Stalker

683 70 353
                                    

Ini kali pertama aku tulis genre fantasy jadi aku rasa awkward tulis cerita super mengarut. Lol! Aku harap kena la dengan tajuk stalker tu. 😂😂

Jendela dibuka bagi membenarkan sinar rembulan menerangi ruang bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jendela dibuka bagi membenarkan sinar rembulan menerangi ruang bilik. Asmidar duduk menghadap jendela. Sesekali angin bertiup mengelus lembut wajahnya.

Hari ini genap setahun dia berpisah dengan teman lelakinya disebabkan orang ketiga. Namun, rasa cinta itu sukar dipadamkan. Kesedihan ditinggalkan dan dikhianati itu ditambah lagi apabila dia mendapat khabar bahawa bekas teman lelakinya mati dalam sebuah kemalangan tragis.

Hampir setiap malam dia terkenangkan teman lelakinya. Cinta pertama yang suka dilupakan. Asmidar terkenangkan waktu pertama kali mereka mula menjalin kasih antara satu sama lain.

Hujan turun mencurah lebat. Pusat beli belah ini juga sudah tutup. Jika ditunggu hujan reda, mungkin malam akan semakin larut.

"Awak, macam mana ni? Rasanya hujan makin lebat ni?" Soal Asmidar. Risau berlama di sini.

"Kita redah jelah. Lagi pun kereta kat sana kan."

Darwish membuka jaketnya lalu diangkat bagi menutupi mereka berdua dari terkena hujan.

"Kita lari sama-sama okay."

Selesai kiraan tiga, mereka berlari sambil ketawa. Di situ terletaknya kenangan bersama. Berlari dalam dingin dan hujan bersama dengan orang yang kita cintai. Asmidar terasa boleh bergantung dan berlindung pada Darwish.

Sewaktu mereka melintas, ada sebuah kereta yang dipandu laju meluru ke arah mereka. Keadaan jalan terlalu licin menyebabkan kereta tersebut sukar berhenti. Disebabkan terlalu terkejut, Darwish lari meninggalkan Asmidar. Dia terduduk di tepi jalan menyaksikan Asmidar yang tak berganjak.

Asmidar terlalu terkejut. Kakinya kaku di situ. Dia memejamkan matanya sambil menjerit. Hujan masih lagi lebat mencurah ke bumi.

BAM!

Seperti bunyi sesuatu berlanggar. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Bersyukur yang dirinya selamat. Namun, dia hairan melihat bentuk kemek pada bahagian depan kereta. Seperti bekas tapak tangan orang.

Dia pandang ke sisinya. Darwish sudah tak sedarkan diri. Mungkin dia pengsan sebab terkejut sangat.

Bunyi dentuman guruh mematikan kenangan lama yang kembali memutar ke dalam ingatannya. Asmidar menarik nafas dalam-dalam sambil matanya terpejam. Sejahat apapun Darwish, dia masih tetap merindukan lelaki itu.

Perlahan-lahan airmatanya mengalir. Matanya masih terpejam menikmati sisa rindu yang kembali membelengu.  Hembusan angin malam pada wajahnya seolah mengelus duka dan sunyi yang semakin menghambat hatinya.

Pipinya terasa dielus lembut. Airmatanya seolah diusap kering.

Tidak jauh dari Asmidar, ada seseorang sedang memerhatikannya.

Sapta Imagi | ✓Where stories live. Discover now