Pesanan

33 0 0
                                        

Sering aku menghamparkan kata

Yang berbentuk motivasi

Tiada lain niatku

Hanya cuba menyempurnakanmu

Benar, tiada manusia yang sempurna

Tapi bagiku, kau hampir sempurna
.
.
Jika selama ini tuturku menusuk hati

Maaf ku kirim sepenuh hati

Bukan untuk menyakiti

Sekadar mahu memimpinmu
.
.
Sedar, aku sendiri masih goyah

Masih cuba tegak berdiri

Sering aku ingatkan mu

Pandang pada kataku bukan diriku
.
.
Aku sendiri tidak pasti

Lama mana di atas bumi

Sebelum diri di makan bumi

Aku akan terus mengingati
.
.
Aku juga tidak pasti

Sejauh mana kekal di sisimu

Mungkin esok kau akan temui

Yang akan lebih menyempurnakanmu
.
.
Satu yang aku harap

Agar setiap pesanan ku

Kau turut jika ada baiknya

Kau lurut jika sebaliknya
.
.
Aku pasti, aku yakin, aku percaya

Kau lebih mengerti dirimu

Buat Figura KegemaranTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang