Genre : Adventure
Mata Diana terbuka lebar saat dia merasakan hawa dingin mula menjamah tubuhnya. Terasa begitu sejuk hingga dia menggigil. Perlahan-lahan dia bangun dalam posisi duduk. Dia melihat keadaan sekelilingnya. Semuanya sudah berubah. Pakaiannya juga tidak seperti apa yang dia biasa pakai.Dia keluar dari bilik dan meninjau kawasan sekeliling. Diana memeluk tubuhnya sambil berjalan di luar kapal. Dia sedang cuba mengingat apa tujuannya di sini. Tanpa dia sedari, dia tergelincir kerana lantai kapal agak licin dan basah. Namun tangan sempat ditarik sebelum tubuhnya jatuh.
"Kau patut berhati-hati." Katanya dalam bahasa Inggeris.
"Iya. Terima kasih."
"Aku Jack." Dia menghulurkan salam.
"Diana." Diana menyambut salamnya.
Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Benar. Inilah tujuannya. Dia mahu menyelamatkan Jack. Tapi dari apa? Dia masih dapat mengingat sepenuhnya.
"Jack!" Satu suara memanggilnya.
"Aku datang!" Teriak Jack kembali.
Jack memandang Diana.
"Kau patut masuk dan sertai parti di dalam. Di sini terlalu dingin. Aku kena pergi. Rose sedang menunggu aku." Ucap Jack sebelum dia meninggalkan Diana.
Jack? Rose? Nama itu seperti tidak asing baginya. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk masuk ke dalam. Kerana di luar terlalu sejuk. Dia menuruni anak tangga lalu menuju ke sebuah bilik yang agak besar. Begitu ramai orang sedang menari dan makan dengan gembira. Lagu-lagu yang baginya sangat klasik sedang dimainkan. Diana agak terpukau dengan suasana tersebut. Semuanya serba mewah. Dia dapat mengagak ini parti untuk orang ternama yang kaya raya.
"Cik tidak sepatutnya ada di sini. Ini parti untuk kelas pertama. Kelas ketiga di lantai 3." Kata seorang lelaki lengkap berbaju pelayan.
"Oh maaf." Diana terus meninggalkan bilik tersebut.
Diana menuruni anak tangga lagi dan dia terdengar suara tangisan budak. Dia melihat seorang budak lelaki sedang menggosok matanya sambil menangis di tepi tangga.
"Kenapa kamu nangis? Mana ibu kamu?" Soal Diana.
Budak lelaki itu terus saja menangis. Diana mula buntu. Dia tidak sanggup meninggalkan budak ini sendirian ditangga.
"Oh Carl, anakku syukurlah kamu selamat." Seorang perempuan memeluk budak itu.
Dia merasakan perempuan itu ibunya.
"Syukurlah kamu menemukan anak saya."
Dia langsung berdiri dan memegang tangan Diana.
"Terima kasih. Mari sertai kami. Di sini ada parti untuk kelas ketiga."