Kekuatan

20 0 0
                                        

Pernah ku alunkan kata-kata madah

Kau adalah salah satu sumber menguatkanku

Sehingga hela nafas panjang ini

Masih lagi terikat kau penguatku
.
.
Akan habis dakwat pena ku

Sekiranya hendak ku cerita bagaimana kau bangunkan ku

Dari jatuh tersungkur diri ini

Kau papah semangat yang tak luntur
.
.
Bukan aku pinta realiti kau di sisi

Sebab tak sanggup biar kau lihat rebahnya diri ini

Cukup sekadar ungkapan tak berpenghujung

Yang kau ucap tatkala aku memerlukan
.
.
Aku selalu mencuba berdikari

Jatuh, bangun, jatuh dan bangun semula

Tapi masih belum tegap kaki ini

Selalu saja di tomah sang pendengki
.
.
Biarlah satu dunia menghina

Asal bukan tomahan dari diri mu

Akan aku terus kekal berusaha

Buat bekalan di sini dan di sana
.
.
Sungguh, jika kau tafsir jiwa ini

Kau belai naluri dan sanubari

Pasti kau terlihat hati yang tandus

Perlukan siraman dari dirimu
.
.
Teruslah dikau kekal di sini

Menyirami diri yang gersang

Tunaikan segala impian sang perindu

Untuk jadi helaian kekuatannya

Buat Figura KegemaranTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang