PART 9

46 4 0
                                    

Chanyeol POV
Aku pergi ke hospital untuk melawat rakanku yang jatuh sakit. Dari jauh aku nampak Rin Ah. Aku mendekatinya dan duduk di sebelahnya.
"Rin Ah, awak buat apa kat sini?", sapaku.
"Check-up untuk ibu mengandung", dia senyum.
Sudah lama aku tak bertembung dengan Rin Ah. Dia tidak seperti dulu. Mukanya kelihatan cengkung. Aku perasan sesuatu di tangannya lantas aku menyelak lengan bajunya.
"Rin Ah.. badan awak luka2.. awak okay? Kenapa macam ni?", aku menyoalnya.
Namun, Rin Ah pantas menarik tangannya dan menjawab.
"Gigit nyamuk lah ni. Biasalah nyamuk gigit gatal pastu saya garu kuat sangat tu lah luka. Hehehe", dia menjawab.
Aku masih tidak puas hati dengan jawapannya namun aku biarkan sahaja dulu. Aku teliti ada sedikit luka di tepi bibirnya dan matanya agak sembap. Aku minta diri untuk beredar kerana niatku untuk menjenguk kawanku. Aku kenal sangat itu bukan luka sebab itchy ke apa tapi itu kesan melepuh. Macam kena benda panas. Bukan satu tapi banyak. Aku kena cari punca.

Rin Ah POV
Setelah selesai check-up ku, aku terus menuju ke stesen bas. Aku menunggu bas tiba kemudian aku mendengar deringan telefon lalu ku angkat. Belum sempat aku berkata apa suara di corong telefon memecah gegendang telinga ku.
"Jagi~ jagi kat mana ni?"
"Tengah tunggu bas nak balik."
"Arasseo! Bogoshipeo!"
Talian dimatikan. Aku seakan pelik dengan kelakuan Sehun. Dah lama dia tak memanggil 'Jagi'. Nada suara yang amat aku rindu. "Hunnie.. I miss old of you~". Kemudian aku sedikit tersentak apabila kereta dihadapanku membunyikan hon. Apabila aku lihat rupanya Chanyeol. "Rin Ah, nak balik kan? Mari lah tumpang sekali!", dia mempelawaku.

Sehun POV
Aku pulang ke rumah. Secara tiba-tiba hatiku begitu sayu. Aku tak tau kenapa. Kaki ku melangkah ke kamar dan aku nampak di tepi birai katil ku terdapat sebuah buku yang amat tebal. Aku melihatnya dan aku tahu ianya milik Rin Ah. Rin Ah pernah menceritakan asal usul diari ini. Aku membelek helaian satu persatu. Aku membaca isi kandungan buku itu secara rawak. Aku tahu aku salah membaca diari dia namun keinginan aku tinggi untuk tahu. Cukup 20 helai aku baca secara rawak helaian diari itu aku menangis tidak semena-mena. Perjalanan hidup Rin Ah banyak menyakitkan. Hanya kisah bahagia dia yang sikit.
"Selama ni aku kejam sangat ke dengan Rin Ah? Aku sebenarnya bukan sengaja untuk menyiksa dia namun aku tak tau nak melepaskan amarah aku pada siapa. Aku sakit hati bila dia dengan laki lain. Aku cemburu. Cemburu aku buta! Tapi salah Rin Ah juga dia tak nak dengar kata aku. Aku tak mampu nak kawal api marah aku. Ditambah lagi dengan kerja aku yang salah ni. Buat lagi hidup aku tertekan. Aku nak patah balik tak boleh. Aku hanya mampu memulakan semula", aku menangis. Aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku menelefon Rin Ah.
"Jagi~ jagi kat mana ni?"
"Tengah tunggu bas nak balik."
"Arasseo! Bogoshipeo!", aku segera mematikan panggilan. Aku rindu dengan Rin Ah. Aku segera turun ke bawah. Aku tak sabar nak tunggu dia pulang. Semasa aku menunggu dia pulang, aku nampak sebuah kereta bewarna putih parkir tidak jauh dariku. Aku memandang ke arah sana. Aku lihat Rin Ah keluar dari perut kereta bersama Chanyeol. Nafas ku turun naik. Hati aku panas. Aku tak dapat kawal lagi.

