FINAL CHAPTER

73 4 0
                                    

Rin Ah POV
Aku duduk di antara kubur anak dan suamiku. Aku boleh mengecam kubur mereka walau aku buta. Kali ini aku datang tanpa aku melihat kubur mereka dan aku sedih. Aku bercakap sendirian di tepi kubur itu.
"Hunnie, buat apa tu? Rin Ah datang sini sebab Rin Ah rindu.. Oppa rindu tak? Hunnie.. Rin Ah kan, dah jumpa dengan oppa Rin Ah sendiri. Tak sangka dia masih hidup lagi. Rin Ah tak sabar nak jumpa Hunnie...". Pada ketika itu aku menangis sepuas-puasnya.
"Maafkan jagi sebab dah langgar janji. Tapi biarlah hari ini hari yang terakhir jagi menangis. Jagi janji, lepas ni jagi akan bahagia dan takkan menangis lagi...", aku dapat rasakan salji turun lagi pada hari ini. "Hunnie pun kena janji tunggu Jagi kat sana.. Jagi pun penat asyik menangis aja.. tapi janji ini kali terakhir jagi menangis. Dunia jagi dah gelap. Jagi rasa tak berguna sebab sekarang jagi terpaksa mengharapkan bantuan orang lain. Hunnie... bawalah jagi sekali ke sana.. Jagi taknak menyusahkan sesiapa lagi..". Aku penat untuk menangis dan kemudian aku berhenti. Aku baring di tepi kubur itu mengusap tanah yang sejuk itu. Kemudian aku dengar suara berbisik padaku.
"Jagi~", selepas aku dengar bisikan itu aku tersenyum lalu aku lelapkan mataku. Ye, tu suara Sehun.

Sudah setengah jam berlalu namun Suho masih belum mendengar sahutan dari Rin Ah. Dabin semakin risau dengan Rin Ah. Mereka meneruskan langkah ke tempat tadi. Mereka bergegas berlari apabila nampak Rin Ah terbaring di sisi kubur Sehun. "Rin Ah... bangun.. Jangan lah tidur kat sini.", Dabin cuba mengejutkan. Mereka mengejutkan Rin Ah berulang kali namun gagal. Suho memeriksa denyutan nadi di pergelangan tangan dan leher Rin Ah. "Dabin, dia dah takde".
"Rin Ah! Bangun Rin Ah!", Dabin menangis di situ dan memeluk jasad Rin Ah yang tidak bernyawa. Dia berulang kali mengucup tangan adiknya. Baru sekejap mereka berjumpa namun, Rin Ah sudah pergi buat selamanya

....

Dabin POV
Aku menikmati hembusan angin di atas dek feri ini. Aku sengaja pergi bercuti menaiki feri untuk sesuatu. Aku memandang sekeliling. Lautan biru luas terbentang dengan langit yang cerah. Sudah hampir 6 bulan Rin Ah pergi dari dunia ini. Di tanganku terdapat diari Rin Ah dan mafla pemberian appa. Aku telah baca segala isi diari Rin Ah. Perjalanan adik perempuan kesayanganku, sangat menyiksakan dan jika aku berada di tempatnya aku pasti lari.
"Rin Ah.. sebenarnya kau 'buta' dan kau nak teruskan kehidupan dengan suami kau, Sehun. Memang cinta tu buta. Kau tetap sayang Sehun walaupun Sehun dah buat macam-macam dekat kau. Sebab cinta, kau tak tinggalkan dia.. tapi kau kuat Rin Ah. Oppa memang tabik!", aku memandang ke langit.
"Tuhan tunaikan impian kau Rin Ah..", aku membelek helaian terakhir Rin Ah dan aku membaca isinya terakhir.

••Sehun.. nae sarang~ Saya bahagia di sini. Jangan risau. Saya pernah impikan untuk hembuskan nafas akhir saya di sisi awak semasa awak selamatkan saya sebelum saya bunuh diri. Awak umpama pelindung dalam hidup saya. Tapi, impian saya tak tercapai.. awak dah pergi dulu. Tunggu jagi yaa~ bila masa tu akan tiba, jemput jagi tau dengan anak kita.

"Kau pernah ada impian untuk hembuskan nafas terakhir di sisi Sehun kan? Impian kau tertunai. Kau mati di sisi kubur Sehun. Mesti hidup kau takde penyesalan. Oppa kagum dengan sifat cinta kamu Rin Ah..", aku menutup diarinya.
"Kau mesti bahagiakan kat atas sana Rin Ah. Appa, Eomma, Sehun, dan anak kau bersama dengan kau.. Hidup bahagia Rin Ah! Maafkan oppa sebab hanya muncul dalam kisah akhir hidup kamu dan tidak membantu dalam kisah pertengahan kamu:. Kamu takkan terseksa lagi.. Selamat Jalan Rin Ah.. Saranghae Dongsaeng~". Aku segera membalut diari itu dengan mafla Rin Ah kemudian aku mencampakkannya ke lautan. Bagi aku, aku tak perlu menyimpan memori yang menghibakan hatiku.
"Selamat tinggal memori silam Rin Ah~". Aku memandang lautan itu. Diari dan mafla Rin Ah tenggelam perlahan-lahan. Biarlah lautan ini menjadi 'kotak kenangan' memori Rin Ah. Tiada air mata kesakitan dari Rin Ah lagi. Semoga kau bahagia....

The Last Tears [COMPLETED]Where stories live. Discover now