Erin hanya melihat rakan-rakannya menonton filem seram di televisyen. Dia mula mengeluh.
Diaorang ni,tak habis-habis dengan cerita seram ni. Dahlah bosan. Bisik hati Erin.
"Ok,guys. Aku nak pergi tidur ni. Dah ngantuk. Korang tengoklah cerita tu sampai habis." Ujar Erin lalu menuju ke bilik tidurnya.
Yang lain hanya memandang Erin dengan pandangan kosong. Mereka mula memfokuskan mata mereka ke arah televisyen.
................................
Pukul 12:00 malam"Seram do cerita tu. Aku rasa tak boleh tidur malam kalau macam ni. Sebab aku masih terbayang-bayang benda tu tadi." Ujar Syira.
"Itulah. Aku dah kata,jangan tengok. Tapi, kau degil. Sekarang kau dah terbayang. Padan muka kau." Balas Erin yang baru keluar dari dapur.
"Eh! Bukan kau kata nak tidur ke tadi?" Soal Athirah.
"Masa bila aku cakap nak tidur? Korang mengigau ke? Aku dari tadi ada dengan korang tengok cerita tu." Erin mula menjawab dengan soalan.
Yang lain mula berpandangan antara satu sama lain. Ada yang berkerut kening dan ada juga yang berfikir.
"Kau jangan nak main-main eh. Kitaorang sendiri dengar yang kau nak tidur. Kitaorang tak pekak lagi,ok." Balas Fatihah.
"Korang khusyuk sangat tengok filem tu. Aku ada je tadi dekat sebelah Syira. Aku langsung tak berganjak ke mana-mana. Masa tu,aku khusyuk sangat tengok majalah." Ujar Erin dengan rasa hairan.
"Kalau bukan kau? Habistu,siapa lagi? Takkanlah......" Kata-kata Ina terhenti apabila dia mula membayangkan yang bukan-bukan.
"Kau jangan nak mengarut sangat tu boleh tak. Kau nak cakap hantu? Macam tu?" Soal Erin dengan nada sinis.
"Kau jaga mulut kau sikit boleh tak. Dahlah tengah malam. Lepastu,kau cakap pasal 'benda' tu pula. Kalau 'benda' tu tiba-tiba muncul macam mana?" Balas Husna.
"Eleh! Kalau dah takut tu,cakap jelah takut. Kalau dah tahu takut,kenapa tengok juga cerita seram tu." Balas Erin tidak mahu kalah.
"Dah-dah. Jangan nak gaduh. Sekarang ni semua masuk tidur. Kalau korang bertekak pun,sampai bila-bila takkan habis." Athirah terus mencelah.
"Hmm. Yalah,yalah." Balas Erin dan Husna serentak.
Mereka semua terus naik ke atas dan menuju ke bilik masing-masing. Tanpa mereka sedari,ada mata yang memerhatikan mereka.
...................................
Athirah dan Syira mula menyediakan sarapan pagi. Mereka hanya menyediakan nasi goreng dan juga teh panas.
"Korang,turun cepat. Sarapan dah siap ni." Jerit Syira dari arah bawah.
Yang lain mula keluar dari bilik masing-masing. Mereka mula duduk.
Tiba-tiba Ina memecahkan kesunyian.
"Tak lama lagi dah nak cuti semester. Korang ada rancangan tak waktu cuti nanti?" Soal Ina dengan nada bersemangat.
"Hmm. Entahlah. Aku tak ada idea langsung. Kalau aku balik rumah mama dengan papa aku tu,diaorang tak ada. Diaorang pergi keluar negara atas urusan kerja." Balas Husna dengan muka monyoknya.
"Tak apa. Nanti,kita semua fikirkan rancangan untuk aktiviti tu nanti." Ujar Syira.
"Alah! Tak payah nak fikir sangat. Kita pergi shopping pun ok juga kan? Sekurang-kurangnya kita taklah bosan sangat." Balas Erin memberi cadangannya.
"Kau ni,tak habis-habis shopping. Tak ada benda lain lagi ke kau nak buat? Kau tak bosan ke?" Soal Athirah.
Erin menghembuskan nafas kasar. Lalu,mula bersuara.
"Yalah. Shopping lah. Kita ni kan perempuan. Takkanlah nak buat aktiviti-aktiviti lasak. Tak pasal-pasal kulit aku hitam." Balas Erin dengan nada selamba.
Yang lain hanya menggelengkan kepala apabila melihat sikap Erin.
Sikap Erin memang begitu sejak dari kecil lagi. Dia memang seorang yang sensitif dengan keadaan persekitaran. Dia sememangnya menjaga kulit agar kulitnya sentiasa kelihtan lembut,mulus dan putih. Sekiranya tidak,dia merasakan bahawa dirinya akan dipandang rendah oleh orang lain.
"Aku tak maksudkan kita buat aktiviti lasak. Kita buatlah aktiviti lain." Ujar Athirah,geram dia melihat sikap rakannya itu.
"Kalau macam tu,aku bagi korang masa hari ni je fikirkan idea. Kalau tak,jangan haraplah aku akan terima idea korang esok. Ingat,eh. Hari ni. Bukan esok. Faham." Balas Erin lalu meninggalkan pinggan serta cawannya di dalam sinki tanpa membasuhnya terlebih dahulu lalu mula melangkah ke dalam biliknya.
Setelah mereka semua memastikan Erin berada di dalam bilik. Mereka mula bersuara.
"Aku tak faham betul dengan dia tu. Dia ingat kita ni apa. Sampai suruh fikir hari ni je. Geram aku dengan dia ni. Bila nak berubah pun tak tahulah." Ujar Husna dengan nada geram.
"Entahlah. Aku tak tahu nak cakap apa. Yang penting,kita kena fikirkan aktiviti apa yang boleh kita lakukan tu nanti." Balas Syira.
"Kita makan sampai habis. Lepastu,kita fikirkan aktiviti apa." Ujar Ina.
Yang lain mula menganggukkan kepala. Mereka menyambung kembali suapan mereka yang terhenti tadi.
YOU ARE READING
GELAP
HorrorWaktu gelaplah yang paling dirasakan auranya sentiasa ada. Tanpa disedari,'ada' mata yang memerhatikan dia. Dia cuba menghalau segala-galanya. Dia tidak mempercayai tentang kewujudan makhluk halus. Yang dia katakan sekarang ini,zaman sekarang dah mo...