8;58 A.M.
S.M COMPANY.Jam hampir menunjukkan angka 9. Semalam Ji Won, si manager Chanyeol sempat memberitahu Chanyeol bahawa Lee Soo Man --atasannya-- mahu berjumpa dengannya. Chanyeol masih tertanya-tanya sehingga sekarang, atas hal apa Soo Man mahu berjumpa dengannya. Katanya lelaki paruh baya itu mahu berjumpa sekali dengan penyanyi kelas vokal, Byun Baekhyun seingatnya. Sejujurnya, Chanyeol tidak pernah kenali lelaki bermarga Byun itu walaupun dia seorang artis sama seperti Chanyeol dan juga mereka berada di satu syarikat yang sama.
Chanyeol bukannya sombong, tidak. Cuma, budak Byun itu dikatakan baru sahaja debut, dan sejak kebelakangan ini Chanyeol sibuk dengan penulisan lirik untuk lagu barunya. Jadi, mungkin kerana itu Chanyeol masih tidak dapat berjumpa dengannya lagi.
"Chanyeol, sudah siap?" Suara Sehun yang separa garau itu mematikan lamunan Chanyeol. Dia memandang Sehun sekilas sebelum melihat jam di dinding. Tepat jam 9. Tanpa berlengah, Chanyeol langsung sahaja berdiri dan berlalu pergi ke pejabat Soo Man.
Sampai sahaja di sana, Chanyeol sempat berbual dengan Ji Won kerana kebetulan Soo Man belum sampai. Tidak sampai 5 minit, pintu pejabat terbuka dan muncullah wajah lelaki yang sudah lanjut umur itu, Lee Soo Man. Dia adalah pengurus besar syarikat ini. Dibelakangnya pula ada seorang lelaki yang betul-betul asing di pandangan mata seorang Park Chanyeol. Hatinya kuat mengatakan yang itu Baekhyun kerana dia pernah terdengar dari media sosial yang katanya wajah Baekhyun iras penyanyi di syarikat YG, Baekhee.
"Duduk, Chanyeol."
"Ah..nae."
"Baekhyun, kenalkan ini senior kamu, Park Chanyeol. Dan Chanyeol kenalkan ini junior kamu, Byun Baekhyun." Chanyeol tersenyum ramah ke arah Baekhyun tetapi tidak terbalas. Baekhyun terlihat takut-takut saat Chanyeol menatap matanya.
"Jangan risau, aku tak makan orang." Gurau Chanyeol dan hanya mengundang tawa pada Soo Man, tetapi tidak Baekhyun. Jelas terpancar di wajahnya yang dia betul-betul takut. Atas sebab apa? Chanyeol sendiri pun kurang jelas.
"Chanyeol, kamu masih ada beberapa konsert lagi kan? Jadi, aku tak mahu bazirkan masa kamu dan aku akan street to the point sahaja." Chanyeol hanya mengangguk. Soo Man tersenyum lalu tangannya lincah mencari suatu fail di dalam meja.
"Baca ini. Kontrak baru."
"Wah, apa aku akan buat collboration dengan Baekhyun?" Soo Man hanya diam lalu menyuruh Chanyeol supaya membaca surat yang berada di tangannya. Chanyeol dengan semangat membaca dan seperti tercekik buah epal yang besar, mata Chanyeol terus membulat.
"A-Apa ini?"
"Aku tahu susah kamu nak terima tetapi syarikat ini sudah buntu fikirkannya, Chanyeol. Baekhyun sudah debut hampir 1 bulan lebih tetapi masih belum dapat apa-apa kontrak kerjasama bersama syarikat lain."
"Apa kena mengena dengan aku, hyung?"
"Sebab populariti kamu sedang mendadak naik. Aku bukannya mahu gunakan kamu, tapi apa kamu tidak kesian dekat Baekhyun? Dia masih baru lagi."
Chanyeol berfikir sejenak sebelum mengeluh perlahan. Bukannya dia tidak mahu tolong cuma kontrak ini terlalu melebih --bagi Chanyeol-- . Dalam surat ini minta supaya Chanyeol dan Baekhyun harus bercinta. Wah, bukankah itu namanya gay kalau sudah lelaki bercinta dengan lelaki?
"Tolong aku, Chanyeol sunbae." Chanyeol terus sahaja menolehkan kepala ke samping apabila ada suara yang kedengaran lembut menerpa gegendang telinganya. Chanyeol jadinya kagum seketika, suaranya begitu halus dan dia sukakannya. Bukan apa, mungkin atas faktor suara Chanyeol terlebih garau dan mungkin itu sebabnya mengapa Chanyeol suka suaranya yang halus ini.
YOU ARE READING
Forever After | CHANBAEK
Fanficℂℍ𝔸ℕ ❤️ 𝔹𝔸𝔼𝕂 Apabila penyanyi rapper dan vokalis utama terpaksa tandatangani kontrak untuk bercinta selama 2 tahun. Tetapi itu bukan masalahnya, Yang jadi masalahnya ialah.. MEREKA BERDUA ADALAH LELAKI ! . . . . . . . . . . . . . . . . . WARNI...