PART 10

56 6 0
                                    

Rin Ah bangun setelah pagi menjelma. Dia sedikit terkejut melihat keadaan Sehun yang sedang tidur di sebelahnya. Rin Ah lihat muka dan badan Sehun terdapat kesan lebam dan luka. Sehun yang tidak berbaju menjelaskan lagi kesan lebam dan bahagian perutnya terdapat balutan. Rin Ah tertanya apa yang terjadi dengan Sehun. Rin Ah bangun lalu segera menjerang air dan membuat sarapan ringkas. Rin Ah membawa semangkuk air suam kemudian pergi ke biliknya. Dia mengelap badan Sehun. Dari ke muka sampai lah ke jari kemudian dia menangis apabila nampak cincin tersarung di jari Sehun. Itulah cincin perkahwinan mereka.

Sehun POV
Aku bangun apabila aku merasakan ada seseorang memegang tanganku. Aku lihat Rin Ah. Rin Ah yang sedar aku sudah terjaga, terus mengelap lenganku dengan air suam.
"Sehun, awak kenapa?"
"Apa kenapa?!", jawabku nada tegas.
"Badan awak luka. Dah 5 hari awak tak balik jugak."
"Aku kena ni sebab kau jugak! Aku kerja ni sebab nak sara kau!", aku herdiknya.
"Tapi Hunnie kerja apa?", dalam sedunya.
Aku diam. Dah lama dia tak panggil aku dengan perkataan Hunnie apatah lagi oppa.
"Sehun... saya minta maaf kalau membebankan awak. Saya dah fikir masak-masak. Tolong lepaskan saya", kemudian aku lihat dia bangun mengambil sehelai kertas dan memberi aku. Aku lihat surat perceraian.
"Awak tanda tangan je kat sini Sehun.. Lepas ni awak tak payah fikir saya lagi. Biarlah saya bawa diri dan biar saya jaga anak ni. Saya taknak membebankan awak", dia masih dibanjiri air mata.
"Kau suka lah kan kalau kau cerai pastu kau boleh pergi dengan jantan sebelah ni!"
"Sehun! Tolong berhenti libatkan Chanyeol dalam hal kita! Ini bukan salah dia dan dia tak de kena mengena! Saya dah tak tahan tengok awak Sehun! Awak berubah lepas awak kerja yang tak tentu masa tu! Mana Sehun yang dulu penyayang?! Mana?! Awak jauh berubah! Awak langsung dah tak kisah dan sayang dengan saya apatah lagi dengan anak ni! Biarlah kami pergi! Saya dah cukup terseksa!"
"Rin Ah! BERHENTI!! Tutup mulut awak tu!!", aku terus berdiri dan memandang tepat ke anak matanya.Bagi aku, Rin Ah tak layak dengan orang lain. Sepatutnya dia perlu dekat dengan aku. Aku tahu aku salah dalam cara layanan aku. Tapi setiap kali aku nak berubah Chanyeol akan masuk dalam kisah aku. Aku tak boleh terima! Aku patut bagi pengajaran kat Rin Ah!

