PART 11

54 5 0
                                    

Chanyeol POV
Doktor membenarkan Rin Ah pulang hari ni. Aku membawanya pulang namun dia masih sepi sehinggalah sekarang. Sedang aku leka memandu Rin Ah bersuara untuk berhenti di sebuah tasik. Aku menurutinya. Aku lihat tasik itu amat cantik kerana sekarang musim bunga dan pokok-pokok lebat dengan bunganya. Cuaca pada pagi itu masih sejuk dan Rin Ah dibaluti dengan baju tebal serta mafla bewarna pink terlilit. Aku lihat dia melepaskan nafas dengan sangat berat. Dia tiba-tiba bersuara.
"Chanyeol... terima kasih atas bantuan awak bawa saya ke hospital hingga selesai majlis pengebumian anak saya waktu saya kena tahan kat hospital. Bil dan bayaran semua nanti saya bayar bila dah ada duit yaa", dia senyum. Aku akui senyuman dia memang menawan. Dia tak pernah lengkang dengan senyumannya.
"Jangan fikir sangat soal tu Rin Ah. Tak payah bayar pun. Awak kena banyak berehat tau."
"Apa guna rehat kalau rumah tu tak damai", dia menghela nafas dan pandang ke atas.
"Sehun tu dah lain.. dia tak macam dulu.. dulu saya sangka dia akan sayang saya.. tapi saya silap besar.. dia berubah lepas dapat kerja. Tak tau lah kenapa mungkin dia nak berlagak gaji dia lumayan atau tertekan untuk tampung saya dengan anak tu. Dia panas baran. Dia cemburu kalau ada lelaki lain cakap dengan saya terutama sekali awak... dia selalu kata saya tak kenang budi.. Kadang takde ombak ribut dia pukul saya.. Agaknya kerja dia buat jadi dia gila. Saya tak pernah tahu dia kerja apa.. Dia selalu ungkit kisah silam saya. Benci dengan anak tu. Hari tu saya minta sign dia sebab saya nak cerai. Dia marah saya sangat. Saya takut tapi saya tak boleh lari Chanyeol..", aku hanya biarkan dia bercakap sahaja. Lama dia berhenti kemudian dia menyambung semula.
"Dia tendang perut saya.. dia langsung tak hiraukan rayuan saya. Kalau dia benci saya, dia patut bagi saya mati je dulu. Tapi dia bagi harapan kat saya sebelum saya bunuh diri. Saya percayakan dia untuk bela nasib saya dan anak saya. Tapi... semua tu mimpi". Aku lihat wajah dia. Tiada langsung air mata. Mungkin dia dah ada kekuatan. "Apa maksud awak? Anak tu bukan anak dia ke?", soalku.
"Bukan.. saya pun tak tahu appa kepada anak tu". Rin Ah menceritakan kisah dia dengan panjang lebar kepadaku dari kisah dia bekerja di ladang kobis selepas kematian appa dan oppanya, kemudian kisah dia dianaya di sebuah hotel, kisah tunang dan rakan dia sehinggalah kisah Sehun membawa dia ke kota ini. Aku tak sangka perjalanan hidup Rin Ah begitu perit. Macam mana dia hadapi semua ini?

Sehun POV
Aku akui aku sendiri berubah. Ternyata pengaruh geng Yifan dan kawan-kawanku di kelab ni telah menukarkan imej aku. Aku rasa aku terlalu bebas untuk buat apa sahaja. Setelah lebih sebulan aku tinggalkan rumah aku nikmati hidup dengan cara yang salah. Aku guna duit hasil kerja aku dengan jual dadah dengan banyak. Yifan bos aku kembali support aku dengan wanita-wanita keliling pinggang tapi aku masih belum tahap untuk tidur dengan mereka. Arak dan bir? Huh, aku boleh ambil semua secara percuma kerana aku merupakan pekerja yang 'berdedikasi'.
"Sehun! Ini bonus untuk kau! Kau buat kerja dengan cantik! Aku dapat untung juta bulan ni. HAAHHAHA!", aku hanya senyum dengar pujian dari bos aku.
"Kau amik paket ni buat stok malam ni", Yifan menyerahkan aku bungkusan untuk dijual malam ni. Aku angguk dan aku kembali pulang ke rumah untuk mengambil beberapa baranganku.