Sehun segera menarik Rin Ah dari situ. Dia amat marah dengan apa yang dilihatnya. Sesampainya di rumah dia marah dengan Rin Ah sepuasnya. "BERANI KAU TIPU AKU SEKARANG?! Kau kata kau tunggu bas! Tapi apa aku tengok?! Kau sibuk berdua-duaan dengan jantan sebelah ni! Aku silap menilai kau Rin Ah! AKU PENAT DENGAN LAKONAN KAU!", Sehun segera meleraikan tali pinggangnya.
"Sehun! Tak! Rin Ah tak tipu! Jagi boleh jelaskan!", Rin Ah merayu menangis ketakutan.
"Apa yang kau nak jelaskan dengan aku! Bukti depan mata! Aku rasa anak tu anak laki tu! Kau memang layak diajar Rin Ah! Perempuan tak kenang budi! Ini jasa kau kat aku! Perempuan Murahan!", dengan laju Sehun melibas badan Rin Ah dengan tali pinggangnya. Rin Ah meronta kesakitan dan merayu agar Sehun memberhentikan perbuatannya itu. "KAU DIAM PEREMPUAN! AKU BENCI KAU SAMA DENGAN BAYI TU!" Sehun melibas Rin Ah tanpa belas kasihan. Rin Ah merayu-rayu hingga memeluk kaki Sehun bersama tangisannya. Pergaduhan mereka telah didengari oleh Chanyeol di pintu luar rumah mereka. Chanyeol tidak sanggup mendengar libasan beserta dengan tangisan Rin Ah. Dia segera masuk ke dalam rumahnya bersama janjinya. "Rin Ah, aku janji aku akan keluarkan kau dari neraka tu!"

Sehun POV
Aku telah keluar rumah selama 5 hari sejak aku 'beri pengajaran' kepada Rin Ah. Sikit pun aku tak tanya khabar dia apatah lagi menjenguknya. Sekurangnya dia kena tahu apa salah dia. Aku terus menyiapkan kerja aku pada malam tu. Setelah selesai menghantar pesanan untuk pelanggan, aku bertemu dengan 'orang kuat' dalam kerja aku. Aku nekad pada malam ni! Aku menuju ke sebuah kelab yang termuka di kota ini. Bunyi bingit rentak lagu tidak ku endahkan dan aku terus menuju ke sebuah bilik yang tidak asing lagi.
"Bos... saya rasa cukup untuk malam ni"
"Cukup? Cukup apa?", sambil dia minum sebotol bir.
"Saya nak berhenti buat kerja ni", jawabku sedikit takut. Kemudian aku lihat bosku bangun lalu dia memecahkan botol bir di atas meja lalu serpihan kaca dituju ke arah aku. "Kau tahu kan, kita dah buat perjanjian sebelum ni! Kau tak boleh berpatah balik! Kau lupa dengan janji kita?!", tengkingnya. Mana mungkin aku lupa dengan janji aku buat dengan dia. Aku kini menyesal. "Tahu bos! Tapi saya tak boleh nak teruskan kerja ni lagi", balasku. Dia bergerak ke arah aku. Aku kecut "Sehun.. kau boleh berhenti buat kerja ni.. tapi kau kena janji apa yg kau cakap dulu.. Bini kau yang lawa tu bagi dekat konco aku! Boleh buat hamba seks kat sini ahahhaha~", tawa dia memang menunjukkan betapa buruk perangai dia. Aku terus melawan.
"Aku takkan bagi isteri aku! Dia milik aku!"
"Dengan aku, janji mesti ditepati!"
"Tak! Aku nak berhenti dan aku takkan bagi dia kat syaitan macam kau!", aku terus beredar namun belum sampai langkah ke 5 aku ditahan oleh konco-konco nya. Aku dibelasah teruk oleh mereka. Aku cuba melawan tapi apa kudrat ku untuk berlawan dengan 3 orang. Bos aku turut serta dan tiba-tiba aku merasakan perutku amat perih. Aku memegangnya dan aku lihat darah keluar.
"Kau cukup berani lawan dengan aku ye! Kau tak kenal aku ke?! Aku Yi Fan! Semua kat kota ni hormat dengan aku! Sia-sia selama ni aku jaga anjing kurap selama ni", rupanya serpihan botol kaca tadi menghunus perutku. Dia kemudian mengeluarkan pistol diarahkan ke kepalaku.
"Kau pilih! Sama ada kau nak teruskan perbuatan ni dan kau akan selamat atau kau nak mati pastu aku amik isteri kau!", sambil menunjukkan bengisnya. Aku takde pilihan. Aku takkan biarkan Rin Ah jatuh ke tangan orang lain! "Tolong jangan bunuh aku! Aku janji aku terus kerja ni", aku merayu. Dia terus menendang aku lalu aku segera pergi ke arah kereta. Sakit di bahagian perut ku bukan kepalang.

The Last Tears [COMPLETED]Where stories live. Discover now