10 ♥ GUNAKAN NAMA ABBY

783 115 21
                                    

Sudah seminggu berlalu sejak peristiwa tersebut. Una masih dalam kesedihan. Namun, rutin hariannya haruslah diteruskan. Inilah kehidupan. Ada pahit ada manis. Ada suka ada duka. Ada datang ada pergi.

Una berjalan-jalan mengelilingi ladang ternakan keluarganya. Melihat kambing biri-biri. Membelai kuda. Memberi makanan kepada lembu.

Ia ternyata menenangkan. Cuma terasa berbeza kerana dia tidak ditemani Abby.

Una melabuhkan punggungnya pada sebuah pondok rehat. Buah tomato banyak tersusun di dalam bakul. Diambil sebiji dan direnungnya dengan pandangan kosong.

Buah tomato itu diletakkan semula.

Kosong. Kalau Abby ada pasti dia tidak akan hiraukan buah tomato ini. Pasti dia akan membelai Abby. Dan kini Abby telah tiada. Sejujurnya Una masih tidak boleh menerima kenyataan. Abby yang sentiasa menemani dirinya tiba-tiba sahaja hilang dalam rutin harianya.

Una termenung jauh mengimbau segala kenangan tentang Abby. Ianya indah namun memedihkan. Air mata Una mula bergenang.

"Selamat pagi Una."

Tiba-tiba seorang pemuda melabuhkan punggungnya di sisi Una.

"Selamat pagi..."

Una terkedu. Cepat-cepat dia menyeka air matanya sebelum menoleh pada lelaki tersebut. Dahinya berkerut. Siapa pula lelaki ni?

Berambut coklat gangsa kemerahan. Macam warna bulu musang tu. Tak pernah tengok lelaki ni. Sesat ke? Mata pula bewarna hijau memukau.

"Kenapa Una? Terpaku tengok saya?"

aUjar lelaki itu bersama seulas senyuman manis.

Wajah Una serta-merta bertukar merah. Siapa lelaki ni?! Belagak macam dah kenal dirinya lama.

"Siapa awak?"

Una memberanikan dirinya untuk bertanya. Lelaki ni pelik. Datang ke ladang dengan kemeja putih. Apahal? Gila ke?

"Awak lupakan saya? Saya sangat teruja nak berjumpa dengan awak dan awak lupakan saya?"

Lelaki itu membuat muka bosan.

Apahal? Una bertambah jengkel.

"Saya tak kenal pun awak."

Una memutarkan bola matanya. Inilah lelaki bodoh. Nak mengurat tapi menggunakan cara lapok.

"Una. Saya kenal awak lama. Selalu sahaja saya perhatikan awak. Tiap-tiap kali mandi. Keluar bilik air berkemban lama dengan tuala sampailah badan kering barulah nak pakai baju."

Selamba sahaja lelaki itu berkata-kata.

Una tersentak. Wajahnya kemerahan. Telinganya terasa panas. Benar! Kata-kata lelaki itu benar!

"Lepas tu nak pilih baju ambil masa berejam. Baju yang tak nak pakai main sumbat  dalam almari. Tak gantung balik. Pemalas."

Lelaki itu selamba memberi komen tentang Una.

Apa? Suka hatilah! Eh?! Sekejap! Bagaimana dia tahu?! Kemarahan Una mula meradang. Wajahnya ternyata sudah merah kerana malu dan juga marah.

"Sikat rambut ataupun nak gayakan rambut itulah perkara yang paling lama awak akan buat. Mengarut!"

Lelaki itu mencebik.

"Hei! Awak ni siapa? Awak tergamak intip segala perbuatan saya! Awak lelaki gatal dan miang! Saya akan adukan hal ni!"

Una lantas berdiri. Langkahnya laju meninggalkan kawasan tersebut.

"Una tunggu!"

Pantas lelaki itu menarik lengan Una.

"Jangan salah faham."

Langkah Una terhenti.

"Lepaskan aku!"

Una cuba menarik lengannya namun ianya masih digenggam erat oleh lelaki itu.

"Ini sayalah, Abby..."

Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Mata hijaunya merenung mata Una.

Una tersentak. Nama Abby telah membuatkan dia terdiam. Lama Una bertentangan mata dengan lelaki itu. Perasaan sebak menguasai hatinya.

PAAAAAKK!

Satu tamparan kuat hinggap pada wajah lelaki itu! Genggaman pada lengan Una terus terlerai.

Air mata Una gugur. Terus Una berlari pergi meninggalkan kawasan itu.

Tergamak dia gunakan nama Abby untuk memenangi hati aku. Dia lelaki biadab! TAK GUNA!

 Dia lelaki biadab! TAK GUNA!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SAYANGKU ABBYSINIANWhere stories live. Discover now