Sering kali
Aku sukar melelapkan mata
Mungkin kerna selalu memikirkan mu
Mungkin hati risau akan diri mu
.
.
PernahBukan sekali tapi beberapa ketika
Tidur ku hanya di nikmati hanya beberapa putaran jam sahaja
Puncanya kau hadir dalam bayangan realiti
.
.
Aku cubaMembawa kau ke alam mimpi
Tapi kepastian kau hadir tidak tinggi
Lantas aku berkhayal dalam realiti
.
.
Ingin aku bertanyaTakut di salah erti
Adakah hanya diri ini
Atau kau juga begini
.
.
Teman penaku berkataIni hanya keterlaluan fikiran ku
Aku tahu dia risaukan aku
Takut fikiran ku memakan diri sendiri
.
.
Wahai si penama empat perkataanHadirkanlah kesimpulan
Leraikan persoalan
Ingin sekali aku mengejar mimpi indah
.
.
Walaupun aku pastiDi alam nyata tiada kau di sisi
Namun aku kekal mencari
Hadirmu di alam realiti
Hanya satu sebabku
Hanya satu jawapanku
Realiti tak seindah mimpi

ANDA SEDANG MEMBACA
Buat Figura Kegemaran
RomanceBukan untuk publisiti hanya bicara seorang perindu yang merindukan insan yang telah mewarnai hidupnya. Maaf jika tatabahasa tidak tertib. Bukan seorang sasterawan 😊