Tidak gentar

24 0 0
                                        

Dulu,

Mungkin aku kurang bicara perasaanku

Bukan aku tidak pasti dengan diri

Cuma takut ianya hanya mimpi
.
.
Kini,

Aku tampil membongkar hati

Tenyata hanya engkau di situ

Lalu aku harus meluahkan yang tersirat
.
.
Cuma,

Aku takut akan di sisih ke tepi

Tak sanggup lihat ianya terjadi

Sejenak aku cuba merungkap kembali
.
.
Akhirnya,

Aku jumpa medium untuk mencerita

Tidak pasti bila kau akan menelitinya

Hanya Tuhan sahaja yang mengerti
.
.
Harap,

Bila kau membaca tulisan isi hati ini

Kau sedar bahawa selama ini

Tiada siapa pernah melebihi mu
.
.
Tahu,

Kau ada seribu satu perkara difikiri

Tiap langkah mu kau ambil teliti

Takut silap binasa diri
.
.
Faham,

Kau cemas dengan keputusan mu

Risau ada yang terguris hati

Tuhan tahu kebenaran isi hati mu
.
.
Gentar,

Tiada lagi dalam diri

Aku tahu perjuangan ini ada hujung

Masa akan tentu segalanya

.

.

Janji,

Selagi nafas di hembus, jasad berdiri

Aku akan berjuang untukmu

Barisan paling hadapan sambil menghunus tombak

Buat Figura KegemaranTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang