Aku diberi genre Historical fiction. Memang harey yang bagi aku genre ni. Hahaha...
------Wan Zarid berdiri di atas tangga di hadapan banglo besar milik keluarganya. Dia menatap langit tanpa berkerdip matanya. Langit kelihatan berwarna merah gelap. Benar ramalan neneknya. Pada hari lahirnya yang ke 24 akan terjadi gerhana bulan merah dan pada waktu itu segalanya akan berubah. Memang benar. Semuanya telah berubah setelah memorinya kembali semula.
Dia memandang ke bawah. Hazriq menaiki anak tangga satu persatu sambil memandang tajam ke arahnya. Pandangan penuh dengan rasa dendam. Dia tidak menyangka memori masa lalunya berkait dengan Hazriq dan itu sangatlah menyakitkan.
Hazriq berdiri di hadapan Zarid. Tangannya pantas mencengkam leher lelaki itu. Zarid meneguk air liurnya. Airmatanya perlahan-lahan mengalir.
"Aku minta maaf..." Ucap Zarid perlahan.
"Maaf? Hanya itu yang kamu cakap? Masa lalu aku terlalu menyakitkan. Kesetiaan aku dibalas dengan darah!" Tangannya semakin kuat mencekik leher Zarid. Ingatannya juga kembali sama seperti Zarid.
Perlahan-lahan dia teringat akan kejadian di mana keluarga Hazriq terbunuh.
Setelah balik bertempur di medan perang, Hashim pulang ke Istana. Dengan luka dilengannya, dia melangkah masuk menghadap Raja Muda.
"Patik datang menghadap." Dia menunduk hormat kepada Raja Muda.
"Ternyata kau tidak tewas di medan perang." Ucap Raja Muda Zahir dengan sinis.
Raja Muda Zahir mengarahkan supaya pengawal membawa masuk tawanannya. Terbeliak mata Hashim apabila ke semua keluarganya di ikat bagaikan seorang banduan.
"Apa maksud semua ni Tuanku?" Hashim semakin keliru.
"Akan datang kelak, kamu akan membinasakan beta. Maka, harus beta titahkan agar kamu dan keluargamu dibunuh. Beta sangka kamu akan tewas di medan perang. Ternyata nyawamu terlalu liat untuk dihabiskan."
"Tuanku silap. Patik tidak akan berbuat demikian. Kesetiaan patik terlalu besar untuk negara ini. Tolong lepaskan keluarga Patik."
"Pengawal!"
Tanpa mendengar rayuan Hashim, Raja Muda Zahir terus mengarah pengawal membunuh satu persatu keluarga Hashim. Ayah dan ibunya dipanah dengan anak panah yang disalut dengan racun. Serta merta mereka mati.
"Tuanku kejam! Mereka tidak bersalah!" Teriak Hashim dengan tangisan. Dia tidak mampu berlari ke arah ibu dan ayahnya kerana dia dikawal dengan mata pedang yang diacu ke arahnya.
Adik perempuan Hashim yang merupakan isteri Raja Muda Zahir pula dibawa ke hadapannya.
"Adinda ku Hanum..." Hashim tidak dapat menahan sebak. Tergamak Raja Muda ingin membunuh isterinya sendiri hanya kerana isterinya ada pertalian darah dengannya.