"Akhirnya,sampai juga kita ke sini." Ujar Husna lalu melepaskan kelegaannya.
Erin hanya memandang rakan-rakannya yang lain. Kemudian,dia tersenyum sinis.
Korang fikir,korang selamat ke. Monolog Erin perlahan.
Syira yang mendengar kata-kata Erin terus menoleh.
"Kau cakap apa tadi? Kau cakap kitaorang tak selamat?" Soal Syira dengan nada kuat.
Yang lain mula menoleh ke arah Syira dan Erin. Yang lain terus menuju ke arah mereka berdua.
"Korang berdua dah kenapa?" Soal Athirah.
"Tadi,Erin ada cakap.....
"Aku tak cakap apa-apalah. Syira ni ha,salah dengar." Erin terus memotong kata-kata Syira.
Syira menoleh ke arah Erin. Dia berasa tidak puas hati. Aku tak salah dengar. Betullah apa yang dia cakap tadi tu. Bisik hati Syira.
"Ok guys. Angkat barang cepat." Arah Ina.
Mereka menempah sebuah bilik di hotel. Syira tidur bersama Athirah,Husna bersama Ina, manakala Erin bersama Fatihah.
Selesai sahaja mengemas barang-barang mereka. Mereka mula berkumpul di lobi.
"Jom pergi makan. Aku dah lapar ni." Ujar Fatihah sambil menggosok-gosok perutnya.
"Sebelum makan kita pergi tempat tu. Akukan tak pernah tengok tempat tu." Balas Erin dengan nada bersemangat.
Yang lain mula berpandangan sesama sendiri. Sikap Erin lain selepas mereka berbincang mengenai aktiviti yang mereka lakukan.
"Tapi,aku lapar. Itulah kau,haritu tak nak ikut sangat. Kan sekarang kau nak pergi tengok pula." Ujar Fatihah dengan nada geram.
"Eh! Ada aku kisah. Kau lapar ke tak lapar ke. Aku tetap nak juga pergi tempat tu." Balas Erin dengan nada kuat sehingga orang-orang yang berada di lobi menoleh ke arah mereka.
Fatihah terkejut dengan tindakan Erin. Selalunya Erin tidak bersikap sebegini.
"Kalau korang nak pergi makan. Pergilah. Aku boleh pergi sendiri dekat tempat tu." Ujar Erin lalu mula melangkah keluar dari lobi.
"Erin,Erin. Tunggulah." Panggil Husna apabila melihat Erin berlalu dengan pantas.
Mereka semua mula terdiam. Nak mengejar semula Erin,Erin sudah menghilang.
"Eh,sekejap. Masalahnya sekarang ni dia tahu ke tempat tu? Kan dia tak pernah ikut kita. Macam mana sekarang ni?" Soal Ina dengan nada cemas.
"Ha'ah lah wei. Betul. Macam mana ni?" Soal Husna.
"Ok,sekarang ni. Kita pergi cari dia dulu. Pasal lapar kita lupakan dulu. Kita kena cari dia juga walau apa pun terjadi. Walaupun sikap dia dah lain,dia tetap kawan kita juga." Ujar Athirah dengan penuh semangat.
Yang lain menganggukkan kepala. Mereka terus menuju ke kereta.
..............................
"Akhirnya,sampai juga aku dekat tempat ni. Korang ingat,aku tak tahu tempat ni walaupun aku tak pernah pergi." Ujar Erin perlahan.
Dia mula melangkah memasuki sebuah bangunan lama yang telah usang. Dia tidak berasa takut dengan keadaan gelap.
Bangunan yang bertingkat 15 itu didaki dengan perlahan. Dia tersenyum melihat keadaan tersebut.
"Menarik tempat ni. Senang sikit kerja aku nanti. Tak payah susah-susah cari tempat lain." Ujar Erin dengan senyuman sinisnya.
YOU ARE READING
GELAP
HorrorWaktu gelaplah yang paling dirasakan auranya sentiasa ada. Tanpa disedari,'ada' mata yang memerhatikan dia. Dia cuba menghalau segala-galanya. Dia tidak mempercayai tentang kewujudan makhluk halus. Yang dia katakan sekarang ini,zaman sekarang dah mo...