Rin Ah POV
Aku tak boleh lari. Dia memandangku dengan api kemarahan yang membara. Aku tahu kini aku berdepan masalah. Kemudian tidak semena-mena dia menolakku ke dinding. Aku jatuh terduduk.
"Sehun! Berhenti Sehun!", aku meraung.
"Kau sekarang dah pandai ambil tindakan sesuka hati kan? Kau tak tau ke kalau aku lepaskan kau akan ada orang ambil kau?! Aku takkan lepaskan kau!", Sehun menjerit di telingaku. Aku memeluk kakinya berharap dia berhenti memarahi aku. Namun, kali ini Sehun bertindak dengan menyepak badanku. Aku tersembam ke lantai. Aku rasa senak di perutku.
"Kau patut rasakan ni perempuan tak guna!" Dia menyepak belakang badanku. Aku hanya menjerit kesakitan.
"Aku dah banyak kali ajar kau tapi semua tak jalan! Kali ni aku ajar kau dengan cara lain pula!", Sehun terus memakiku.
"Sehun... berhenti....", rayuku lemah. Perutku rasa amat sakit.
"Berhenti kau kata?! Aku belum puas dengan kau!". Kali ini dia menendang perutku dengan berkali-kali. Aku tak terdaya. Walau aku menangis dengan air mata darah sekalipun dia takkan berhenti. Kemudian aku lihat dia mengambil pakaiannya lalu dia keluar rumah. Aku sakit terlalu sakit. Aku cuba bangun dan aku berjalan lemah meraba-raba dinding. Aku lihat di kakiku terdapat cecair pekat bewarna merah mengalir. Aku tahu anak ni dalam bahaya dan aku segera keluar rumah lalu aku mengetuk pintu rumah Chanyeol. Aku lihat Chanyeol terpacul di hadapanku.
"Chanyeol.. tolong anak saya..", aku memegang perutku.
Chanyeol segera mendapatkan ku. Dia tanya soalan bertubi-tubi dan aku hanya fikir untuk ke hospital dengan segera. Dia segera mendukungku dan sesampainya di lif pandangan ku samar-samar lalu gelap.

Sehun POV
Aku beredar menaiki kereta tanpa arah tuju kemudian aku berhenti di suatu tempat. Aku menangis sepuas-puas yang aku mahu.
"Apa yang aku buat ni? Apa yang aku buat ni!". Aku tahu tindakan aku melampau sangat. Aku memukul stereng kereta dan aku menjerit. Aku terjerat. Aku kemudian meneruskan perjalanan tanpa arah tuju.

Chanyeol duduk di sebelah katil Rin Ah dan Rin Ah sudah 2 hari tidak sedarkan diri. Chanyeol buntu macam mana dia perlu beritahu dengan nasib yang menimpa wanita itu. Anaknya tidak dapat diselamatkan akibat berlaku hentakan dan pendarahan yang teruk. Chanyeol menitiskan air matanya dan teringat bagaimana suara Rin Ah meraung tempoh hari. Chanyeol berjanji akan bantu Rin Ah.

<Chanyeol POV Flashback>
Doktor memberitahu bahawa bayi tidak dapat diselematkan. Doktor juga telah menunjukkan bayi yang tidak bernyawa yang telah sempurna sifat fizikalnya itu kepadaku yang dia menyangkakan bahawa aku bapanya.
"Kami harap encik dapat bersabar dengan keadaan yang menimpa. Kuatkan diri ya Encik", itulah kata terakhir doktor itu kepadaku sebelum dia berlalu pergi keluar dari bilik pembedahan tu. Aku mengendong bayi yang berbalut dengan kain putih tu lalu lihat wajah bayi yang bersih itu. Lagi sebulan sahaja sepatutnya dia dilahirkan namun sebab tindakan appa dia yang kejam dia tak dapat melihat dunia ni. Aku mengucup dahi bayi tu dan aku rasa sebak.

Rin Ah POV
Aku sedar dari tidurku dan aku tahu aku kini di hospital. Aku lihat di sebelah Chanyeol yang memandangku.
"Chanyeol.. berapa lama saya tak sedar?", tanyaku lemah.
"2 hari Rin Ah...", jawabnya.
Aku cuba memegang perutku tanpa aku lihat. Aku rasakan rata. Chanyeol pantas memegang tanganku.
"Rin Ah.. awak kena sabar yee...". Aku dah tahu nasib aku. Aku menangis dan meraung sekuat hati aku. Aku cuba bangun untuk mencari anakku namun aku dihalang oleh Chanyeol. "Jangan banyak bergerak! Awak baru lepas pembedahan!". Aku hanya duduk di atas katil tu dan aku terus menangis. Aku tahu anak tu dah takde. Chanyeol segera memelukku dan menenangkanku. Aku terus menangis dan menangis.

The Last Tears [COMPLETED]Where stories live. Discover now