BAB 5

6 1 0
                                    

Malam mula menjelma. Mereka mula bersiap ala kadar.

    "Tak sabar aku nak buat aktiviti tu nanti." Ujar Erin dengan nada perlahan.

     "Apa-apa pun,aku kena but rancangan tu sampai berjaya. Kalau tak,habislah aku." Sambungnya lagi.

Tok.tok.tok

Pintu bilik hotelnya diketuk seseorang.

    "Erin,kau dah siap ke belum? Kita dah nak pergi ni." Ujar Athirah dari luar.

    "Dah. Tunggu sekejap." Laung Erin.

Setelah selesai bersiap,dia segera membawa beberapa 'alatan' yang penting bagi dia. Dia menyorokkan 'alatan' itu di dalam beg supaya rakan-rakannya tidak mengesyaki sesuatu.

    "Ok,jom." Ajak Erin apabila melihat kesemua rakannya telah keluar.

      ......................................

Mereka telah sampai ke destinasi yang dituju. Kelihatan sebuah bangunan yang usang. Bangunan itu kelihatan menyeramkan ketika waktu malam. Dengan keadaan gelap gelita.

    "Ok,guys. Jom keluar." Ajak Ina yang kelihatan bersemangat sekali.

Mereka semua menuju ke bangunan lama itu. Athirah membawa lampu spotlight LED. Manakala yang lain-lain membawa kamera.

    "Aku dan Syira tingkat 1, Ina dan Husna tingkat 2 dan Fatihah dan Erin tingkat 3. Kalau korang tak jumpa 'something' kita berkumpul dekat bawah." Athirah mula memberikan arahan.

What? Aku dengan Erin. Memang taklah. Dahlah aku tengok dia ni lain macam. Bisik hati Fatihah.

    "Memandangkan aku tengok korang semua dah ready. Kita start sekarang." Ujar Syira.

    "Kita berkumpul dekat bawah pukul 11." Sekali lagi Athirah memberi arahan.

Mereka semua mengangguk tanda memahami. Mereka menuju ke tingkat yang telah ditetapkan oleh Athirah.

     .......................................

Suasana sunyi sepi antara Fatihah dan Erin. Erin mengambil di bahagian tangga,manakala Fatihah di penjuru koridor.

Erin mula bangkit dari duduknya lalu menuju ke tempat Fatihah.

    "Kau dah jumpa 'something' ke?" Soal Fatihah menutup rasa resahnya kerana Erin asyik memerhatikan dia dengan pandangan tajam.

     "Tak. Aku saja datang dekat kau. Bosanlah pula duduk situ sorang-sorang." Balas Erin.

Fatihah hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tiba-tiba,dia terlihat sesuatu di dalam kamera. Erin yang juga perasan dengan kelakuan Fatihah juga melakukan hal yang sama.

Mereka berdua mula memfokuskan pandangan terhadap kamera. Ada 'sesuatu' yang bergerak-gerak di penjuru koridor. Tiba-tiba,'benda' tersebut hilang.

     "Alah! Tak sempat nak rakam." Rungut Fatihah.

    "Dahlah. Aku nak pergi tempat aku. Manalah tahu ada 'something' dekat situ." Ujar Erin.

Fatihah hanya menganggukkan kepalanya.

      

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 19, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GELAPWhere stories live. Discover now