4/1/2010 (Isnin)
Aku mula melangkah ke sekolah menengah SMKSA nama sekolahku. Perhimpunan bermula dengan ucapan oleh pengerusi majlis yang diketuai oleh pengawas yang bertugas. Setelah 30 minit berdiri , sesi pengagihan kelas telah pun selesai . Alhamdullilah , Aku telah dimasukkan ke kelas nombor 2 daripada 8 kelas yang berada di sekolah itu. Selepas penat 1 jam berdiri , perhimpunan diakhiri dengan ucapan "Selamat Kembali ke Sekolah" oleh Pengetua SMKSA. Pelajar tingkatan 1 diminta tunggu untuk sesi taklimat kata pengawas yang bertugas. Selepas selesainya taklimat , aku mula melangkah masuk ke dalam kelas untuk memilih tempat duduk. Aku memilih tempat duduk yang berdekatan bahagian tepi tingkap kerana ia memudahkan aku untuk melihat pelajar yang lalu lalang di luar kelas.
Tiba-tiba , aku ditegur oleh seorang budak yang aku tidak kenali. "Hai" , tegur seorang budak yang berada dibelakang aku,
"Hai" , aku membalas dengan gembira.
"Nama aku Zack" , dia menghulurkan tangan tanda untuk bersalam.
Aku bersalaman dengannya dan memberitahu nama aku Afiq Hamizan tetapi orang panggil aku Afiq.
Kelas bermula dengan sesi perkenalan diri. Seorang demi seorang bangun untuk memperkenalan diri mereka. Kini, tiba giliran aku untuk memperkenalkan diri. Aku bangun dan memperkenalkan diri. Blaaaa blaaaa blaa...
Kini tiba giliran mamat disebelah aku untuk memperkenalkan diri. "Hummmm dah la comel , hensem pulak budak ni ,jika aku dapat memiliki dia kan best ", bisik hatiku. Aku tertawa kecil .Nama diberi Muhammad Zarul Zaqwan tapi kebiasaan orang panggil dia Zack. So aku dah kenalkan diri aku dan Zack. Selesai sudah sesi perkenalan diri, kami semua diberikan jadual kelas setiap seorang.
KRINGGGGGG.... Loceng bunyi tandanya waktu rehat telah tiba. Aku memutuskan untuk tidak keluar untuk berehat. Sudah pasti suasana di kantin agak kecoh dan ramai, maklumlah hari pertama persekolahan. Aku ni jenis pemalas nak berebut dengan orang ni. Biar berebut mencari jodoh , tapi jangan berebut disebabkan makanan. Hihihihi...
Kemudian , aku keluar bersiar-siar di sekitar sekolah baruku untuk melihat suasana sekolah yang agak besar dan mempunyai banyak bilik-bilik darjah serta tempat istirehat. Aku ternampak kelibat Zack di tepi kolam ikan berhampiran dengan pondok istirehat. Tiba-tiba aku terbayang wajah Zack yang agak comel dan tampan bagiku. Aku mula rasa tidak menentu arah kerana setiap kali aku terpandang lelaki yang lalu di berdekatan aku mesti aku terbayangkan wajah Zack. HAHAHAH nakal kan aku ni. Aku meluru ke arah Zack. Aku memberi salam dan menegurnya, lalu kami berborak sehinggalah tamat waktu rehat. Kami hanya berborak tentang diri masing-masing je. "Mana boleh lebih-lebih baru first day weihh ". HAHAHAHA
KRINGGGG.... Loceng itu menandakan tamatnya waktu rehat untuk sesi pertama , aku berjalan ke arah kelas bersama Zack. Cikgu Bahasa Melayu mula masuk dan memperkenalakan dirinya. Dengan muka yang garang tetapi dalam hatinya ada taman... Hahahaha " aku tertawa kecil ". Dia mula mengajar dengan panjang lebarnya sehinggalah tamat masa pembelajaran. Cikgu seterusnya pula, masuk untuk mengajar subjek sejarah.. Cikgu Rohayu nama diberi... Nak cakap cantik tu boleh lahh dari tak adalangsung kan , dengan harapan ingatkan dapat Cikgu macam Nora Danish tetapi sebaliknya.
