Menunggumu

25 0 0
                                    

Hampir tiga tahun

Takkan sekarang aku perlu mengalah

Bukan sifat seorang pejuang

Jika berundur sebelum masanya
.
.
Setelah aku mengenali mu

Satu sifat mahmudah makin kuat

Sekental tembok batu

Makin utuh kesabaranku
.
.
Aku ingat pesanan rakan seperjuangan

Bahawa janji Tuhan itu pasti

Jangan diletakkan tanda soal

Jika sudah di nokhtahkan hujungnya
.
.
Leraikan persoalan yang bermain

Agar dapat aku tamatkan nukilan ini

Cuma hanya dua kemungkinan

Diri ini tersenyum atau tersungkur
.
.
Namun apa jua yang kau tentukan

Aku terima walau pahitnya ada

Tiada siapa patut memaksa

Dengan redha harus menerima
.
.
Sebelum ianya termaktub

Sebelum tirai di labuh

Satu janjiku yang pasti

Aku hanya menunggumu

Buat Figura KegemaranWhere stories live. Discover now