Part 4:Playboy sebenar

100 14 4
                                    

Airies POV

📩1 mesej diterima📩

My Queen Mum

Assalamualaikum,Ries.
Mummy nak cakap sorry sebab Mummy tak boleh jemput Airies. Daddy tak bagi. Dia suruh kamu tunggu husband kamu. So,tabahlah mungkin kejap lagi dia datang. Bye, I love you,my baby girl...

       8:51 a.m.
📩✅

      Ya Allah, mati lahanatlah aku tunggu mamat itu. Aku hanya mampu menangis teresak-esak. Ya, memang aku menyesal sekarang dengan sejarah yang telah aku buat. Aku nak makan pun tak larat. Lagipun mana ada makanan. Kalau Justin ada, mesti aku tak kebuluran macam ni. Mana kau pergi. Aku rindu kau...

       Tok! Tok! Tok!

       Ketukan pintu dari luar terus aku sambar. Aku harap Justin yang ada di sebalik pintu.

        Kreak...

        ''Si... Siapa kau?''

        Terkejut aku melihat seorang lelaki yang aku tak kenali memakai sut hitam berkasut PVC alah style bodyguard. Dia mula menunjukkan kad pengenalannya.

        ''Nama saya Michael Khan. Adik kepada Justin Khan. Sorry ganggu life awak tapi saya diarahkan oleh abang saya untuk bagi awak ni...''

        Dia menghulurkan sampul coklat yang tebal. Aku membukanya. Alhamdulillah, ada RM 100,000.

        ''Dia suruh kamu untuk beli segala keperluan termaksudlah pakaian baru, perkhidmatan dobi, makanan & whatever yang awak nak.''

         Terkedu mendengar. Kenapalah kau baik sangat dekat aku, Justin Khan. Kau bagi apa saja yang aku nak. Sebak pula hati ini tapi masih mampu boleh ditahan.

        ''Hmm... Boleh saya tahu mana suami saya berada. Saya nak sangat jumpa dia. Rindu sangat...''

        Dia hanya menunduk kepala. Muka dia macam seiras Suda Masaki pelakon Japanese. Sama handsome dengan abang dia tapi abang dia lagi handsome.

        ''Saya tak boleh bagitahu. Tapi, kalau awak nak cakap dengan dia ini nombor baru dia. Itu saja yang saya boleh bantu.''

        Aku menerima nombor yang ditulis di sehelai kertas yang telah dikoyakkan. Aku menatap lama. Tapi, aku tetiba terfikir sesuatu & mencurigainya.

       ''Hmm... Saya nak tanya awak, boleh?''

       ''Apa dia, kak ipar?!''

       ''Boleh saya tahu mana dia dapat semua duit nak beli keperluan saya ni. Sekarang ni dia kerja sebagai apa? Yalah, kakak kenal dia. Dia miskin. Sorry tanya.''

       Dia terdiam sebentar dengan muka cemas.Jawablah cepat. Jangan cakap abang kau buat benda haram pula.

       ''Hmm... Duit tu dia dapat dari... hasil kerja dialah. Dia kerja dengan... saya...''

        Tergagap dia jawab. Aku masih curiga dengan dia.

        ''Dia kerja apa?!''

Suamiku Worldwide Perfect 10Where stories live. Discover now