Rin Ah POV
Aku kini menjalani hidup aku seperti biasa dan aku baru pulang lewat petang dari pasaraya ditemani oleh Chanyeol. Dia umpama bodyguard aku pada masa kini. Semasa kami menaiki lif dari jauh aku nampak kelibat Sehun. Aku segera menekan punat lif berulang kali dan pintu lif tertutup.
"Awak okay Rin Ah?", soal Chanyeol.
"O..kayy.. tapi tadi saya nampak Sehun. Dah sebulan lebih dia tak balik." Semasa pintu lif dibuka aku terus berlari masuk ke rumah dan aku segera menyorokkan bungkusan barang tadi. Kemudian aku berfikir sejenak. Ini lah masanya. Aku nekad! Apa nak jadi pun jadi.

Sehun POV
Aku buka pintu rumah dan kakiku melangkah masuk. Aku lihat Rin Ah berdiri menghadap tingkap dan dia berpaling padaku. Aku lihat keadaan dia dengan perutnya tidak seperti dulu. Dia senyum.
"Rin Ah... baby man-", kataku dipotong
"Jangan risau Sehun. Awak dah hantarnya ke syurga.", dia senyum lagi. Aku jadi gila tengok dia. Kenapa dia senyum umpama ingin bunuh aku?
"Ini kan yang kau nak kan Sehun? Kau taknak anak tu kau dah bunuh dia. Kalau betul kau benci aku. Aku merayu mohon lepaskan aku. Tolong sign surat ni", dia hulurkan surat penceraian. Aku tak tahu kenapa air mata aku jatuh pada ketika itu. Aku tak sepatutnya bunuh anak tu. Aku kejam! Aku tak endahkan dia. Aku ambil barang-barang ku di bilik. Aku berkira keluar dari rumah tapi dihalang Rin Ah.
"Sign surat ni!", bentak nya. Kali ini api kemarahan aku kembali. Aku menolaknya hingga dia tersungkur di lantai. Aku merasakan diri aku bukan dikawal oleh aku. Aku bertindak kejam dengan mencekiknya.
"Kau sibuk nak cerai! Cerai! Kalau aku ceraikan kau! Konco bos aku boleh dapatkan kau dengan senang tau tak! Kalau aku tak dapat kau! Orang lain pun takkan dapat! Biar kau mati kat tangan aku hari ni". Dia meronta agar aku melepaskan. Nafasnya tersekat.
"Sssee...hhunn..". Aku terkejut apabila pintu rumah ditendang dari luar. Aku lihat beberapa anggota pegawai polis di luar lalu dia memberkasku.

Sehun telah ditangkap oleh pihak polis atas aduan yang dibuat oleh Chanyeol. Lebih mengejutkan, hasil siasatan Sehun memiliki bahan terlarang dan dia bekerja sebagai pengedar dadah yang boleh disabitkan hukuman mandatori sampai mati. Rin Ah tak sangka selama ni Sehun buat kerja seperti itu dan dia turut bersedih atas hukuman yang menimpa oleh Sehun. Walaupun kini Sehun masih di penjara, Rin Ah tetap melawatnya hampir setiap hari dan membawa bekal makanan untuk Sehun namun Sehun menolak dan enggan bercakap dengan Rin Ah. Hingga lah suatu hari Sehun menangis depan Rin Ah.
"Rin Ah, dengan apa yang aku buat kat kau selama ni kenapa kau masih layan aku dengan baik? Kau lawat aku kau bagi bekal dekat aku. Kenapa? Kau nak gelakkan aku kan? Dah Rin Ah.. aku dah terima balasannya. Kau baliklah.."
"Salah Sehun.. saya tak pernah rasa nak gelakkan dan saya pun tak suka tengok Hunnie terseksa kat sini", sambil menyeka air mata Sehun.
"Oppa.. saya masih isteri oppa.. saya kena layan oppa dengan baik."
Sehun terharu melihat Rin Ah. Dia rasa menyesal terjebak dengan kerja kotor yang telah mengubah personaliti dirinya dan menyesal dengan tindakan dia kerana cemburu buta yang tidak bertempat. Rin Ah menyuapkan makanan yang dibawa ke mulut Sehun. Dia tahu Sehun akan pergi dari sini buat selamanya.
"Rin Ah.. maafkan segala dos-", Rin Ah pantas memotong. "Sudah oppa.. Rin Ah dah maafkan semuanya.. Oppa pun sama maafkan Rin Ah dan terima kasih untuk saat kebahagiaan kita", Rin Ah turut mengalirkan air mata. Tipulah kalau Rin Ah tidak cintakan lelaki bernama Oh Sehun ni. Dia masih cintakannya.
"Bagi surat penceraian kita. Sehun akan sign". Rin Ah memegang tangan Sehun dan menjawab "Tak.. tak perlu..", Rin Ah menggeleng kepala. Hati Sehun sedikit tenang apabila Rin Ah memanggilnya dengan perkataan 'oppa' dan 'hunnie'. Sehun amat rindukannya. Dalam tempoh itu, Sehun menikmati saat terakhir nya dengan Rin Ah. Dia banyak mengisi masa dengan gurau senda dan lawak tawa apabila Rin Ah datang melawat. Sehinggalah pada hari terakhir dia berjumpa dengan Rin Ah kerana hukumannya akan berlangsung pada esok hari.

