Gelap. Ya. Itulah yang dirasakan oleh Mawar. Dia tidak nampak apa-apa bayangan. Dia mula ketakutan. Dia trauma apabila berada di dalam keadaan gelap-gelita.
"K.....korang. Korang dekta mana? Kenapa tinggalkan aku dalam gelap?" Mawar mula menangis.
Sekarang,dia betul-betul menyesal apabila mula menyertai aktiviti yang dirancang oleh rakan-rakannya. Kalaulah dia tahu kejadian ni berlaku,pasti dia tidak ikut sertai.
Flashback
"Wei,Sya. Memandangkan cuti semester dah nak dekat. Apa kata kita buat aktiviti nak? Ujar Aida dengan nada teruja.
"Aktiviti? Aktiviti apa? Soal Batrisyia sambil menyiapkan assigmentnya yang tinggal lagi sedikit.
"Adalah. Nanti kita kumpul dekat kafe tau. Tak sabar rasanya nak bagitahu. Cormfirm diaorang pun setuju dengan aktiviti aku ni." Balas Aida.
"Hmmm. Yalah." Ujar Batrisyia.
................................
"Ha? Kau biar betul. Kau gila ke? Ke kau nak mati awal?" Soal Dania sambil menghentak meja.
Semua pelajar yang berada di kafe mula menjeling ke arah Dania.
"Ish,kau ni. Boleh tak jangan hentak meja tu. Malulah orang tengok." Ujar Aida dengan nada perlahan.
Dania hanya tersengih. Dia mula bangkit.
"Maaf ya semua. Saya tak sengaja tadi. Maaf." Ujar Dania dengan rasa-serba salah.
Mereka semua mula menyambung suapan mereka yang terhenti sebentar lagi.
"Tak ada aktiviti lain lagi ke yang kau boleh buat?" Soal Mawar.
"Ala. Dah tu je yang aku fikir. Jangan risaulah. Tak ada benda pun yang akan berlaku lagi." Balas Aida.
"Tapi kan. Dekat tempat tukan dah banyak orang mati. Kau tak rasa ke 'benda-benda' dekat situ kacau kita?" Soal Sarah.
"Yang kau pergi percaya cakap-cakap orang dah kenapa? Ada ke hantu-hantu bunuh manusia? Mengarutlah semua tu." Soal Aida dengan rasa bengang.
"Tapikan wei. Memang betullah apa yang Sarah cakap tu. Kebanyakkan orang yang pergi situ je mesti mati. Lagi satu,polis selalu cakap kes diaorang mati tu tak ada kesan yang tinggal. Apa yang diaorang tengok,cara kematiannya sangat pelik." Ujar Umairah dengan panjang lebar.
"Ha'ah. Betul tu." Ujar Batrisyia menyokong kata-kata Umairah.
"Ah! Sudahlah. Kalau korang tak nak pergi,cakap jelah. Tak payah bagi banyak alasan." Balas Aida dengan rasa berang dengan sikap teman-temannya itu lalu mula melangkah meninggalkan kawasan kafe itu.
Yang lain hanya mampu diam. Tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi. Aida memang jenis orang yang panas-baran. Bila dia dah marah,habia semua benda yang dia salahkan.
..............................
Tok.....tok.....tok"Aida,bukalah pintu ni. Aku nak masuk. Aku terlupa nak bawa kunci tadi." Ujar Batrisyia dari arah luar.
Aida mendengus perlahan. Dia membuka tombol pintu biliknya. Dia melihat rakan-rakannya yang lain juga kelihatan.
"Aida. Janganlah marah." Pujuk Umairah sambil menggenggam lengan Aida.
"Ah! Sudahlah. Tak payah nak pujuk aku sangat." Balas Aida menepis kasar tangan Umairah.
"Ok,ok. Aku tahu aku salah. Sekarang ni aku nak cakap. Yang kitaorang.....
"Kitaorang apa? Tak nak pergi?" Aida mula memotong kata-kata Umairah.
"Bukan. Bukan macam tu. Tapi.....
"Tapi apa? Kalau tak nak pergi tak apalah." Balas Aida.
Batrisyia yang mula bosan dengan sikap Aida yang memotong kata-kata Umairah terus bersuara.
"Tadi kitaorang dah bincang. Kitaorang dah setuju dengan rancangan kau." Ujar Batrisyia.
"Betul ke ni? Kau tak tipu kan?" Soal Aida.
"Ya,betul tu. Kitaorang memang nak sangat join aktiviti paranormal yang selalu kita tengok dekat tv tu. Aku pun sendiri nak rasai." Ujar Mawar terpaksa menipu.
"Serius. Ok. Kalau macam tu malam ni kita pergi tengok temlat tu. Terima kasih sebab korang sebab setuju dengan aktiviti aku. Esok,korang bersiap-siap tau. Sebab aku dah tempah tempat tinggal kita untuk seminggu." Balas Aida dengan nada teruja.
Mereka semua mula berpelukan.
Flashback end
Mawar masih lagi mengalirkan air matanya. Dia betul-betul menyesal kerana tidak menghalang aktiviti yang ingin dilakukan oleh Aida.
Dia sendiri tidak tahu ke mana pergi rakan-rakannya yang lain. Dia masih berada dalam keadaan gelap-gelita. Tidak nampak apa-apa. Telefon dia pun dia sendiri tidak tahu di mana. Bolehlah juga menggunakan telefonnya sebagai cahaya untuk mencari jalan keluar.
Tiba-tiba,dia terdengar suara ketawa yang sangat halus. Bulu romanya mula meremang. Dia mula ketakutan.
"Si.....siapa tu? Korang ke? Kalau korang,aku dekat sini." Soal Mawar dengan sisa berani yang masih ada.
Tiada lagi bunyi ketawa halus itu. Senyap.
"Hehehehehe."
Suara ketawa itu mula kembali. Kali ini,lagi kuat bunyinya. Seolah-olah bunyi itu berada dekat dengan dirinya.
Mawar mula ketakutan. Dia mula berasa menggigil ketakutan. Dia tidak dapat melarikan dirinya.
"Kau takut ke? Janganlah takut. Aku ada dekat sini akan sentiasa menemani kau. Buat selama-lamanya." Ujar satu suara parau.
Mawar semakin ketakutan. Dia cuba membaca ayat Kursi. Tetapi,akibat ketakutan dia tidak dapat membaca.
Tiba-tiba Mawar melihat ada dua cahaya merah mendekati dirinya. Mawar mula ketakutan.
Makhluk itu mula menjelamakan dirinya di hadapan Mawar. Rupa makhluk itu sangat menakutkan.
"Hehehehehehe." Makhluk itu mula mengilai panjang.
Makhluk itu terus terbang ke arah Mawar.
"Arrgghhhh." Mawar mula menjerit.
Tetapi,makhluk itu terus menerkam ke arah dirinya. Mawar mati serta-merta di situ.
YOU ARE READING
GELAP
HorrorWaktu gelaplah yang paling dirasakan auranya sentiasa ada. Tanpa disedari,'ada' mata yang memerhatikan dia. Dia cuba menghalau segala-galanya. Dia tidak mempercayai tentang kewujudan makhluk halus. Yang dia katakan sekarang ini,zaman sekarang dah mo...