Bintang sedang menari

50 0 0
                                    

Ketika bulan menyinari bumi

Ketika embun mula membasahi

Saat itu juga fikiran teringatkan mu

Saat itu juga diri ini rindukan mu
.
.
Tiada alasan untuk ku lupa

Tiada punca untuk ku alpa

Kerana hati ini sungguh ikhlas

Kerana diri ini sudah lemas
.
.
Benar aku tidak punya apa

Benar diri ini masih leka

Sedang cuba untuk membukti

Sedang jadi lebih berbakti

.

.

Pada saat bintang sedang menari
Ku sebut namamu ketika sujud ke bumi

Buat Figura KegemaranWhere stories live. Discover now