"Aish...bosannya." Ujar Erin dengan nada perlahan.
Kini,Erin berada di dalam rumah seorang diri. Dia tidak mengikuti rakan-rakannya yang lain.
Apa yang dia fikir ialah aktiviti itu membosankan dan tidak membawa apa-apa faedah. Jadi,dia duduk berseorangan di dalam rumah.
Dia mula mencapai telefon bimbitnya lalu mula mendail nombor rakannya yang lain.
"Assalamualaikum,Asy. Kau ada dekat mana sekarang ni?" Soal Erin kepada rakan sekolah rendahnya yang sudah lama dia tidak berjumpa.
Nombor telefon pun dia dapat melalui rakan-rakan lama dia.
"Waalaikumussalam. Aku ada dekat rumah ni. Kenapa?" Jawab Asyraf.
"Jom teman aku keluar. Aku bosanlah duduk rumah sorang-sorang." Ujar Erin.
"Ok! Nanti kau WhatsApp aku dekat mana tempat yang kau nak pergi tu. Assalamualaikum." Balas Asyraf.
"Waalaikumussalam." Balas Erin menamatkan panggilannya.
...............................
Erin keluar dari bilik hotelnya lalu menuju ke bilik Athirah.
Tok.....tok.....tok
"Sekejap." Laung orang dari dalam.
Pintu dibuka dari dalam. Kelihatan Fatihah mengintai di sebalik pintu.
"Oh! Kau rupanya. Ingatkan siapalah tadi." Ujar Fatihah dengan nada cemas.
"Ya,aku. Yang kau tak teman aku tidur malam tadi dah kenapa? Takut?" Soal Erin dengan nada sinis.
Fatihah terus terkedu. Tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi. Yang dia tahu sekarang ni,dia takut melihat wajah Erin sekarang ini. Wajah Erin kelihatan sangat bengis ketika ini.
Fatihah cepat-cepat menutup pintu. Tetapi,ditahan oleh Erin dari luar.
"Kau takut dengan aku kan? Kalau takut cakap jelah takut. Tak payah lah susah-susah aku tanya kau banyak kali." Ujar Erin dengan nada risau.
Dia mengusap-usap perlahan pipi Fatihah. Wajah Fatihah ketika ini jelas ketakutan. Erin mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Fatihah yang perasan terus menjerit.
"Arghhhh." Jerit Fatihah.
Athirah dan Syira yang masih mengemas temoat tidur segera berlari ke arah Fatihah.
"Kau dah kenapa? Kau...." Kata-kata Syira terhenti apabila melihat wajah Erin di muka pintu.
"Erin je pun. Yang kau menjerit tadi dah kenapa?" Soal Athirah mengangkat Fatihah yang sudah jatuh terduduk.
"Tadi.....
"Tadi,ada orang hulur pisau dekat leher Fatihah. Tu yang aku cepat-cepat keluar tadi tu. Orang tu dah lari lintang-pukang dah tadi." Jawab Erin.
Fatihah memandang wajah Erin. Wajah Erin ketika ini tidak sama ketika Erin mengeluarkan pisau dari kocek seluarnya.
"Lain kali,kau hati-hati. Jangan buku pintu sesuka hati. Nasib baik tak jadi apa-apa dekat kau." Ujar Athirah memberi nasihat.
Fatihah menganggukkan kepalanya. Kemudian,Husna dan Ina keluar dari bilik mereka.
"Ada apa berdiri depan pintu ni?" Soal Ina.
"Tak ada apa-apa. Saja." Balas Erin dengan nada bersahaja.
"Memandangkan korang dah siap ni. Apa kata kita pergi sarapan. Aku dah lapar ni." Ujar Husna.
Mereka yang lain mengangguk setuju. Athirah segera mengunci pintu bilik lalu mula mengikuti rakan-rakannya yang lain.
.................................
Suasana ketika ini sunyi sepi. Masing-masing tekun menjamah sarapan pagi yang enak.
"Erin,aku nak tanya. Macam mana kau boleh pergi tempat aktiviti yang kitaorang buat tu? Kau kan tak tahu." Soal Ina memecahkan kesunyian yang melanda.
"Macam mana aku pergi? Tempat tu kan memang tempat tinggal asal aku. So,takkan lah aku tak tahu tempat tinggal aku sendiri." Jawab Erin dengan selamba.
Semua yang berada di situ terkejut dengan jawapan Erin. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
"Kau biar betul Erin?" Soal Husna dengan nada terkejut.
Erin ketawa kecil. Kemudian,dia menyambung kata-katanya semula.
"Apa lah korang ni. Aku tipu je. Bukannya betul pun. Yang korang pergi percaya tu dah kenapa." Balas Erin.
"Ish. Kau ni. Buat kitaorang terkejut je. Cubalah jangan cakap macam tu lagi." Ujar Fatihah dengan nada bengang.
"Dah-dah. Jom,sambung makan." Athirah mula menyambung makan.
Yang lain turut menyambung makan yang tergendala seketika tadi.
Korang tak tahu. Tu,memang tempat tinggal asal aku. Bisik hati Erin.

YOU ARE READING
GELAP
HorrorWaktu gelaplah yang paling dirasakan auranya sentiasa ada. Tanpa disedari,'ada' mata yang memerhatikan dia. Dia cuba menghalau segala-galanya. Dia tidak mempercayai tentang kewujudan makhluk halus. Yang dia katakan sekarang ini,zaman sekarang dah mo...