BAB 2

15 1 4
                                    

      "What? Korang gila ke? Korang dah takde aktiviti lain  lagi ke nak buat?" Soal Erin mula meradang.

Yang lain mula menunduk. Tidak mampu bersuara lagi. Masing-masing  mengunci mulut.

     "Dah kenapa tak nak cakap? Dah bisu?" Soal Erin sinis.

      "Erin,please. Tolonglah. Kali ni je." Rayu Husna.

       "No way. Aku takkan join aktiviti yang korang buat tu." Balas Erin dengan keputusannya.

        "Lagi satu,yang korang percaya sangat dengan benda-benda tu dah kenapa. Zaman dah moden wei. Dah moden." Sambung Erin lagi.

         "Erin,ni aktiviti je. Kalau kau tak nak join. Tak apalah. Tak payah nak merungut." Balas Athirah.

Erin menjegilkan matanya. Dia terasa dengan kata-kata Athirah.

      "Ok,fine. Aku takkan join aktiviti korang tu." Balas Erin lalu mula keluar dari rumahnya.

Mereka semua mula menggelengkan kepala melihat sikap Erin. Tak ubah-ubah.

        ...................................
Erin mula mengeluh. Sungguh,dia tidak sangka yang rakan-rakannya sanggup melakukan aktiviti yang merbahaya.

Kenapa korang percaya yang 'benda-benda' tu wujud. Sekarang zaman dah moden. Mana ada lagi 'benda-benda' tu. Bisik hati Erin.

Sejak dari kecil lagi dia memang tidak mempercayai kewujudan makhluk halus. Sekiranya rakan-rakannya bercerita,pasti dia akan membantah.

Dia mula bangkit dari pembaringannya lalu melangkah ke arah bilik air. Tanpa dia sedari,ada mata memandangnya dengan pandangan yang penuh dengan dendam.

        .................................

     "Yeah! Esok cuti. Tak sabar aku nak buat aktiviti tu." Ujar Fatihah dengan penuh bersemangat.

Erin hanya memandang mereka berlima. Dia mula memfokuskan pandangannya semula pada majalah.

      "Korang,esok aku join korang tau." Ujar Erin tiba-tiba.

Mereka berlima berpandangan sendiri. Mereka hairan melihat sikap Erin yang tiba-tiba berubah.

     "Kau betul-betul nak join kitaorang ke? Ke kau demam ni?" Soal Ina lalu merasa dahi Erin.

      "Hmm,tak adalah. Aku nak juga rasakan. Yalah,selama ni kita asyik tengok dekat tv je. Nak juga aku rasa sendiri pengalaman seram tu." Balas Erin lalu mula menuju ke arah dapur.

      "Eh! Biar betul dia ni. Dulu bukan main lagi dia marah-marah kita. Sekarang dah lain." Ujar Syira dengan rasa musykilnya.

Yang lain mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Syira. Mereka juga hairan dengan kelakuan rakan mereka yang tiba-tiba lain perilakunya.

     "Tapikan? Yang aku peliknya. Sejak bila Erin tengok cerita seram ni?" Soal Athirah.

Meremang bulu roma mereka mendangar soalan Athitah itu. Kalau Erin bersama mereka pun ketika menonton cerita seram,Erin pasti akan membaca majalah atau terperap di dalam bilik. Tidak pernah sikit pun Erin mengalihkan pandangan matanya pada kaca televisyen.

     "Eh! Korang,dah lah. Jom tidur. Esok kena siap awal-awal. Lambat pula kang nak sampai tempat tu nanti." Ujar Husna mematikan lamunan rakan-rakannya.

Mereka semua menuju ke bilik masing-masing. Malas nak memikirkan apa-apa lagi.

GELAPWhere stories live. Discover now