Rin Ah POV
Aku tahu ini kali terakhir aku lihat jasad dia 'bernafas' pada hari ini. Ini terakhir. Tipu kalau aku tak sedih. Orang dihadapanku yang selalu di sampingku saat aku jatuh. Walau sikap dia berubah tapi aku sayang dia. Memang cinta itu buta. Aku akan hargai saat ini dengan penuh bermakna. Aku banyak gelak pada hari ini dengan lawak dia walau aku tahu dia juga turut bersedih. Sebelum waktu melawat aku habis aku ingin memeluknya.
"Oh Sehun.. Hunnie.. Oppa.. my nampyeon.. my sarang and my everything.. Saranghaeyo", aku senyum padanya dan kemudian tangisan aku tak dapat ditahan lagi. Kali ni Sehun menyeka air mataku.
"Jagi my love.. uljima.. Naega neoman saranghaeyo..", dia turut senyum. Aku terus memeluknya dengan erat dan aku menangis di dalam dakapannya. Aku tahu ini merupakan kehangatan dakapan terakhir yang aku terima.
"Hunnie.. I will miss you.. Wait for me..", sambil aku tersedu-sedu.
"I will wait for you too.. Hunnie akan tunggu Jagi dengan baby kat sana.. Hunnie lupa nak tanya baby tu boy ke girl?", tanya Sehun.
"She's girl.. Hunnie I love you forever.", aku masih dalam tangisanku.
"Lepas ni hidup bahagia tau.. Cari lelaki yang boleh bahagiakan Jagi. Mind your future too. I love you too so much jagi..".
Sehun segera mengangkat mukaku. Aku lihat dia turut menitiskan air mata. Bibirnya singgah di bibirku dan aku memejamkan mataku. Aku tahu itu merupakan ciuman terakhir darinya. Kemudian dia melepaskan ciumannya. Namun, kali ini bibirku singgah lagi di bibirnya dan kali ini lebih lama. Aku tahu ini yang terakhir. Aku menciumnya dan aku dapat merasakan air matanya jatuh di mukaku. Aku menangis lagi dan lagi. Aku tak sanggup nak berpisah dengannya. Aku menghentikanku tatkala masa melawat sudah pun tamat. Aku peluk Sehun semahunya. Aku tak mahu tinggalkannya.
"Rin Ah, uljima..", aku meleraikan pelukanku dan memandangnya. Dia kemudian mengucup dahiku. Aku sebak. Kemudian, aku lihat seorang pegawai penjara, membawa Sehun pergi dariku. Aku jatuh terduduk di situ dan aku menangis. Sungguh, aku tak sanggup berpisah dengannya.

Sehun POV
Aku dibawa pergi untuk kembali ke selku, namun hatiku sakit apabila mendengar Rin Ah di belakangku. Aku teruskan langkahku perlahan namun, aku sakit. Aku tak sanggup dengar suara dia meraung menangis seperti itu. Aku segera menoleh ke belakang dan berlari mendapatkannya semula. Rin Ah semacam orang gila menangis di situ. Aku terus memeluknya dan aku merapatkan kepalanya di dadaku. Aku turut menangis.
"Rin Ah jangan menangis lagi. Hunnie menyesal Rin Ah.. tapi Hunnie tak mampu nak buat apa lagi. Hukuman ni tetap perlu diteruskan. Kalau Jagi menangis macam ni, Hunnie akan pergi dengan tak aman. Stop crying jagi...", namun Rin Ah semahu-mahunya memelukku. Namun, aku tak mampu lama di situ, pegawai penjara tersebut segera menarik lenganku untuk membawaku pergi. Rin Ah menarik sebelah tanganku yang lain.
"Sehunn!!", dia menjerit umpama histeria. Namun, aku tak mampu memegang erat tangannya begitu lama. Pegawai penjara tersebut segera membawa aku pergi. Tatkala aku pergi, aku masih mampu mendengar suara Rin Ah memanggil namaku. "Mianhae Rin Ah, Sehun tak mampu membahagiakan Rin Ah seperti yang dijanjikan".

The Last Tears [COMPLETED]Where stories live. Discover now