PART 8

52 5 0
                                    

Langit tak selalu cerah begitu juga hidup tak selalu indah. Rin Ah diuji pada usia kandungannya mencecah 5 bulan. Sehun yang dulu sikapnya lembut bertukar menjadi kasar dan baran apabila melbatkan Chanyeol dan semenjak Sehun ditawarkan gaji yang lumayan namun Rin Ah tidak pernah tahu pekerjaan suaminya. Rin Ah hanya berfikir positif bahawa Sehun letih dengan waktu kerja tak menentu serta sikap cemburunya. Walau Rin Ah buat salah sikit, Sehun akan melenting. Sehun juga jarang membahaskan dirinya sebagai oppa dan sering mengungkit hal silam Rin Ah.

Rin Ah POV
Aku baru pulang dari kedai setelah membeli bahan makanan untuk petang nanti. Semasa aku masuk ke dalam lif, Chanyeol segera masuk sama.
"Ahh.. Nasib baik sempat", katanya.
Aku berborak dengannya.
"Dari mana Chanyeol?"
"Jogging dengan members"
"Sejuk-sejuk awak jogging? Memang terbaik lah"
"Takde lah sejuk mana kalau lepas kita lari kan. Lagipun masih belum musim sejuk.. Aigoo~ banyak barang awak beli. Mari saya tolong angkat. Kesian kat awak. Pregnant tapi beli barang banyak-banyak", Chanyeol segera memegang beg-beg plastik di tanganku.
"Kamsahabnida Chanyeol~", aku ucapkan terima kasih.
"Hal kecik je", balas Chanyeol kemudian pintu lif terbuka. Aku keluar dari lif bersama dengan Chanyeol menuju ke rumahku. Aku memulas tombol pintu rumahku setelah aku berjaya memasukkan kata laluan dan secara tiba-tiba aku dengar suara Sehun.
"Bak sini beg plastik tu!", dia merampas beg plastik tu dari Chanyeol kemudian dia menarik aku masuk ke dalam rumah tanpa aku sempat mengucapkan terima kasih pada Chanyeol kemudian dia segera menutup pintu dengan kuat. Ppaapp! Dengan tidak semena-mena satu tamparan hinggap di pipi ku. Sakit dan pedih. Itu lah yang aku rasakan.
"Aku dah pernah warning kan, Jangan sibuk bercakap dengan jiran sebelah tu. Ohh~ patutlah aku rasa nak balik awal rupanya Tuhan nak tunjuk kat aku rupanya bini aku sibuk menggatal dengan jantan lain!", tengking Sehun. Aku terus melawan balik katanya.
"Oppa! Jagi tak menggatal dengan dia lah. Dia cuma tolong jagi angkat barang je tadi! Oppa jangan merepek!".
"Dah kantoi! Pandai nak sorok! Sudahlah Rin Ah! Memang patut lah kau bunting anak haram ni sebab perangai kau suka berfoya dengan jantan lain. Agaknya kalau aku lambat datang kau bawa dia masuk ke rumah aku!"
Aku tersentap dan menangis selepas dia cakap macam tu. Sampai hati Sehun kata aku macam tu.

Sehun POV
Aku memang sakit hati dengan dia! Susah sangat ke dengan arahan aku! Aku cuma cakap jangan rapat dengan jiran sebelah tu. Sekarang kau terima balasannya. Aku lihat dia menangis dan aku segera berkata "Murah sangat air mata kau Rin Ah! Sebab air mata kau aku jadi bodoh! Kau ingat aku tewas dengan air mata murah kau!", aku terus tengking Rin Ah. Tak cukup dengan itu aku tarik rambut dia sambil berkata "Kau keluar dengan dia lagi, nahas aku kerjakan!" Aku terus melangkah ke bilik. Aku pening dengan masalah kerja dengan masalah Rin Ah! Aku penat! Aku nak tidur.

Hari selainnya, Rin Ah seperti biasa menyiapkan tugasan nya sebagai seorang isteri. Walaupun dia tahu Sehun kini berubah namun dia masih cinta akan Sehun. Bagi nya Sehun adalah penyelamat. Pada malam itu, hujan turun dengan lebat sekali. Rin Ah risau kerana sudah pukul 2 pagi Sehun masih tidak pulang. "Ke mana Sehun ni? Biasanya dia tak lambat macam ni", risau Rin Ah. Kemudian Rin Ah mendengar pintu utama di buka dan dia nampak Sehun jalan masuk terhuyung-hayang dengan badan basah kuyup.

