04 ♥ TEMUJANJI DI EPLÉ

830 127 6
                                    


Devnan. Ya. Pemuda itu bernama Devnan. Dia telah mempelawa Una untuk ke Daerah Eple. Daerah yang terkenal dengan pokok-pokok epal yang terdapat di mana-mana sudut.

Devnan membawa Una ke sebuah Kafeteria Coklat yang diusahakan oleh sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin.

"Siap. Dua potong kek coklat bersama dua cawan coklat panas."

Seorang pelayan selaku pemilik kafeteria coklat itu menghidangkan hidangan yang dipesan kepada Una dan juga Devnan. Sesudahnya itu, pelayan tersebut terus berlalu pergi.

"Makanlah jangan malu-malu."

Devnan mempelawa Una yang kelihatan resah seraya itu dia terus menghirup air coklat panas.

"Ah..ya..baiklah."

Una memaksa dirinya untuk senyum. Tangannya mencapai garfu. Sambil itu Una sibuk memandang lantai. Memerhatikan Abby kesayangannya yang sedang dduk di sisi kakinya.

"Kenapa? Ada yang tak kena?"

Dahi Devnan berkerut.

"Tak. Semuanya okay. Cuma.."

Una mencemik.

"Cuma?"

"Abby tak boleh makan coklat."

Akhirnya Una memberitahu keresahan hatinya.

"Apa?"

Devnan terpinga-pinga.

"Abby tak boleh makan coklat. Kesian dia duduk je tepi tapi kita elok je makan."

Una menzahirkan rasa simpatinya pada Abby. Dia membongkok sedikit dan terus mengusap kepala Abby.

"Ohhh...."

Devnan baru faham. Rupanya Una rasa kurang enak kerana Abby tidak boleh makan coklat. Devnan menjuihkan bibirnya. Itu alasannya? Kucing dilayan macam orang. PELIK.

"Waaaahhhh...."

Una teruja. Tidak disangka Daerah Eple juga terkenal dengan kucing.

Una kesana kesini sambil mendukung Abby. Dia kekedai menjual peralatan kucing. Macam-macam Una belikan untuk Abby. Makanan pelbagai perisa untuk Abby. Perisa ikan tuna, ikan sardin dan juga ikan salmon. Una turut belikan pakaian comel untuk Abby dan juga peralatan permainan yang berbagai jenis untuk Abby. Peralatan mandian untuk Abby juga tidak terkecuali. Di perkampungan Sunnyi tiada semua ini. Una menjadi boros. Maklumlah anak orang kaya. Terlupa pula nak beritahu. Una merupakan anak pembesar di Perkampungan Sunnyi. Keluarganya memiliki ladang ternakan yang terluas dan juga memiliki kebun yang terbesar.

Devnan pula? Devnan bukan sahaja terpaksa ikut ke mana sahaja Una pergi malah turut menjadi mangsa. Tukang mengangkat barang-barang yang dibeli Una. Penat betul melayan perangai perempuan.

"Menyesalnya. Tapi tak apa. Sebahagian daripada perancangan."

Ujar Devnan dalam hati.

Setelah puas bersiar-siar dan menerokai Eple akhirnya merekapun bercadang untuk pulang. Mereka segera berjalah ke arah Perhentian Kereta Api Eple.

Una membibit bakul yang baru dibelinya tadi. Abby sedang tidur di dalam bakul tersebut.

"Abby dah tidur. Mesti dia penat."

ujar Una sambil tersenyum merenung Abby.

Devnan hanya mengangkat kening dan menghembuskan keluhan. Penat.

Sementara menunggu kehadiran kereta api berwap Una sibuk membelai kepala Abby.

Devnan meletakkan segala barang-barang yang dibeli Una di atas bangku panjang dan dia juga duduk di situ. Melepaskan segala penat lelah.

"Devnan..." Panggil Una lembut tanpa menoleh ke arah lelaki tersebut.

"Ya?"

"Terima kasih. Saya tidak pernah rasa segembira seperti hari ini. Awaklah sahabat pertama yang berjaya buat saya dan Abby gembira."

"Maksud awak?"

"Selama ini kawan saya semua mempersoalkan saya dan Abby. Mereka kata saya keterlaluan sayangkan Abby. Mereka kata saya perempuan pelik. Sebab tu mereka tak nak berkawan dengan saya. Tapi awak sebaliknya. Awak langsung tidak mempertikaikan kami. Malah awak telah bawa saya ke sini. Saya sangat gembira."

Panjang lebar Una menjelaskan perasaannya. Gadis itu kemudian mendongak merenung langit senja dan tersenyum.

"Eh...? Tak ada apalah. Hal kecil je."

Devnan terkedu seketika mendengar luahan hati Una. Kemudian dia memaksa dirinya untuk tersenyum. Sejujurnya dia turut menganggap Una pelik. Tetapi dirinya tidaklah sekejam 'kawan-kawan Una. Devnan masih lagi sudi untuk menjadi sahabat Una. Dia sudah lama perhatikan Una. Walaupun sekampung mereka jarang bertemu. Semuanya kerana Una yang hanya banyak menghabiskan masa bersama Abby. Cuma hari ini Devnan sangat bernasib baik.

Devnan sudah lama ingin mengenali Una. Dan kini Una telahpun menganggap dirinya sebagai seorang sahabat. Ya. Devnan sudi menjadi sahabat kepada Una...Ataupun mungkin Devnan mahu lebih daripada itu?

Ataupun mungkin Devnan mahu lebih daripada itu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SAYANGKU ABBYSINIANWhere stories live. Discover now