07 ♥ BERTUKAR MENJADI HAIWAN

779 108 3
                                    

Mampu menukarkan diri kita menjadi haiwan?"

Biji mata hijau Una terbuntang luas. Gadis itu ternyata kagum.

Siluman itu kemudiannya menghulurkan topeng masquerade berbentuk kucing kepada pelanggannya.

"Saudari tak nak bersama Abby?

Kening lelaki siluman itu dijongketkan.

"Jadilah seekor kucing dan saudari ternyata mampu memahami segala apa yang Abby katakan."

Una terpaku sebentar. Dirinya kemudian merenung kucing kesayangannya itu. Bersama Abby?

"Bukankah ia sesuatu yang indah?"

Ujar Siluman itu sekali lagi.

Abby yang berada di dalam bakul itu kemudiannya berdesis kuat.

Kerana itu lamunan Una terus berkecai. Pantas gadis itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak.. tak apalah. Terima kasih."

Una cuba memaksa dirinya untuk tersenyum.

"Saudari pasti? Bukan ke saudari sayangkan Abby?"

Lelaki siluman itu menongkat dagunya dan merenung pandangan mata Una.

"Ya, saya sayangkan Abby. Tiada siapa tahu betapa saya sayangkan Abby."

Una tersenyum.

"Jadi saya cadangkan saudari untuk memiliki topeng ini."

Siluman itu tidak sudah-sudah cuba ingin memupuk minat pelanggannya terhadap topeng tersebut.

"Tak. Saya tak nak. Sekiranya saya adalah seekor kucing siapa yang akan mandikan Abby? Siapa yang akan berikan Abby makanan yang sedap-sedap? Saya nak manjakan Abby selamanya."

Una akhirnya menjelaskan segalanya.

"Baiklah, kalau macam tu, saya tak boleh memaksa saudari."

Siluman itu akhirnya berserah.

Una mengeluarkan uncang yang mengandungi sejumlah syiling emas.

"Ini dia tuan. Bayaran untuk rantai ini."

Siluman itu mengambilnya.

"Saudari.."

"Emm?"

Una mengambil rantai itu dan ditelitinya bersama satu senyuman.

"Apa pendapat saudari tentang harga rantai tersebut?"

"Emm?? Rantai ni?"

Siluman itu mengangguk, menanti jawapan daripada Una.

"Sangat berpatutan. Siapa sangka kita akan mampu memiliki rantai berpermata, berloceng dan beriben sebegini cantik  dengan harga begini. Ya, walaupun agak mahal tapi bagi saya ia berpatutan." 

Una memberikan pendapatnya.

Siluman itu tersenyum. Biasanya manusia akan pertikaikan tentang harga barangan yang dijualnya. Kata mereka ia hanyalah untuk haiwan. Kenapa perlu mahal-mahal? Sebagai seorang siluman yang memahami suara hati haiwan, dirinya amatlah pantang apabila seseorang begitu berkira terhadap makhluk yang digelar haiwan.  Terutama sekali manusia.

Manusia kedekut ingin mengeluarkan wang emasnya untuk para haiwan. Tidak kiralah sama ada untuk rawatan, makanan, minuman dan juga tempat tinggal. Apatah lagi untuk perhiasan mereka.

Tetapi berbeza dengan manusia yang bernama Una ini.

Gadis ini ternyata berbeza dengan kebanyakkan manusia yang lain. Dan kerana itu, siluman tersebut ingin menawarkan sesuatu.

"Saya berikan saudari potongan setengah harga.Macam mana?"

Senyuman kekal bergayut di bibirnya.

"Wah, betul ke?!"

Una teruja.

Pemilik kedai itu mengangguk.  Separuh daripada syiling emasnya dipulangkan semula.

"Terima kasih tuan. Saya seronok dapat berbelanja di kedai tuan."

Una mengambil bakul kucing peliharaannya.

"Sama-sama. Saudari begitu setia terhadap Abby. Saya kagum."

"Abby adalah kebahagian saya."

Una tersenyum merenung Abby yang duduk diam di dalam bakul yang dibawanya itu.

"Saya bersimpati.."

Halus kedengaran suara lelaki siluman bermata merah itu. Nada suaranya tiba-tiba sahaja bertukar. Daripada ceria menjadi suram.

"Maafkan saya?"

Dahi Una berkerut.

"Walau bahagia, walau setia, walau kasihnya seseorang pada sesuatu. Di penghujungnya pasti akan merasai derita."

"Apa maksud tuan?"

Bertambah kerutan pada dahi Una.Dia tidak faham.

"Derita perpisahan.."

Mata merah lelaki itu merenung kucing milik Una.

Una semakin keliru. Apa yang cuba disampaikan siluman ini? Kata-kata daripada lelaki itu ternyata membuat diri Una tidak selesa.

"Emm.. saya minta diri dulu. Terima Kasih."

Disebabkan rasa tidak selesa. Una terus melangkah keluar bersama haiwan peliharaannya. Siluman ini pelik. Kenapa siluman itu berkata sedemikian?

Kenapa?

Derita perpisahan?

Apa maksudnya?

Apa maksudnya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SAYANGKU ABBYSINIANWhere stories live. Discover now