Sesi pengajaran telah bermula dengan baiknya. Tetapi belum sampai 20 minit , Zack mula mengeluh mengantuk "haihh mengantuknya" , keluh Zack. Aku memandang ke arah dia dan bertanya " Kau tidur lewat ke semalam Zack ? " tanya ku kepada Zack. Zack menjawab " Aku cuma tak cukup tidur je semalam" dan aku terus beralih kearah Cikgu Rohayu kembali. Tiba-tiba aku terasa dicuit di lengan aku , "Zack jangan kacau aku.. Aku nak fokus ni" nadaku sedikit marah... Zack terdiam... " Weih sorry la , aku nak bergurau je.. Aku mengantuk sangat nih...". Aku hanya menganggukkan kepala sebagai tanya YA.
Dia menyebekkan mukanya... " Ingat comel ke kau buat macam tu Zack kataku setelah melihat wajah comel Zack". Zack hanya tersenyum sinis kepadaku. "Aku menjelirkan lidah kearahnya dan mencuit hidungnya..." Hahaha *memang comel pown Zack* bisik hati ku.. "Kau pernah tak ada kawan baik ?" tiba -tiba Zack bersuara dan aku menjawab dengan nada pelik " Buat masa sekarang ni belum ada lagi yang berkenan nak berkawan dengan aku tapi kenapa tanya macam tu ? "Kau tak teringin ke nak ade BFF ? i means Best Friend Forever ? " Zack bersuara lagi. Aku hanya terdiam dan mengangguk sebagai tanda "Ya" kepada soalan Zack tadi. . Aku dari tadi asyik mendengar apa yang dibebelkan oleh cikgu dihadapan sehinggakan tumpuan aku terhenti selepas soalan yang ditanya oleh Zack itu. "Aku okey je kalau kau nak jadi BFF aku atau kau nak aku jadi BF kau ? Asalkan kau happy dan sudi nak berkawan dengan aku" aku tertawa kecil dan Zack mula menundukkan kepala kerana malu dengan jawapan yang diberikan oleh aku ...
KRINGGGGG.... Loceng menandakan tamat persekolahan telah pun berbunyi... Ketua kelas bangun dan menjalankan tugasnya. Cikgu pun keluar dari kelas. Aku dan Zack pulang bersama-sama. Kebetulan aku menaiki bas yang sama dengan Zack... Ohh lupa nak bagitahu , Zack tinggal satu kampung dengan aku cuma masa sekolah rendah dulu dia bersekolah di sekolah lain.. Okey berbalik kepada cerita.
Sampai je rumah, aku meluru kearah nenek dan bersalaman dengan nenek.. "Macam mana sekolah hari ni? Seronok"' tanya nenek kepada ku... "Seronok nek.. Dapat kawan baru..." kata aku dengan nada yang penat... " Wahh, cucu nenek ni... patutlah senang hati je nenek tengok.." kata nenek lagi... Aku hanya tersenyum. "Dah pergi mandi tukar baju.. Nanti kita makan sama-sama yer " kata nenek kepada ku... "Baik boss !!" jawab ku riang...
Selesai makan tengahari.. Aku terus masuk ke bilik kerana terlalu penat mungkin... Aku cuba melelapkan mata... Tiba-tiba wajah Zack muncul dalam minda ku... "Adakah aku mula suka kepadanya Zack ? " tanya aku pada diri sendiri... Aku terlelap dengan sendiri.. Aku terjaga dek kerana terdengar bunyi ketukan pintu.. "Ya nek ada apa" kata ku dengan nada mengantuk.. "Kawan Afiq datang tu" kata nenek... "Ehh sapa yang datang..." "Pegi lah tengok sendiri" kata nenek dari jauh...
BERSAMBUNG....
NAK TAHU SAPA DATANG TUNGGU LAH BAB 2 OKEY...
THANKZ SEBAB SUDI MEMBACA
THANKZ SEBAB VOTE DAN KOMEN OKEY...NANTI ADMIN UP LAGI CERITA BAB BARU...
MAAF DARI ADMIN KALAU BAB 1 NI MENGHAMPAKAN DAN AGAK SLOW DAN KALAU BANYAK TYPO SORRY😬...
ADMIN BARU LAGI...TOLONG TUNJUK AJAR OKEY
BYE... SEE YOU AT NEW CHAPTER

ANDA SEDANG MEMBACA
KISAH HIDUPKU (Complete)
RomantizmCerita ini mengisahkan tentang seseorang lelaki yang bernama Afiq Hamizan. Hanya budak kampung dan kisah ini berdasarkan dari kisah sebenar tentang kehidupannya ketika bersekolah. Dan mula berkenalan dengan seseorang. Pada mulanya hanya niat untuk b...