08 ♥ PERPISAHAN SELAMANYA

742 115 18
                                    

Genggaman tangan pada bakul Abby dieratkan. Tangannya terketar-ketar.

Apa yang dilihatnya bukanlah mimpi.

Kaki Una terasa goyah.

Matanya terus memerhati gadis yang begitu erat mendakap Devnan.

Devnan membalas dakapan gadis itu.

Hati Una remuk.

Matanya terus memerhati Devnan bersama gadis itu.

Gadis itu meleraikan dakapan. Kedua tangan gadis itu kemudiannya memegang wajah Devnan.

Perasaan sebak mula menendang-nendang dada Una. Tidak. Ini tidak benar. Una seakan-akan tidak mahu mempercayai apa yang berlaku di hadapan matanya.

Mungkin Una perlukan penjelasan? Dia tidak boleh bersangka buruk.

Perlahan-lahan Una melangkah menghampiri Devnan dan gadis itu.

Devnan memegang tangan Laura yang menyentuh wajahnya.

Mata gadis yang dicintainya direnung.

"Devnan...."

Suara Una memecahkan lamunan Devnan.

Pantas Devnan menolak tangan Laura.
Biji mata lelaki itu terbuntang.

Laura pula hanya memutarkan bola matanya. Sempat dia menjeling Una.

Una tidak bersauara. Matanya hanya merenung mata Devnan. Pandangan mata yang penuh dengan persoalan.

Devnan terdiam. Sejujurnya dia ingin berpisah dengan Una tanpa menyakiti hati gadis itu. Dia kesal. Air liurnya diteguk. Terus berdusta adalah jalan yang terbaik.  Ya, mungkin.

"Una... "

Devnan bersuara perlahan. Mengumpul kekuatan untuk terus berdusta.

Genggaman tangan Una pada bakul yang membawa Abby semakin longgar. Dia tahu. Melihat gaya Devnan sahaja dia tahu Devnan bersalah.

Laura memandang Una dari atas hingga bawah. Meluat. Dia memutarkan bola matanya. Satu hembusan nafas diluahkan

Suasana pagi di stesen keretapi yang sunyi mula pecah apabila bunyi kereta api berwap kedengaran.

"Oh, tolonglah Devnan! Apa main-main renung mata ni? Sekarang dah pecah tembelang. Jadi berterus-teranglah!"

Laura meninggikan suaranya.

Sakit Una mendengar suaranya gadis yang berdiri di samping Devnan. Namun, masih lagi Una berdiri merenung mata Devnan.

Devnan tidak sanggup bertentang mata dengan Una.

"Una maafkan saya.."

"PAK!"

Una menampar kuat wajah Devnan.

Devnan kekal diam. Dia akur.

Tiga bulan bersama mungkin tidak lama untuk berkasih sayang. Tapi cukup lama untuk membina sebuah kepercayaan. Dan semuanya kini hancur.

"Perempuan bodoh." 

Laura bersuara.

Una mengalihkan pandangan matanya pada Laura.

"Untuk pengetahuan kau. Devnan tak bersalah. Aku yang arahkan Devnan untuk bercinta dengan kau."

Dahi Una berkerut. Apa maksud semua ini.

"Laura. Diam."

Devnan tidak mahu Una tahu niatnya.

"Devnan adalah seorang pencuri.Aku mengarahkan dia untuk-"

"Laura..."

"Saya mengarahkan Devnan untuk mencuri harta-"

"LAURA!!"

Devnan menampar pipi Laura. Kuat. Sehinggakan kepalanya terpaling.

Air mata Laura gugur. Sakit.

"Kau terlalu banyak bercakap."

Devan geram. Kesabarannya lenyap. Laura seorang yang batu api.

"Ya, Una aku hidup merempat dengan mencuri harta. Aku dan Laura manusia jalanan yang merempat. Maafkan aku. Aku kesal atas apa yang berlaku. Dan aku nak membatalkan niat aku."

Una tersentak. Kenapa Devnan tidak berterus-terang.

"Saya mungkin boleh bantu awak..."

Tulus Una mempelawakan sebuah pertolongan.

Devnan menggelengkan kepalanya. Terasa serba salah luar biasa.

Laura semakin panas hati. Meluat dia melihat sikap baik Una. Apatah lagi dia ditampar kuat oleh Devnan kerana Una.

Bunyi kereta api berwap semakin jelas kedengaran. Semua itu memberikan akal fikiran untuk Laura membalas dendam.

Dengan pantas Laura merampas bakul kucing yang berada di dalam tangan Una dan terus dia melemparkan pada arah landasan kereta api.

Biji mata Una terbuntang luas. Jantungnya seolah-olah direntap kasar.

Bakul yang terapung di udara lenyap dari pandangan mata apabila keretapi  laju melepasi kawasan itu.

"ABBBYYYYYYYY!!"

"ABBBYYYYYYYY!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SAYANGKU ABBYSINIANWhere stories live. Discover now