Rin Ah POV
Aku segera mendapatkan Sehun. Aku hidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Rupanya Sehun mabuk. Aku pelik kerana sebelum ini Sehun tidak berperangai seperti ini.
"Oppa.. kemana pergi balik lewat macam ni. Dengan basahnya.‪"‬
‪"Kau diamlah. Aku nak pergi mana aku punya suka!" Sehun menepis ku. Dia jalan terhuyung-hayang sebelum jatuh ke lantai di ruang tamu.‬
‪"Oppa bangunlah. Tukar baju dulu. Basah ni." Aku cuba mengejutkan Sehun.‬
‪"Eihh! Boleh tak jangan nak bagi nasihat kan aku! Aku dah besar!" Sehun marah tepat di muka ku. Kemudian aku lihat dia dengan sengih yang sukar aku tafsirkan. Sehun berdiri dan memegang daguku lalu aku mendongak. Nafas dia cukup bau dengan bau arak. "Cantik jugak kau malam ni. Hahahahaha~". Ketawa Sehun memberi makna lain. Dia kemudian mencium bibirku dengan rakus. Aku takut lalu aku menolak badannya. Sehun segera merangkul pinggangku dari belakang. "Heyy~ malam ni kita lovey dovey nak?" Aku menjawab, "Maaf oppa. Rin Ah tak nak!". Sehun memeluk leherku pula. Aku sungguh takut. "Berani kau tolak permintaan aku! Kalau aku kata aku nak! Aku nak! Kau ingat aku peduli!" Sehun segera menarikku ke dalam bilik lalu menolak ku ke atas katil. Aku lihat dia sudah membuka bajunya dan membuka zip seluarnya. Aku segera menepis tangannya yang sudah menjalar di badanku namun hebat mana kudrat wanita ku. Kemudian dia bertindak ganas dengan meninggalkan love bite di leherku. Aku sedaya upaya menepis pergerakannya. Semakin lama aku menolak aku lemah dan aku tewas dan aku hanya membiarkan nafsunya.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Rin Ah jarang berkomunikasi dengan Sehun. Sehun dikatakan berubah 100%. Semasa Rin Ah sedang masak di dapur Sehun menjerit dari ruang tamu. Sehun menghabiskan waktunya dengan menghisap rokok sambil menonton tv.
"Rin Ah!! Kau tak siap lagi ke nak masak? Nak pukul 5 petang ni. Kau tau tak aku nak kerja?!", marah Sehun. "Kejapp! Dah nak siap!" Rin Ah segera menghidangkan lauk pauk di atas meja makan. Setelah selesai hidang Sehun menjamah makanan dan tidak di sangka Sehun mencampak semua pinggan mangkuk di atas meja.

Sehun POV
"Ini kau kata masak!! Cuba kau rasa sup ni?! TAWAR BODOH!", herdikku. Aku rasa makanan yang Rin Ah masak tidak kena dengan selera aku. Aku lihat muka Rin Ah sedikit terperanjat. Satu je sifat Rin Ah yang selalu menaikkan api kemarahan aku. Dia suka melawan cakap aku.
"Oppa baru rasa sup, tak rasa lagi masakan Rin Ah"
"Habis tadi sup tu sapa yang masak kalau bukan kau?!"
"Itu Chanyeol bagi. Sup tu dia beli. Elok untuk kesihatan katanya"
Aku bengang! Sudah berapa kali jangan rapat dengan Chanyeol.
"Perlu ke kau terima barang orang lain?! Aku tak cukup kaya ke sampai kau kena mengemis?!"
"Ehh perempuan.. Kau tahu.. aku penat bekerja siang malam cari duit tau tak! Tapi apa aku dapat? Aku tanggung kau dengan anak laki mana tah yang aku tak tau asal usul dia!"
"Dulu oppa kata boleh terima saya dengan bayi ni sekarang oppa suka ungkit! Kenapa tak dari dulu oppa biarkan Rin Ah mati bunuh diri je! Kenapa?!"
Aku terus menampar pipi Rin Ah sekuat hati aku. Aku nampak bibirnya luka.
"Ye tak ye juga! Kenapa aku bodoh terima kau!"
Aku nampak Rin Ah sudah mengalirkan air mata.
"Sehun, kalau awak tak boleh terima saya, lepaskan saya je Sehun. Lepaskan!", bentak Rin Ah. Aku tak boleh terima dengan kata dia. Memang takkan aku ceraikan dia. Takkan! Aku segera mengambil rokok yang masih bersisa di tanganku lalu aku mencucuh rokok di badannya. Aku lihat dia menangis tahan kesakitan. Peduli apa aku?!
"Aku takkan ceraikan kau Rin Ah! Kau sebut lagi pasal hal ni, kau tau lah!! Nasib kau akan lebih teruk lagi!" Aku keluar dari rumah itu.

The Last Tears [COMPLETED]Where stories live. Discover now