PART 5

50 6 0
                                    

Suho POV
Aku tersenyum melihat dia yang aku rindu. Aku lihat dia duduk di situ dan aku datang menghampirinya. Aku memanggilnya dan dia menoleh namun aku sedar seri di muka nya tidak seperti selalu.
"Rin Ah ke mana awak pergi selama ini?", aku menanyakan soalan.
Aku pun pelik juga malam tadi Rin Ah menghubungi mengajak aku berjumpa di atas bumbung syarikat ku pada esok pagi. Aku lihat dia bergerak ke arahku sambil senyum lalu dia berkata, "Suho, terima kasih atas segala awak dah beri kepada saya.", lalu dia memegang tanganku.
Aku yang terlalu merindukan Rin Ah tanpa berfikir panjang memeluknya di dalam dakapan ku lalu bibirku singgah di bibirnya.

Rin Ah POV
Aku ingin berjumpa dengan Suho untuk menamatkan hubungan ini. Aku sayang dia namun aku terpaksa. Aku tahu dia pasti tidak boleh menerima aku dengan keadaan begini. Namun, belum aku habiskan kata-kata ku, Suho pantas menarik aku dalam ke dakapannya. Bibirnya singgah di bibirku. Aku memejamkan mataku seketika lalu aku menangis. Kemudian aku sedar, Ini salah! Aku menolak perlahan Suho.
"Maafkan saya Suho. Saya datang sini untuk berbincang sesuatu." Aku hanya menyeka air mata ku.

Suho POV
Aku sedikit terkejut apabila dia menolak badanku lalu aku membuka mataku. Dia berkata, "Maafkan saya Suho. Saya datang sini untuk berbincang sesuatu". Nada nya amat serius.
"Awak nak bincang apa Rin Ah?", tanyaku.
"Saya minta maaf tapi saya terpaksa menamatkan hubungan kita. Awak tak salah apa-apa Suho. Saya yang salah. Rasa cinta saya dah hilang terhadap awak. Tak mungkin kita mampu membina keluarga tanpa rasa sayang dan cinta."
Aku terkesima seketika.
"Ambil lah cincin ini semula. Maafkan saya. Saya cuba cari cinta itu namun dah hilang. Anggap kita tiada jodoh. Saya doakan kebahagiaan awak pada masa datang. Saya harap awak dapat bertemu perempuan yang selayak dengan awak. Maafkan saya Suho."
Aku tak mampu untuk berkata. Aku ingin berteriak namun tersekat. Aku tahu Rin Ah bergurau.
"Rin Ah, jangan bergurau tentang ni."
"Tak! Saya tak bergurau! Lagi satu.. saya akan tinggalkan tempat ni secepat mungkin. Saya akan cari kehidupan baru."
Rin Ah meletakkan cincin itu di poket seluarku apabila aku tak menyambut cincin nya semula.
"Rin Ah saya sayang awak.. Kenapa tak dari mula je awak tak tolak saya? Awak dah bagi harapan kat saya tau tak?" Aku tak sangka air mataku keluar juga.
"Suho, jeongmal mianhae~"
Rin Ah berlalu begitu sahaja. Aku terkaku di situ. Aku tiada kudrat untuk menahannya.

Rin Ah berlari turun dari bangunan tersebut sambil menangis. Niat dia bukan begitu. Dia hanya menipu dan dia masih sayangkan Suho. Namun dia terpaksa. Dia berlari keluar dari syarikat tersebut menuju ke kawasan parkir kereta.
"Dah selesai ke Rin Ah?", tanya Sehun. Rin Ah hanya menggangguk lalu masuk ke dalam kereta. Sehun turut masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari kawasan syarikat itu. Rin Ah hanya memerhati ke luar tingkap tempat kerja nya. Ladang kobis itu hanya bersebelahan dengan syarikat keluarga Suho. Sesekali Sehun memandang Rin Ah di sebelahnya dan berasa amat kasihan padanya. Musim luruh Rin Ah hanya dipenuhi tangisannya.

Sehun POV
Aku membawa Rin Ah ke tempat kegemarannya di pantai itu. Memang tak dinafikan pantai itu amat menenangkan dengan deruan angin dan bunyi pukulan ombak. Aku lihat Rin Ah duduk menghadap lautan. Dia masih menangis walaupun hari sudah larut ke petang. Di leher ya terlilit dengan mafla bewarna pink. Rin Ah kata dia dapat merasakan pelukan appa nya bila dia memakai mafla tu. Aku tahu sekarang dia perlukan kekuatan. Aku lihat jarum jam di tangan sudah pukul 6 petang dan hari semakin sejuk. Aku pergi menghampirinya.
"Rin Ah, kalau awak terus bersedih macam ni kesihatan awak akan terjejas. Kalau emosi awak tak stabil tak elok untuk awak dan bayi."
Aku mencangkung di sebelahnya sambil memeluk bahunya.
"Kalau awak menangis macam ni takkan selesai masalah. Macam ni, awak kemaskan barang awak dan lusa kita gerak. Esok saya masih perlu selesaikan sesuatu"

Pada keesokan harinya, Sehun menghantar surat perletakan jawatan. "Kau nak berhenti Sehun. Tapi kenapa?", tanya Kai.
"Aku nak pindah keluar dari tempat ni. Aku nak mulakan hidup baru"
"Rin Ah dah lama takde kau pulak nak pergi. Tinggalkan aku.. Sunyi nanti aku..", Kai mencebik
"Hahahahaa!! Sunyi kau kata? Nayeon tu ada. Pergi lah berdamping dengan dia", gelak Sehun.
"Nayeon tu lain tapi ni sahabat aku nak pergi tinggalkan aku. Mestilah sedih", nada Kai agak perlahan.
Sehun segera memeluk sahabat nya itu. "Kai, ada rezeki kita jumpa lagi. Aku yakin kau akan jumpa orang yang boleh jadi kawan kau", pujuk Sehun. Sehun segera melepaskan pelukan kemudian Kai berkata, "Hati-hati kat tempat baru nanti."
Mereka bersalaman sebelum Sehun berlalu pergi.

The Last Tears [COMPLETED]Where stories live. Discover now