akan duduk dalam bilik tu selama saya bekerja kecuali when my mom around," ujar Hana Zahirah

"Awak buatlah apa yang awak nak buat dekat dalam bilik tu. Semua ada. Kalau ada apa-apa saya akan hubungi awak sendiri atau suruh pembantu saya beritahu awak," sambung Hana Zahirah.

Dia menunjukkan sebuah bilik yang berada di sebelah bilik kerjanya di dalam studio. Setiap seorang pereka barang kemas yang bekerja di studio ini mempunyai bilik sendiri termasuklah pengawal peribadinya.

"By the way, awak boleh panggil saya Cik Hana." Hana Zahirah hampir terlupa untuk memperkenalkan diri. Satu ketukan kedengaran dari luar bilik. Kelihatan seorang staf Hana Zahirah menjengah masuk sambil membawa dua bungkusan.

"Terima kasih." Bungkusan yang dibawa diletakkan di atas meja.

"Ini awak punya." Satu bungkusan dihulurkan pada Zhafran yang sedikit hairan.

"Memandangkan saya tak ke mana-mana, lunch kita akan dihantar dari rumah saya sahaja. Bilik tu awak punya. Awak buatlah apa yang patut. Itu sahaja awak boleh keluar."

"Baiklah," jawab Zhafran pendek sebelum berlalu menuju ke biliknya yang berada bersebelahan. Zhafran memerhati keadaan bilik barunya yang agak kemas dan lengkap dengan perabot termasuklah sofa meja kerja, komputer riba dan kelengkapan membersihkan diri. Bilik inilah yang bakal dihuninya mulai hari ini memandangkan rutin Hana Zahirah hanya bekerja sahaja.

KERNA AKU PERLU KAMUWhere stories live. Discover now