03 ♥ BERTEMBUNG DENGAN PUTERA

882 132 10
                                    

Langkah Una riang menuju ke penghujung perkampungan Sunnyi. Langkah yang riang diiringi Abby yang berjalan laju mengekori tuannya.

Semakin hampir Abby dengan Una sengaja Una melajukan lagi langkahnya. Abby kemudian melajukan lagi langkahnya. Senyuman dibibir Una semakin melebar. Seronok dia melihat Abby bersaing dengannya. Sudah-sudahnya mereka berkejaran di penghujung kampung. Hilai tawa Una memecahkan sunyi.

"BUK!!!"

Sedang mereka lari. Tiba-tiba tubuh Una terlanggar tubuh seorang pemuda. Una hilang keseimbangan. Tangannya berpusing-pusing cuba mengawal keseimbangan badan.

Pemuda yang terlanggar Una dengan pantasnya memegang pinggang Una.

Masa bagaikan terhenti. Mata Una bertautan dengan renungan pemuda itu. Gadis itu terkedu. Tiba-tiba sahaja angin bertiup mengikut irama lagu cinta jiwang karat. Jantung Una mula berdegup kencang. Rona pada pipinya mula kemerahan.

Renungan mata pemuda itu seolah-olah memiliki kuasa menghentikan setiap saat yang berdetik.

Abby mendesis lama memecahkan susana jiwang karat. Kucing itu mula mengembangkan bulunya. Tidak mahu tuannya diganggu lelaki jalang! Una adalah miliknya!

Lamunan dua orang manusia itu pecah. Cepat-cepat Una menolak pelahan tubuh lelaki itu dan terus mendukung Abby. Abby berhenti berdesis. Bulunya tidak lagi dikembangkan. Namun ekor panjangnya ligat bergerak. Tanda marah.

"Maafkan saya, cik."

Ujar pemuda itu.

Ujar pemuda itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SAYANGKU ABBYSINIANWhere stories live. Discover now